Tips Aku Nak Success, aku M.E.S.T.I. kena buat .D.U.I.T

Assalam..ilmu penting untuk dihayati..sebab mudah lupa kita sharing2xdi sini ye…
Rujukan(http://snaz-abid.blogspot.com/2011/11/aku-nak-success-aku-mesti-kena-buat.html)

Aku Kaya..Aku Berjaya..Aku Hidup Luar Biasa!!!…inilah ungkapan KERAMAT yang selalu MY MENTOR Dr.Azizan Osman setiap kali menyuruh agar anak didiknya selalu berfikiran Positif serta bersikap Optimis dan Tidak Mudah Putus Asa untuk menuju ke Puncak Kejayaan Dunia & Akhirat…

Jadi untuk merealisasikan..”Aku Kaya..Aku Berjaya..Aku Hidup Luar Biasa” ini, pesan My MENTOR Dr.Azizan Osman “Anda kena ikut jalan orang yang berjaya, anda kena juga “terpaksa” berjaya.” Mahu atau tidak mahu kita wajib kena ikut cara orang yang telah BERJAYA,bagaimana cara ia berfikir,bagaimana cara ia bekerja dan bagaimana sistem yang ia guna untuk BERJAYA.Maka Dr.Azizan Osman berkata kita kena ada sikap M.E.S.T.I….dan apakah misteri disebalik perkataan M.E.S.T.I…itu…???

Elmu dari Mentor DAO : DrAzizan Osman

M = itu MENTOR
E = itu ELMU
S = itu SISTEM
T = itu TINDAKAN
I = itu IMPIAN

M = itu MENTOR ertinya kita kena ada MENTOR…kita jadikan seorang yang BERJAYA sebagai MENTOR kita dan mahu tidak mahu kita kena berfikir,bekerja dll sebagaimana MENTOR itu bertindak….kemudian

E = itu Elmu ertinya kita kena ada ilmu…”kita kena ada knowledge…iaitu kita kena belajar dari orang yang dah terbukti berjaya…bukan kita boleh main Redah Kasi Pecah Aja.!!!..tanpa ilmu usaha kita tidak akan berkembang..Belajarlah daripada orang yang pakar,kerna kita tidak mempunyai cukup masa,untuk belajar kesemuanya sendiri…kata Dr.Azizan Osman “The more KNOWLEDGE you have,the more LUCKIER you will get!”.kemudian

S = itu Sistem ertinya kita kena ada Sistem atau Disiplin…kena ada perancangan..bagaimana cara kita berfikir,bagaimana cara kita nak berusaha,bagaimana cara kita nak menyimpan wang,bagaimana cara kita nak melabur dan pelbagai lagi..semuanya kena ada sistem…sebagaimana cara sistem orang yang dah terbukti berjaya…kemudian

T = itu Tindakan ertinya bagaimana cara kita bertindak merebut peluang…adakah kita bersikap tunggu dulu atau bertindak dari SEKARANG…!!!!Tindakan itu juga kita akan berusaha mencapai sasaran yang kita telah tetapkan kata Dr.Azizan Osman “The more FASTER ACTION you take, the more LUCKIER you will get!”.kemudian

I = itu IMPIAN ertinya…kita mesti mempunyai IMPIAN untuk BERJAYA..jika kita hidup tidak ada IMPIAN atau MATLAMAT nasib kita tidak akan berubah..Sesuatu itu berjaya dicapai kerna ia didorong oleh satu IMPIAN.IMPIAN ialah objektif atau tujuan.Matlamat bukan sekadar IMPIAN,tetapi adalah impian yang direalisasikan.IMPIAN adalah suatu yang jelas dan bukannnya sekadar harapan kosong.Kita perlu sedar tiada apa yang berlaku selagi IMPIAN tidak ditetapkanTiada siapa yang berjaya tanpa IMPIAN & MATLAMAT.Jadi pastikan kita tahu destinasi yang hendak dituju.

Sebab itu kata Dr.Azizan Osman untuk merealisasikan..”Aku Kaya..Aku Berjaya..Aku Hidup Luar Biasa” ini, pesanan Dr.Azizan Osman “Anda kena ikut jalan orang yang berjaya, anda kena juga “terpaksa” berjaya.” Mahu atau tidak mahu kita wajib kena ikut cara orang yang telah BERJAYA,bagaimana cara ia berfikir,bagaimana cara ia bekerja dan bagaimana sistem yang ia guna untuk BERJAYA.Maka kita kena ada sikap M.E.S.T.I….bukan dengan memberi berbagai alasan sebagai penghalang kejayaan kita? Banyak……dan ramai orang memilih untuk beri alasan kenapa mereka tidak boleh bertindak sekarang. Mereka menangkan “masalah” yang mereka ada dahulu…ini yang menyebabkan mereka tidak dapat merubah hidup mereka..kata Dr.Azizan Osman.

NAMUN adakah demi utuk mencapai MATLAMAT KEKAYAAN & KEJAYAAN kita itu…kita harus main langgar aja HUKUM ALLAH tanpa kita kira HALAL & HARAM…sehingga kita sanggup mengHALALkan apa saja cara yang ALLAH s.w.t sudah tentukan HARAM…semata-mata nak KAYA…!!! maka sudah tentu BUKAN…!!Malah yang diajar oleh Dr.Azizan…ialah jika kita ingin semakin Kaya & Berjaya…kita hendak lah MEMBERI dahulu..”LEBIH BANYAK ANDA MEMBERI…LEBIH BANYAK YANG ANDA AKAN DAPAT”maka semakin besar lah peluang kita membuat Amal Jariah dengan memberi sumbangan pada yang memerlukan.”THE MORE YOU GIFT,THE MORE YOU WILL GET”jadi bersesuaian dengan……

Firman Allah s.w.t ada berfirman:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan SEBUTIR benih yang menumbuhkan TUJUH bulir, pada TIAP-TIAP bulir SERATUS biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.( Surah Al-Baqarah:ayat yang ke-261 ).

Maka ingin juga saya berkongsi sedikit ilmu yang saya titip dari seorang Almarhum Tok Guru yang Mursyid yang tidak kurang hebatnya mempunyai pelbagai cabang perniagaan dalam negeri dan luar negeri .Dimana dalam kuliah beliau,Almarhum Tok Guru itu merungkai pula misteri perkataan D.U.I.T yang mana saya anggap RELEVAN apa yang diajar oleh Dr.Azizan Osman…tentang perkataan M.E.S.T.I.

Kata Almarhum Tok Guru nak Kaya itu tak salah (umat Nabi Muhammad s.a.w Wajib menjadi kaya)…tapi apa yang terpenting kita perlu tahu untuk apa Kekayaan itu digunakan

Kata Almarhum Tok Guru itu lagi sebelum menjadi Kaya..kita wajib kenal yang empunya kekayaan itu,yang mencipta kekayaan itu…iaitu ALLAH s.w.t Yang Maha Kaya.

Kata Almarhum Tok Guru itu lagi sebelum menjadi kaya kita perlu Kayakan hati kita terlebih dahulu dengan Iman & Taqwa…
Barulah kita akan menjadi O.K.B…iaitu Orang Kaya BerTaqwa bukannya Orang Kaya Baru….yang mudah lupa diri.Jadi bila sebut KAYA aja,manusia amnya akan berkait rapat ngan harta yang banyak dan D.U.I.T yang banyak…bila sebut D.U.I.T..inilah kupasan Almarhum Tok Guru mengenai makna yang tersurat dan tersirat erti D.U.I.T

Kata Almarhum Tok Guru

D ~ itu 1)Doa dan 2) Dhuha
U ~ itu Usaha
I ~ itu..1) Impian,2) Ilmu, 3)Idola dan 4) Istiqamah
T ~ itu 1)Tindakan,2)Taqwa dan 3)Tawakal

D ~ itu DOA & DHUHA..kita hendaklah berDOA sehari 5 waktu(sembahyang)..WAJIB kena menjaga hubungan kita dengan ALLAH iaitu mengerjakan solat 5 waktu ni hatta kalau kita sesibuk macamana sekalipun..kerna solat itu merupakan teras atau tiang agama…dan DOA itu pulak merupakan senjata yang paling ampuh dan tercanggih buat mukmin..jika hubungan dengan ALLAH sempurna 5 waktu….kita mintak lah(DOA) apa saja pada ALLAH..pasti ALLAH akan perkenankan jika DOA itu baik dan sesuai untuk kita..dan yakinlah ALLAH tidak pernah menolak DOA hambaNYA selagi ianya baik untuk kita..seperti dalam firmanNYA

ALLAH berfirman :
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.(Surah Al-Mu`min:ayat yang ke-60)

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nik`mat-Ku.(Surah Al-Baqarah:ayat ke 152)

Begitu juga rajin-rajinkan diri kita melakukan solat sunat DHUHA..kerana solat sunat ini Rasulullah tidak pernah tinggal melakukannya kerana Rasulullah tahu kelebihan solat sunat DHUHA ini sebagaimana beliau bersabda

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:”إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, “Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.”(Riwayat Al-Tabrani)

Dan DOA solat sunat DHUHA juga berkait rapat juga ngan rezeki iaitu:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Maksudnya
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha ituwaktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalambumi, keluarkanlah,jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kita harus yakin..ALLAH tidak akan menurunkan rezeki kekayaan dari langit atau dalam perut bumi dengan hanya berdoa aja…kita WAJIB hendaklah…..ber…

U ~ itu USAHA..bersungguh-sungguh tanpa ada rasa jemu di hati…tetapi kita juga nak kena tahu potensi diri kita dan ada minat dengan apa yang kita USAHAkan baru lah kita akan rasa gembira dan rasa payah nak jemu dengan apa yang kita USAHAkan…walaupun kadang-kadang usaha kita bertemu dengan kegagalan(sentiasa berfikiran Positif dan bersikap OPTIMIS)..kemudian kita wajib dan semestinya kenalah ada….4 I…iaitu

I ~ ILMU,IMPIAN,IDOLA dan ISTIQAMAH..kita kena ada (1) ILMU..tanpa ILMU,usaha kita tak kemana..pi mai..pi..mai dok tang tu..tak berkembang apa yang kita Usahakan..kita perlu ada ILMU bagaimana nak niaga,bagaimana nak menabung,bagaimana nak mengurus wang kita,bagaimana nak buat pelaburan…insya-ALLAH baru lah duit kita akan ada peningkatan sedikit-demi sedikit,lama-lama menjadi bukit.

Kita juga kena ada 2) IMPIAN…Kita perlu sedar tiada apa yang berlaku selagi IMPIAN tidak ditetapkanTiada siapa yang berjaya tanpa IMPIAN & MATLAMAT.Jadi pastikan kita tahu destinasi yang hendak dituju..iaitu nak jadi kaya raya, seperti siapa…??Oleh itu…kita juga nak kena ada

(3) IDOLA (Mentor) orang yang dah terbukti kaya dan berjaya,,dan kita pun nak kaya dan berjaya juga macam IDOLA kita itu..sebagai penyuntik semangat….Insya-ALLAH jika ada IMPIAN dan kesungguhan nak kaya macam IDOLA kita…pasti ALLAH s.w.t akan tunjuk jalannnya..dan kita kena belajar dari mereka yang berjaya dan takrif huruf I berikutnya…..ialah kita tidak akan kaya atau berjaya kalau kita tidak ada sikap

(4) ISTIQAMAH…iaitu kita wajib terus(ISTIQAMAH) menambah Ilmu,kita
wajib terus(ISTIQAMAH) berusaha dengan tekun,kita wajib terus
(ISTIQAMAH)berdoa pada ALLAH mohon kejayaan dan kekayaan
kita impikan tanpa ada rasa jemu di hati….dan yakin ALLAH tidak
pernah menolak permintaan hambanya…cuma apa yang kita impikan
itu boleh capai dalam masa cepat atau lambat itu bergantung pada kadar usaha kita secara ISTIQAMAH dan atas keizinan ALLAH jua…dan akhir sekali

T ~ itu 1) TINDAKAN,2)TAQWA & 3)TAWAKKAL…segala apa yang kita ingin capai matlamat itu memerlukan 1)TINDAKAN segera&pantas…kerna masa tidak akan menunggu kita,sekali anda terlepas peluang…sudah pasti anda tidak dapat berpatah balik..maka tidak ada istilah Tangguh dahulu jika ingin berjaya dan
T= itu juga 2)TAQWA hendaklah menjadi hamba-NYA yang benar-benar berTAQWA..iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang-NYA.Sekiranya kita menjadi hamba ALLAH yang benar-benar berTAQWA… ini janji ALLAH s.w.t pada orang yang berTAQWA

“Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.(Ayat ke 2 Surah At-Talaq)

Mahu atau tidak mahu inilah jalan keluar dari segala kesulitan & kesukaran hidup yang ALLAH telah terangkan pada kita iaitu jalan TAQWA nescaya ALLAH akan memberi rezeki tanpa di sangka-sangka.Dan yang terakhir sekali
T= itu juga 3) TAWAKKAL…iaitu berserah pada ALLAH s.w.t diatas rezeki NYA banyak mana yang ALLAH s.w.t nak beri….banyakkah atau sedikitkah itu HAK MUTLAK ALLAH s.w.t kerana DIA lebih MAHA MENGETAHUI atas usaha kita dan yang terpenting kita harus tetap berSYUKUR diatas segala nikmat yang ALLAH beri itu samada sedikit atau banyak kerana ALLAH s.w.t ada berfirman :

Dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”.(Ayat ke 3 Surah At-Talaq)

Jika kita telah benar2 berusaha dan tawakkal pada-NYA..janji ALLAH ialah ALLAH akan mencukupkan rezeki kita….maka

TAWAKAL adalah Kunci Rezeki…..Nabi saw telah bersabda, artinya,
“Seandainya kalian mau berTAWAKAL kepada Allah dengan sebenar- benarnya maka pasti Allah akan memberikan rizki kepadamu sebagaimana burung yang diberi rizki, pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.” (HR Ahmad, at-Tirmidzi dan dishahihkan al-Albani)

Oleh sebab itu mintalah rezeki kepada ALLAH.Sebanyak-banyaknya jika perlu.Jangan malu-malu,sebab ALLAH yang akan memberi kita rezeki,bukan yang lain.Jangan bertindak sombong,jangan berasa tidak memerlukan dan tidak berhajat kepada ALLAH,jangan timbul perasaan bahawa tanpa ALLAH kita mampu berdiri sendiri.Mintalah kepada ALLAH rezeki sebanyak-sebanyaknya dan kamu jadilah umat Muhammad yang kaya dengan pemberian ALLAH.Jangan jadi miskin kerana miskin itu akan menyusahkan kamu.Miskin itu tidak bagus bagi kamu.Dengan kemiskinan juga akan mudah menjuruskan kamu kepada kekafiran.Dengan kemiskinan juga iman kamu akan mudah dibeli.

Rasulullah s.a.w ada bersabda:
“…kemudian malaikat mendatanginya(janin),dan mencatat lama hidupnya,perbuatannya,JUMLAH REZEKINYA dan mencatat pula apakah ia akan bahagia atau akan celaka(di hari kiamat nanti).”
(hadith riwayat Imam Bukhari)

Kalau rezeki kita itu sudah dicatatkan dan ditentukan sejak dalam kandungan ibu lagi,maka yang tinggal cuma kita memetik atau menjemput aja rezeki kita itu,nescaya ALLAH pasti akan memberinya.Oleh itu apalagi yang membuat kita khuatir dalam hidup ini.Yakinlah,sesungguhnya ALLAH bersama-sama kita.Jemputlah rezeki itu dengan segenap ikhtiar,iaitu (D.oa,U.saha,I.stiqamah,T.awakkal).Jangan takut kelaparan.Sedangakan ulat dalam batu juga dijamin rezekinya oleh ALLAH.”Dan tidak ada suatu binatang yang melata(makhluk ALLAH yang bernyawa)pun di bumi melainkan ALLAH lah yang memberi rezekinya.”Begitulah ALLAH meyakinkan kita seyakin-yakinnya.Adakah kita masih meragui akan kebenaran-NYA…????

Kesimpulan dari kuliah Almarhum Tok Guru…. ALLAH s.w.t ada berfirman:pada penghujung ayat yang ke 27 Surah Al-Imran bermaksud..”… Ya ALLAH,Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada siapa sahaja yang engkau kehendaki kerana Engkau mengagihkan rezeki…” ) Oleh itu kita tak perlu ada rasa dengki dengan orang lain yang mungkin rezekinya lebih dari kita kerana ALLAH Maha Melihat akan atas usaha dan doa para hambanya…kerana ALLAH lagi Maha Mengetahui pada siapa yang DIA hendak beri kelebihan….

Kesimpulan dari ilmu yang saya titip dari Dr.Azizan ialah….iaitu sejak kita mula mengikuti kuliah beliau…beliau akan membuat syarat dalam kursus beliau,dimana anda tidak dibenarkan bersembang malah hatta nada phone tak dibenarkan berbunyi kenapa agaknya…??..jika terdengar kita akan didenda dengan membayar sejumlah wang ke dalam tabung yang disediakan untuk Amal Jariah(bukannya untuk beliau..kaya dah Dr Azizan ni..he.he..he..)kerana apa…..? Kerana Dr.Azizan secara tidak langsung sedang menerapkan nilai-nilai disiplin dalam diri kita iaitu FOKUS,TANGGUNGJAWAB,MENOLONG dan MEMBERI(Menderma)..pernah berlakukan beliau berhenti dari ceramah beliau jika beliau terdengar nada dering phone…dan beliau tidak akan bersambung ceramah beliau sehingga ada yang bertanggungjawap atas nada dering tersebut…samaada tuan punya badan bayar dendanya atau orang lain yang tolong bayar kan…baru beliau akan bersambung…nah cuba kita fikir kenapa agaknya…??Kerana beliau mahu anak didiknya belajar FOKUS apa yang diajarnya sebelum kita akan FOKUS dalam dunia niaga atau kerjaya yang lagi mencabar,kedua yang bersalah itu diminta membayar denda…ini sekadar latihan untuk mendidik kita agar bersedia BERTANGGUNGJAWAP setiap yang apa yang kita lakukan..dan ke-3,jika tuan badan tidak mampu membayar denda…pasti ada yang sanggup menolong peserta itu untuk membayar agar Dr.Azizan menyambung semula ceramah beliau…kan ini dah ada latihan sikap TOLONG-MENOLONG dalam jemaah peserta dan yang terakhir sekali dengan membayar denda secara tidak langsung kita diajar MENDERMA…iaitu secara tidak langsung membantu orang dalam kesusahan…maka tepat sekali saranan beliau iaitu agar kita kena lebih sedia MEMBERI dari MENERIMA iaitu ‘Lebih Banyak Anda Memberi,Lebih Banyak Yang Anda Akan Menerima”akhir perkongsian… saya tertarik dengan ungkapan Dr.Azizan iaitu…”KITA jangan lah terlalu sibuk dengki dan busuk hati dengan kejayaan orang lain sehingga KITA terlupa untuk bekerja keras memperbaiki diri KITA sendiri…”

Semoga Bermanfaat untuk Semua….Wassalam….

~ by sirasain on November 12, 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: