Pendarahan Luar Biasa Pada Faraj

Pendarahan Faraj Luar Biasa

Apa itu pendarahan faraj yang luar biasa?

Pendarahan dari faraj yang bukan kedatangan darah haid (contoh):

  • Pendarahan yang banyak
  • Pendarahan yang berpanjangan (lama)
  • Berkait dengan kesakitan
  • Pendarahan bercampur darah beku (berketul)

Jika anda mengalami episod pendarahan, tanyakan diri :

  1. Adakah saya mengandung
  2. Apakah corak pendarahan?
    • Jangkamasa
    • Adakah darah beku (darah berketul ketul)
    • Sakit
    • Jumlah tuala wanita yang dipakai

Apakah sebab sebab ia berlaku?

Jika anda di usia yang boleh melahirkan anak (reproductive) :

  • Pil perancang keluarga dan suntikan (pendarahan di antara jangkamasa haid)
  • Jangkitan kuman
  • Keguguran atau masalah semasa mengandung
  • Ketumbuhan dalam rahim (fibroid)
  • Ketumbuhan ovari (telur)
  • Endometriosis (pengaliran balik darah haid ke saluran fallopian)
  • Dysfunctional uterine bleeding (DUB)(gangguan fungsi rahim)
  • Barah ovari (telur)

Jika anda telah putus haid (menopause) :

  • Endometrial cancer (Barah rahim)
  • Cancer of ovaries (barah kilang telur)
  • Barah pangkal rahim, faraj atau ‘vulva’

Lain-lain :

  • kecederaan faraj atau organ peranakan semasa dirogol atau pembedahan
  • gangguan pendarahan yang mengakibatkan sistem seluruh badan iaitu penyakit leukaemia dan masalah pembekuan darah(clotting system)

Apa yang patut saya lakukan?

Lebih awal anda mendapatkan rawatan lebih baik peluang untuk sembuh.

Jika anda mengalami pendarahan yang banyak dan lama (berpanjangan), anda akan mengalami keadaan berikut :

  • Sangat letih
  • Rasa seperti hendak pitam
  • Loya dan muntah

Berikut adalah pemeriksaan pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor :

  • pemeriksaan fizikal :
    • tekanan darah, nadi,denyutan jantung, kadar pernafasan dan suhu badan
    • Jantung dan paru paru
    • kelenjar Thyroid (bengkak pada bahagian depan leher)
    • payu dara
  • Pemeriksaan pelvis (bahagian sulit) :
    • pemeriksaan luar dan dalam faraj
    • Pemeriksaan pap smear
    • Biopsi
  • Ujian darah :
    • blood count to exclude low blood cell count (anaemia)
    • thyroid function test
    • liver function test
    • kidney function test
    • hormonal test (e.g. FSH)
  • Urine Pregnancy Test (UPT)
  • Ultrasound

Bagaimana pendarahan faraj yang luar biasa dirawat?

Rawatan diberi bergantung kepada punca penyebab.

  • ubatan hormon (untuk gangguan fungsi rahim – DUB)
    • contoh Progesterone atau pil perancang keluarga
  • antibiotik (nyah kuman), jika pendarahan disebabkan oleh jangkitan kuman
  • ujian laparoscopy ( membuat luka kecil di bawah pusat untuk memasukan tiub optik fiber untuk peneropongan bahagian abdomen (perut)- kes endometriosis
  • D & C (dilatation and curettage) bagi kes keguguran untuk mengeluarkan tisu-tisu yang tertinggal dalam rahim
  • Pembedahan contohnya jika pendarahan tidak berhenti dan tidak terkawal

Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?

  • Di semua hospital dan klinik kerajaan
  • Hospital dan Klinik swasta

Soalan Lazim

Apa itu pendarahan faraj yang biasa (haid)?

Keluaran darah dari rahim melalui faraj mengikut pusingan tertentu setiap bulan. Ia juga dikenali sebagai menorrhea.

Kebanyakan haid berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan berakhir antara 2 dan 7 hari bagi satu pusingan. Purata kehilangan darah adalah di antara 20 hingga 60 mililiter.

Apakah sebab sebab pendarahan faraj semasa di awal kehamilan?

Pendarahan dari faraj yang berlaku semasa kandungan berusia awal 22 minggu adalah disebabkan :

  • Kecederaan
    • jatuh
    • hentakan terus/tepat ke perut
  • Bukan kecedearaan
    • Keguguran
    • mengandung di luar rahim (ectopic pregnancy)
    • Mengandung anggur (molar pregnancy)

Apa itu menorrhagia?

Ini adalah satu keadaan di mana anda mengalami pendarahan yang banyak semasa haid. Jumlah kehilangan darah adalah melebihi dari kebiasaan di mana anda akan kerapkali menukar tuala wanita.

Ia mungkin atau tidak berkait dengan lain lain aduan seperti senggugut, pening,kelesuan dan lain lain.

Sekiranya anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak, anda boleh pitam dan pengsan. Oleh itu dapatkan rawatan dengan segera.

Rujukan

http://www.who.int/reproductivehealth/im

~ by sirasain on July 25, 2015.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: