Belajarlah terima pasangan kita seadanya

As salam…Sebuah kisah sebagai teladan di alam rumahtangga….

Terimalah Seadanya…
Sekadar foto hiasan utk dihayati mutiara kata2x...

Sekadar foto hiasan utk dihayati mutiara kata2x…sila klik foto utk lebih jelas

Dua tahun lalu, aku selamat melahirkan seorang puteri yang amat dinanti-nantikan. Alhamdulillah. Berkat kesabaran aku dan suami, Allah s.w.t akhirnya mengurniakan kami bayi comel ini.

Namun, disebalik keriangan itu, tersembunyi di sudut hatiku satu perasaan yang amat aku tidak senangi. Ia datang …tanpa aku undang. Ia timbul disaat aku melihat setiap suami yang datang menziarahi isteri masing-masing, datang dengan membawa hadiah. Ya. Sebagai tanda penghargaan buat mereka yang telah berjuang berhabis-habisan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat keturunan sang suami ke dunia nyata. Ada yang datang membawa hamper pakaian. Ada juga yang datang membawa sebakul buah-buahan. Tetapi, suamiku ?? Dia hanya datang membawa beg pakaianku dan baju baby yang baru aku lahirkan. Baju baby itu pun adalah ‘sedekah’ pemberian dari kakaknya. Baju yang tidak muat dipakai oleh anak bongsunya yang telah berusia setahun dan telah pun usang. Entahlah. Mungkin ini adalah nasib aku. Dipasangkan dengan seorang lelaki yang lurus bendul. Tidak pandai membantah apatah lagi membuat keputusan yang betul. Mungkin istilah itu agak keterlaluan. Tapi itulah hakikat yang harus aku telan..

Hari ini aku kembali lagi. Alhamdulillah. Kali ini, Allah s.w.t mengurniakan aku sepasang bayi lelaki yang amat cute. Putih dan gebu. Seperti dahulu, perasaan itu tidak jemu-jemu datang menziarahi aku. Namun, kali ini, aku pasrah. Aku cuba untuk tidak membandingkan diri suamiku dengan suami orang lain. Mungkin disebalik kelurusannya itu, terselindung 1001 hikmah yang aku tidak tahu. Aku tidak mahu melayan perasaan ‘jahat’ itu lagi. Pandanganku ku alih. Tenang hatiku bila menatap wajah bayi kembarku tidur dengan nyenyaknya. Keputusan ku buat untuk turut tidur, melelapkan mata bersama mereka. Mudah-mudahan, bila aku terjaga nanti, perasaan itu akan hilang, terbang, pergi bersama bayangan mimpi kelam. Bismillah.. Kepada-Mu ku pohon pertolongan.

‘’Puan.. Puan.. ,’’ Suara jururawat muda itu terngiang-ngiang menembusi gegendang telingaku. Aku membuka mata. Dalam samar, aku memandang wajahnya. ‘’Ini saya bawakan hadiah untuk Puan. Dari seseorang yang istimewa..’’ dia senyum lalu berlalu pergi. Aku masih terpinga-pinga. Adakah aku masih berada di alam mimpi? Atau adakah aku sudah tidak berada di dunia lagi ? Aku gosok mataku berkali-kali. Tidak dapat aku gambarkan perasaanku ketika itu. Gembira. Suka. Bahagia. Aku seronok. Aku tersenyum puas apabila melihat jambangan merah bunga ros yang disusun rapi di dalam bekas berbentuk ‘love’. Juga di sisinya terdapat satu set bersalin mendampingi. Dalam kesakitan bercampur keriangan, aku bangkit mencapai kad ucapan yang terselit di jambangan itu. ‘’Terima kasih Sayang. Terima kasih kerana telah berkorban nyawa untuk melahirkan anak-anak Abang. Maafkan segala kekurangan yang terdapat pada diri Abang. Ketahuilah bahawa, Abang amat menyintai Sayang bermula dari kita berjumpa sehinggalah tiada hujungnya..’’

Sedar tidak sedar, air mataku mula bertakung. Panas. Aku rimas dengan takungan air suci ini. Menyesal, bersalah dan amat-amat berdosa aku rasakan saat itu. Suami yang aku labelkan sebagai seorang yang lurus bendul rupa-rupanya mempunyai sekeping hati yang begitu murni. Titisan-titisan itu telah mula membanjir. Dan akhirnya ia mengalir. Mengalir jatuh menimpa kad ucapan di tanganku. Aku sapu agar ia tidak memadamkan kenangan indah ini hasil nukilan suamiku. ‘’Sayang.. Kenapa ni ?’’ Tiba-tiba suamiku muncul berdiri di depan pintu. Bersama-samanya, dipimpin anak perempuan kami yang sudah pandai berjalan. Rambutnya diikat tocang dua. Comel. Ibarat bayi perempuan Pooh di dalam kisah animasi Monster Inc. Pandai suamiku menjaganya. Aku tidak menahan mata ini dari terus melepaskannya mengalir deras.

Suamiku semakin mendekati. Resah. Lalu, dia duduk di tepi. ‘’Abang minta maaf Sayang. Abang terlambat. Annisa nak ke tandas tadi. Nak buang a..’’. Belum sempat dia menghabiskan bicaranya, aku rangkul jasad mulia itu semahunya. Aku menangis. Menangis menyesal di atas kekotoran hatiku ‘menghina’ dia. ‘’Abang.. Sayang minta maaf. Sayang banyak buat dosa terhadap Abang. Abang.. Tolonglah maafkan Sayang..’’ dalam sedu aku memohon ampun darinya. Aku tidak mahu lagi dirantai perasaan bersalah terhadap dia.

‘’Apa yang Abang nak maafkan ? Sayang tak ada buat salah pun dengan Abang. Apatah lagi, dosa Sayang sekarang telah Allah ampunkan hasil dari pengorbanan Sayang melahirkan anak Abang. Dah jangan nangis lagi. Tengok ni, apa yang Abang bawa untuk Sayang. Suka tak? ‘’ pujuk Suamiku mesra. ‘’Suka. Sayang suka Abang. Terima kasih. Sayang sayang Abang’’

P/S : Biarpun suami kita mempunyai banyak kekurangan, kita tidak boleh merajakan kekurangan itu sehingga menyebabkan kelebihan.

>>>Terbaca dari fb wall my biz partner sesusu…kredit to Shima Bakar…entry yg menarik utk kita jadikan pedoman…kita manusia tidak dalam keadaan sempurna tubuh badan mahupun sifat2x yang mulia  & tingkah laku …moga terjalinnya IJAB & KABUL menjadikan kita berpasang2an dengan saling melengkapi untuk mencipta bahagia juga menuju ke arah kebaikan….moga kasih kami setia ke Jannah…aminnnn!!!!

~ by sirasain on September 29, 2013.

One Response to “Belajarlah terima pasangan kita seadanya”

  1. Nasib baik minta maaf kan…..hati kotor kena pakai detergen zikir…. manusia tak sempurna…klau sempurna tak perlu kawin..jd ameoba lg bagus….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: