Kisah teladan kisah seorang ibu tunggal 3 anak!!!

As salam…

Sharing is caring…saya akan share kisahnya supaya nasibnya terbela…kami cuma sama nama ayah tapi tiada talian darah tapi atas dasar persaudaraan sesama saudara Islam dan permulaan cerita saya terjumpa kisahnya difacebook seorang rakan fb yang prihatin sejak itu mula mengikuti perkembangannya…saya terpanggil untuk buat perkongsian ini mudah2an dapat meringan beban kewangan bagi pihaknya suatu hari nanti juga di samping memberi motivasi untuk teruskan kehidupan.

Jadi saya menyeru sesiapa sahaja orang perseorangan juga badan NGO atau badan korporat dialu2kan menolong insan yang tak berdaya ini…tak kira apa bentuk sumbangan anda…moga Allah yg dapat membalas kebaikan huluran tangan kanan anda di luar sana yang begitu prihatin.Dahulunya beliau mencari rezeki dengan berniaga online menjual selimut,cadar dewasa dll tapi kini lantaran penyakit saraf yang melemahkan anggota badan terutama bahagian kaki mmenyebabkan pergerakan terbatas dan beliau tidak mampu menguruskan itu semua.

Kisah ibu ini HANYA pernah tersiar di HM 12 Mei 2010…seperti sudah jatuh ditimpa tangga…mengidap penyakit Saraf (Guillan Barre Syndrome)…suami yang dikasihi meninggalkannya pergi tanpa berita sudah tentu tanpa nafkah untuk anak2…kini tinggallah dia bersama 3 orang anak2x sehingga kini menyara kehidupan dengan sakit yang tidak tertanggung.

Hari ini…malam ini saya sempat bertanya kabar(biasanya membaca blog utk tahu perkembangannya)…yang sulong sudah di tingkatan 3…yang kedua di darjah 4…yang bongsu berumur 6 tahun…semua tengah membesar perlukan wang ringgit utk kelangsungan hidup mereka hanya bersumberkan wang sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300(disebabkan dah dapat dari JKM bantuan zakat Kelantan automatik tidak layak menurut katanya)…kini si ibu sedang berubat di sebuah daerah di PP dengan harapan dapat sembuh seperti sediakala demi anak2x.Ibunya pula sedang uzur…ada penyakit kencing manis & pada masa sama hadapi masalah tidur.

Seperti diceritakan dengan penyakit sarafnya yg sukar sembuh,dia kini hadapi juga masalah penghadaman disebabkan usus yang mmenipis juga ditambah kini ada masalah kurang darah ,dengan penglihatan semakin kabur juga kini mudah menjadi pelupa.

Jadi di sini dengan rasa tanggungjawab saya ingin berkongsi deritanya mudah2an dapat meringan beban diri yang menanggung cubaan hebat dariNya…mungkin ini masanya…waktu susah kita belum tentu di masa depan.Anda yang ingin tahu kisahnya silakan baca hingga bait terakhir jika belum cukup boleh layari blog pemiliknya Alia Haryanie…penuh kesedihan ujian yang ditanggungnya…moga kita semua menjadi insan prihatin…kurang2x dapat meringan beban…bertindak membantu mengikut kemampuan.

SAMA-SAMA BERGANDING HULURKAN TANGAN KITA RINGANKAN BEBAN MEREKA

alia 4

alia 1

alia 5

A little bit about Alia Haryanie : Ibu tunggal kepada 3 orang cahaya mata yang diceraikan talak 3 ,dan kini menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome) -Read more here…

Mama dah jadi macam bayi semula,doktor suruh pakai pampers…Susah untuk awak ke tandas..Kaki makin tak boleh berpijak.Bengkok dan bila berpijak,tersungkur..Doktor tiada jawapan..Penyakit mama dah mudarat anak anak..Di hospital sunyi sepi tanpa sebarang pelawat yang menziarahi melainkan kakak kakak ipar yang datang datang melawat bekas mak mertua.Katil yang tidak jauh,mereka datang juga menjenguk.Menitis juga air mata…

Kelu lidah untuk meluah,untuk berkata kata bila kaki semakin tak boleh berpijak.Berkali kali memberitahu doktor yang hampir pitam bila cuba berpijak lama sikit.Tapi doktor juga kelu..

Bayangkan apa yang mampu di lakukan di hospital sendirian dengan anak kecil..Bagaimana nak ke tandas?Mandi?Solat,sedang uzur.Tiap tiap pagi dan petang gagahkan diri turun ke bawah,ke kantin mencari makanan untuk aiman.Bertolaklah dengan wheel chair.Kata Aiman..Mama janganla guna tangan mama,biar aiman tolak mama,nanti mama sakit lagi..Menitis nitis lagi air mata ni.Wahai sayang mama,kuatkah kudrat aiman yang masih kecil.Tapi betapa gigih dan semangatnya untuk membantu..

Anak yang tidak banyak ragam..Hati mama sebak,mama tak boleh elak perasaan sendiri.Dengan ujian ini mama hampir tersungkur dalam diam..

Bila aiman lihat mama menangis,aiman boleh menasihati mama,jangan nangis lagi mama,nanti mama sakit.Aiman sayang mama.Aiman ada mama je.Lagila sebak..Aiman makin memahami keadaan.Bagi mama,aiman anak yang cerdik..Semalam aiman lihat mama menangis sehingga sesak nafas oleh kerana sesuatu yang amat menguji hati dan perasaan.Aiman pegang tangan mama dengan air mata yang juga bergenang nak menangis..

SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah diibaratkan ibu tunggal tiga anak yang diceraikan suami kedua lantaran dia menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome).

Penyakit berkenaan membabitkan keadaan lumpuh separuh badan, enemia dan usus terlalu nipis serta kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Dengan kemampuan yang sangat terbatas, Haryani Mat Hussin, 30, tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan ibu yang bertugas sebagai guru. Malangnya sejak setahun lima bulan lalu, ibunya menghidap penyakit ‘ketidaktentuan kebimbangan’ yang menyebabkan dia sukar tidur. Justeru dia tidak boleh tertekan kerana akan menyebabkan penyakitnya datang semula. “Ini menyebabkan ibu saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar saja. Mujur ketika itu masih sihat, jadi saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta melakukan kerja rumah,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Menurut Haryani, kesakitan yang dialaminya bermula sejak tiga tahun lalu iaitu selepas melahirkan anak ketiga. “Selepas habis pantang saya langsung tidak boleh makan serta mengalami gastrik yang teruk. “Doktor memberitahu usus semakin menipis menyebabkan saya langsung tidak boleh makan makanan keras, cuma bubur dan air. Kemudian saya diserang anemia sehingga dimasukkan dua pain darah dan terpaksa ditahan di wad,” katanya.

Selepas pulang ke rumah, keadaan Haryani semakin teruk. Dia tidak boleh berjalan disebabkan kedua-dua kakinya yang sangat lemah. Apabila duduk dia mengambil masa yang sangat lama untuk bangun. Selepas seminggu, Haryani sekali lagi dimasukkan ke hospital dan doktor pakar memberitahu dia menghidap penyakit saraf yang sangat serius disebabkan lambat mendapatkan rawatan. “Saya akui dengan sumber pendapatan tidak seberapa, tidak mampu mendapatkan rawatan doktor pakar. Tetapi kerana tidak tahan dan tidak sanggup menanggung kesakitan, saya menggunakan duit simpanan ibu serta pinjaman adik-beradik berjumlah RM9,000 untuk 12 hari rawatan. “Kos ubat-ubatan sangat tinggi. Satu botol ubat saraf berharga RM300 dan saya memerlukan lapan botol untuk lima hari rawatan. “Dengan jumlah yang semakin bertambah serta perbelanjaan harian, persekolahan dan rawatan ibu, memang saya tidak mampu. Itu pun saya sudah menggunakan semua hasil simpanannya,” kata Haryani sayu.

Doktor pernah mencadangkan Haryani menjalani rawatan mencuci darah disebabkan dia tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat sepenuhnya kerana usus yang semakin menipis, namun dia tidak sanggup menanggung risiko. Bagi Haryani dia sanggup menanggung kesakitan di rumah dan apabila sudah tidak tahan barulah ke hospital. Sudah beberapa kali Haryani mengunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Dia juga sudah penat turun naik tangga, namun hasilnya tiada. “Mungkin mereka ingat saya mampu bekerja disebabkan masih muda serta boleh berjalan. Tetapi itu dulu, sekarang dengan duit simpanan yang semakin berkurangan, ibu terlantar sakit, kaki yang lumpuh menyebabkan saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara ibu, tiga anak serta kos rawatan saya.

Suami pula langsung tidak memberi nafkah,” katanya yang melalui dua kali perkahwinan namun kedua-duanya tidak menemui kebahagiaan. Menurutnya, perkahwinan kali pertama ketika dia berusia 18 tahun atas pilihan keluarga. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nuraliya Erissha, 12, dan NorIkhtisam, 7. Namun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kebahagiaan yang didambakan namun penderitaan yang diperoleh. Haryani terpaksa reda dengan perpisahan.

Kemudian Haryani dipertemukan jodoh dengan suami kedua yang tiga tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan ini juga diatur keluarga.

“Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama sahaja, itu pun ketika awal perceraian,” katanya. Kini penglihatan Haryani semakin kabur. Malah keadaan kakinya masih seperti dulu, tidak boleh bergerak. Dia tidak tahu sampai bila mampu bertahan, namun dia sentiasa berdoa Tuhan memanjangkan usianya. “Hidup saya kini hanya untuk anak-anak sahaja.

Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk membesar dan menyekolahkan mereka walau dengan apa cara sekali pun. Saya tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana anaklah penguat semangat saya selama ini. “Bagi menambah rezeki, saya berjinak-jinak menjual selimut dan cadar dewasa. Saya berharap hasil penjualan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk perbelanjaan harian,” katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Haryani di talian 017-6188691.
***INI CERITA 3 TAHUN YANG LEPAS…HARAP MAKLUM***

Maybank Acc No :1640-3426-6923 & 5531-0455-8862(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

Nama : Haryani Binti Mat Hussin(no hp terkini 012-921 8016)
Facebook :Alia Haryanie
Email – haryanie.alia@yahoo.com
Lebih lanjut : http://aliaharyanie.blogspot.com

~ by sirasain on October 13, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: