Bahana seekor nyamuk AEDES!!!

As salam…

Begitu banyak cerita ingin saya kongsikan di sini…agak lama menyepi…diberi ujian kesakitan tanda Allah sayang kat kita so bersyukur & berusaha beriktiar ajelah….cuma bahana gigitan seekor nyamuk November baru2x ini sangat terkesan di hati pengalamannya…sebelum itu kita tengok dulu apa itu denggi???

lakukan pencegahan

lakukan pencegahan

Demam denggi adalah disebabkan oleh sejenis virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes dan dianggarkan terdapat lebih daripada 100 juta kes penyakit denggi ini di merata dunia setiap tahun.

Tanda – Tanda Dan Symptom Demam Denggi;
Bagaimanakah untuk mengetahui anda berkemungkinan menghidap denggi?
Apakah punca demam denggi dan sebab – sebab penyakit denggi ini?
Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda dan gejala ini selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

Sakit kepala
Demam panas
Sakit sendi-sendi
Sakit tulang belakang
Sakit biji mata
Loya dan muntah-muntah
Ruam

Komplikasi Denggi:

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan? Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa dan demam denggi berdarah yang boleh membawa kepada kematian.
Punca demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda seperti di atas dan juga pendarahan seperti berikut:

Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Mudah lebam Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah Rawatan Untuk Demam Denggi:
Pada masa ini masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Pesakit biasanya akan diberikan ubat demam serta dinasihatkan berehat malah digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidapi demam denggi berdarah.

Langkah Mengatasi Demam Denggi:

Apa yang anda perlu lakukan untuk mencegah demam denggi? Terdapat pelbagai cara untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak dan menular di kawasan anda.

Antaranya adalah seperti berikut:

Memastikan tiada tempat untuk pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menyebabkan takungan air
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengelakkan jentik-jentik
Pastikan saluran atap sentiasa mengalir
Pastikan semua pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang setiap minggu
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk menggelakkan gigitan nyamuk seperti:

Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar rumah.
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup.
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota yang terdedah dengan gigitan nyamuk .
Mengunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

Petua Demam Denggi:
Minum air 100 Plus
Minum air jus buah;
Jus Kiwi
Jus Tembikai
Jus Pegaga
Jus daun Betik
Jus Kurma
Air kelapa diletak sedikit garam
Sup ketam
Kredit to :http://bukitbesi.blogspot.com/2012/05/apa-itu-demam-denggi.html

Ok berbalik al kisahnya cerita saya kes ini terjadi semasa pulang dari bercuti di PD pada 20-22 November di Glory beach Resort…kesihatan terus tidak mengizinkan. Ingatkan keletihan juga demam biasa menemani anakanda bermandi2an di kolam renang dibawah panas terik…hari Jumaat 22 November bertolak pulang sudah rasa lesu badan & panas pun terasa-rasa….balik2 terus tidur…& selera makan terus tiada.

Demam panas berpanjangan pula hari ke-3 belum kebah2x…abis suplemen telan,paracetamol pun terppaksa ambil sebab tak tahan sakit kepala ingat boleh kurangkan…biasanya mudah baik demam & jadi tidak melarat tapi ini sebaliknya…sebab sejak 5 tahun lalu memang sangat jarang sakit…selepas jumpa suplemen ALPHA LIPID LIFELINE…dah tau cara utk redakan demam lebih pantas….ini lain macam pulak jadinya.

Masuk hari ke -4 demam on off hari ke-3 siap meracau gayanya…hubby bawa ke Klinik Beranang…ikuti prosedur ambil darah sebab simptom2x denggi memang dah ada…sakit kepala bukan kepalang sangat2x,sedikit cirit,mual dan ada termuntah sekali cuma masa tu bintik2 merah belum kelihatan.Untuk makluman anda pesakit hanya diberikan paracetamol sahaja.

Hanya 3 kali ujian darah dibuat pada 25,26,28 November..platlet hari pertama ambil 206,sediki jatuh 181 dan kemudian 153…sudah discaj doc seperti confius sebab tandanya tidak ketara sangat…apa taknya semua suplemen saya gandaan masa tu,tablet & kapsul alpha lipid,double stemcell bersachet2x…alhamdulillah dah berniaga suplemen waktu begini perlu ganndakan byk2x aje…selepas chek hari ke-3.. pulang ke rumah baru tanda ruam kelihatan…cuma ikhtiar dgn suplemen dopuble stemcell sebab tau untuk merawat kulit sangat bagus…alhmdulillah esoknya terus hilang…cuma rasa gatal2x sangat sehingga 2 hari terasa-rasa iaitu hari ke7 & ke 8.

Sakit satu badan mulai terasa2x walau tidaklah teruk sangat….dalam seminggu pertama yang begitu ketara sakitnya…berselimut & berbaring byk sambil ikhtiar.Antara ikhtiar lain juga digandakan seperti minum banyak air kosong,air 100 Plus,minum sup ketam sampai jemu2x rasanya dgn tiada selera makan agak susahwakktu tu tapi paksa diri juga kan nak baik…kawan2 fb pun ada dok bg petua sama so kit ikut yg rasa perlu buat.

Jadi di sini untuk anda yang mengalami masalh demam berpanjangan better ke klinik jika dah masuk hari ke-3 belum baik2 tu…mungkin bahana seeekor nyamuk yang begitu merbahaya…jiran saya pernah bercerita kisah kawannya kematian suami gara2x tidak mendapatkan rawatan susulan ke hospital kerana menganggap demam biasa sahaja rupanya demam denggi berdarah…jadi jika tanda2x seperti di atas mulai anda rasai….bersedialah…kemungkinan anda digigit si Nyamuk Aedes!!!

Lakukan ikhtiar yang anda rasakan sesuai & perlu dilakukan dengan segera ya!!!

Selamat menambah ilmu tentang seekor nyamuk kecil yg sangat berbahaya…lakukan pencegahan sebaik mungkin!!!

Ikhlas dari;HASIRA/013-640 6625
~Pengedar suplemen kesihatan~

~ by sirasain on December 14, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: