Petua suami isteri bahagia…

As salam…nak letak kat sinilah dari fbian friend yg share….rasanya benda2 begini semua isteri lagi suka bila dapat seperti dihargai…ini petua yg isteri suka & sangat membahagiakan juga menyenangkan kalaulah…so anda yang bergelar suami take noted ya…namun si isteri tidak terkecuali JANGAN lakukan benda yang sama!!!

Suami sejati sila beri perhatian. Isteri pantang benda2 ni jadi…tapi jangan yg ambil peluang jadi QUEEN CONTRO…semua tak boleh,kena ikut telunjuk…itu tak berbau syurgalah pulak.

****************************JANGANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN***************************

1) JANGAN Lupa tarikh birthday dan anniversary…*tak semestinya belikan hadiah mahal cukup dgn kata2 manis or sekeping kad pun jadi kan…kalau dpt hadiah melancong dalam negeri pun dah ok…KALAU kat luar negara lagilah bertambah ok…jom selaluh packing beg…hehe..mesti ler sayang bertambah2x kan…kan… lagi2x JIKA isteri surirumah ataupun bekerja dari rumah(TIADA PANGGILAN OUT STATION)…dia perlukan new n fresh air, tempat cantik utk hilangkan stress tak semestinya tempat mahal…kuikui.

2) JANGAN Puji perempuan lain dihadapan isteri…*kalau berlebih2xan memang isteri patut rasa semacam la kan..mcm bakal dpt madu la pulop*

3) JANGAN tengok perempuan lain di hadapan isteri…*IF tunduk sgt pun terlampau alim lak boleh terlanggar orang…hehe…so berpada JANGAN terjegil udah ler*.

4) JANGAN terlebih mesra dengan rakan baik isteri…*rakan baik sekerja suami pun perlu diambil perhatian juga…byk skandal sekarang moga kita semua dapat ambil iktibar jadikan sempadan*

5) JANGAN Like/comment/follow page perempuan lain di FB/Twitter..*saya setuju IF lagi JIKA diiringi niat yg salah kalau niat nak timba ilmu ok aper JANGAN TIMBA CINTA aje yg salah kan..tambahan gadget canggih sekarang ada Puan Instagram la,Encik berWassap la,Adik Keek,Makcik WeChat,Abang Line,Kakak Kakao Talk la…iskh dunia canggih timbul pulak yg mcm2x teknologi berhubung kan…so yg ini perlu ada kejujuran yg tinggi buat semua…take noted encik2,puan2x,kakak2x,abang2x,makcik2x,pakcik2x,adik2x yang dah ambil tindakan IJAB & KABUL*

6) JANGAN Letakkan password di Handphone*pasti isteri curios kan…kan dah sorok bagai tu*

7) JANGAN Clearkan inbox/call… log in n out*yg ni pun curios juga kan kalau seperti hide something*

8)JANGAN Lepak borak kosong dengan kawan2 sampai lewat pagi…*sekali sekala masih ok kalau utk biz ok aje…n at least bgtau di mana pergi sampai kul berapa pun ok*

9) JANGAN Lupa isteri jika ke luar negara. pastikan call/sms tanya isteri*ok ke tidak paling kurang bagi motivasi ke…sebab sekarang dia ambil alih tugas ayah n ibu utk anak2 kan*

10) JANGAN Lupa bg suprise mcm kek, kad, bunga, coklat….bagi saja tanpa perlu sebab…*sgt setuju tapi terima seadanya kalau kita tau pasangan kita dah budget tiada kan*

11) JANGAN Lupa cium dahi isteri sebelum pergi kerja. Isteri Touching beb…*sangat mendamaikan hati kan kalau dapat seperti dihargai sgt2x…kan…kan*

Jika anda sebagai lelaki, ambil perhatian walaupun nampak simple tapi itu yg anda gagal melaksanakan. Tak perlu jutaan ringgit untuk buat.

 

Belajarlah Hargailah insan bernama WANITA yg telah diamanahkan… Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”. – HR Muslim Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.” – HR Ibnu Majah

 

p/s:Sekian utk rujukan kami khasnya juga anda di luar sana…yang baik kita ganda2xkan yang buruk kita tinggal2xkan….oleh itu sayangi isteri tak lupa suami masing2x ya(masing2x highlight diri)…semoga cinta saya bersama suami jujur setia ke Jannah…aminnnnn!!!

~ by sirasain on September 19, 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: