Apa Itu Ujian HbA1c???

Minggu ni kena jalani ujian darah HbA1c…pada mulanya agak blur sebab ni macam first time dgr so bila doktor kata kena buat ujian nih bila dah masuk minggu ke-34 hamil walaupun result BSP ok tapi still kena buat untuk tgk secara lebih menyeluruh paras glukosa dalam badan…so sedikit sebanyak kena buat pencarian maklumat…org kata biar terang lebih bersuluh!!!

Malahan sangat perlu untuk  kebaikan diri sendiri bila mengetahui dengan detail…apa yg perlu dibuat langkah2 seterusnya bila minda dah berisi dengan ilmu…pencarian yg belum berakhir sampai bila2pun..alahmdulilah ada internet nih senang nak mencari input asla rajin2″ belayar kat alam maya”…huhu ambil masa jugak…kenapa ek banyak org Indonesia pulak yg menulis artikel2 kesihatan???

Ujian Darah HbA1c:

HbA1c (hemoglobin A1c, haemoglobin A1c terglikosilat, glikohemoglobin A1c atau ujian A1c) merupakan ujian makmal yang mengemukakan purata glukosa darah untuk jangkamasa merangkumi dua hingga tiga bulan.

Secara khusus, ia mengukur bilangan molekul glukosa yang terikat kepada hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah. Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus. Ini bermakna kurang daripada 6 peratus molekul hemoglobin terikat secara kekal kepada glukosa.

Berdasarkan kepada hasil kajian seperti Percubaan Pengawalan dan Komplikasi Diabetes (DCCT), yang menunjukkan kawalan ketat glukosa darah boleh mengurangkan risiko mata, buah pinggang dan penyakit saraf akibat diabetes, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya penghidap diabetes cuba mengawal takat HbA1c di bawah 7 peratus.

Korelasi antara Kadar A1C dan Rata-rata Kadar Gula Darah

HbA1C (%)

Rata-rata Gula Darah (mg/dl)
6 135
7 170
8 205
9 240
10 275
11 310
12 345

Kadar HbA1C normal pada bukan penyandang diabetes antara 4% sampai dengan 6%. Beberapa studi menunjukkan bahwa diabetes yang tidak terkontrol akan mengakibatkan timbulnya komplikasi, untuk itu pada penyandang diabetes kadar HbA1C ditargetkan kurang dari 7%. Semakin tinggi kadar HbA1C maka semakin tinggi pula resiko timbulnya komplikasi, demikian pula sebaliknya. Diabetes Control and Complications Trial (DCCT) dan United Kingdom Prospective Diabetes Study (UKPDS) mengungkapkan bahwa penurunan HbA1C akan banyak sekali memberikan manfaat. Setiap penurunan HbA1C sebesar 1% akan mengurangi risiko kematian akibat diabetes sebesar 21%, serangan jantung 14%, komplikasi mikrovaskular 37% dan penyakit vaskuler perifer 43% (UKPDS 35. BMJ 2000:321:405-12).

Soal jawab:

bminggu@bharian.com.my
2010/05/23

SOALAN:
Saya baru saja disahkan mengidap penyakit kencing manis enam bulan yang lepas. Baru-baru ini saya pergi ke klinik untuk rawatan susulan seperti dijadualkan. Walaupun keputusan gula dalam darah saya (selepas berpuasa) berada dalam julat normal iaitu 6 mmol/L, tetapi doktor menyatakan bahawa kawalan gula saya masih tidak memuaskan berdasarkan keputusan HbA1c, iaitu 9 peratus. Bolehkah doktor terangkan lebih lanjut mengapa ini terjadi?

JAWAPAN:
Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) adalah satu keadaan iaitu ada kadar glukosa yang berlebihan dalam darah. Ia disebabkan oleh masalah ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin adalah hormon yang berfungsi untuk mengawal kandungan gula dalam darah dengan meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein di dalam badan.

Antara tanda atau gejala yang dialami oleh pesakit adalah kerap membuang air kencing, sentiasa dahaga, letih dan hilang berat badan.

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS III) yang dilakukan pada tahun 2006, lebih kurang 15 peratus daripada rakyat Malaysia yang berumur lebih daripada 30 tahun mengidap penyakit ini dan peratusan ini semakin meningkat tahun demi tahun.
Penyakit kencing manis adalah satu penyakit seumur hidup. Rawatan adalah bertujuan untuk melegakan gejala dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal serta mencegah komplikasi.

Bagi pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras gula darah adalah penting. Ini kerana ia akan menunjukkan sama ada kawalan dan rawatan adalah mencukupi ataupun perlu diperbetulkan. Paras gula selepas berpuasa bagi orang normal adalah antara 4 mmol/L hingga 6.1 mmol/L.

Selain ujian paras gula selepas berpuasa, satu ujian lain yang biasa dilakukan dalam pemantauan pesakit kencing manis ialah pengukuran Hemoglobin A1c (HbA1c). Paras HbA1c tidak dipengaruhi oleh perubahan seharian paras gula tetapi menggambarkan kawalan gula darah dalam masa enam hingga lapan minggu yang lepas. Oleh yang demikian HbA1c adalah ujian yang berguna untuk menggambarkan kawalan paras gula dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lepas.

Bagi individu normal, paras HbA1c adalah kurang daripada enam peratus. Bagi pesakit kencing manis, paras kurang daripada tujuh peratus menggambarkan kawalan gula yang bagus. Namun sebaliknya, jika paras HbA1c melebihi tujuh peratus ia menunjukkan kawalan gula yang tidak memuaskan dan menghadapi risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi jangkamasa panjang membabitkan jantung, buah pinggang, saraf dan mata.

Merujuk soalan saudara, walaupun paras gula darah selepas puasa adalah normal, namun ia hanya menggambarkan paras gula pada masa ujian dilakukan sebaliknya keputusan HbA1c yang melebihi tujuh peratus menggambarkan kawalan gula dalam darah saudara dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lepas adalah tidak memuaskan. Oleh yang demikian saudara harus memastikan segala nasihat dan arahan doktor untuk mengawal paras gula darah dipatuhi sepanjang masa, tidak hanya sewaktu ujian darah dilakukan. Jika ada sebarang kemusykilan, diharap dapat merujuk kepada doktor yang merawat saudara.

Disediakan oleh:
Dr Muhammad Arif M Hashim
Ketua Jabatan Patologi dan Pakar Perunding Kanan Patologi
Hospital Kuala Lumpur

Info
Jika ada sebarang kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur.

Rujukan:
1)http://rushdy694.blogspot.com/2009_12_01_archive.html
2)http://www.klinikdiabetesnusantara.com/pages/tentang-diabetes/kontrol-hba1c.php

~ by sirasain on January 14, 2011.

One Response to “Apa Itu Ujian HbA1c???”

  1. Slm ziarah kenal,

    Info yg padat, bersama jayakan kempen kesedaran diabetes.

    Formulasi herba ESULIN bantu atasi masalah elak risiko diabetes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: