Kisah Abg Long Berkhatan

Salam…

Baru dapat menulis cerita pasal Abg Long yang selamat “bersunat”…huhu..macam2 ragamnya..nak gelak pun ada..kesian mmg la….anak ibu manja alamakkk terlebihhhh sudahhhhh!!!

Kulit yg dibuang..dah selamat ditanam!!!

Entry tertangguh lagi dek kesibukan macam2 hal….hari ini kira sekali “arung”  tulis kisah Abg Long yg selamat di”sunatkan” Sabtu lalu kat Klinik Zalfah menggunakan kaedah Alis Klamp dgn bayaran Rm150 tunaiiii…

adik sudi jadi peneman sbb ada NITENDO!!!

Sejam lepas bersunat..alhamdulillah Abg Long dah mula kencing…tapi rasa sakit pun dah mula terasa…sakitnya terasa agak berlarutan byk hari juga tp bukan sepanjang masa…suplemen ALPHA LIPID pun ibu bagi belah pagi dan malam utk cepatkan proses penyembuhan.

Hari besoknya masak dekat 2 kilo juga pulut kuning berlaukkan kari telur dan telur dadar nipis …sebagai tanda selamat dah anak teruna kami…jadi anak jantan lepas nih…tak boleh manja2 lagi naaaa!!!

pulut kuning utk diagih2kan kat jiran tetangga...

Hari ini masuk hari ke-6…temujanji ngan doktor…sat2 tadi Abah pulang kejap dari tempat kerja…jam 2 lebih kena bawa tuannya kena pi klinik lagi…buka tempat klamp la pulak…lepas puas…jenuh meminta…terasa berat benda alah tu gamaknya…dlm 1/2 jam je dah balik..ibu masa tu tgh solat…abah pun dah pi kerja balik.
Balik  tadi bila tanya2…ada sedikit rasa sakit…bengkak pun ada skitttt…alahai bila risik2 dari tuannya…doktor ckp ada nanah la sikit…harap2  antibiotik yang diberi boleh mengawal. Ngeri pulak tgk kat tempat klamp tuh…harap2 tak melarat…kena buh Jelly Gamat sebagai alternatif…tak lupa minuman berkhasiat utk Abg Long… cik ALPHA LIPID 2 x sehari.

Sedikit info berkenaan Alis Klamp utk para ibubapa khasnya yang memilih kaedah ini:

Kesakitan:

Berpunca dari tahap daya tahan sakit yg rendah,keadaan takut atau ditakutkan dan mengambil ubat yg kurang dos@kurang berkesan. Masalah emosi dapat dapat diatasi jika mendapat galakan positif dan juga anda perlu faham setiap luka  akan merasai sakit sedikit. Makan ubat yg disyorkan dan banyakkan berehat. Sakit akan berkurangan setelah 1-2 hari kemudiannya. Entah Abg Long ni ragamnya merengek tak sudah…pening kepala..pusing ibu jadinya walaupun dah banyak hari!!!

Pendarahan:

Risikonya memang kecil(1%) berbanding kaedah jahitan(5-7%).Memang tak nampak pun kesan darah….

Membuang Air Kecil:

Kira boleh membuang dgn mudah melalui tiub Alisklamp. Cuma kalau dalam 24 jam tidak  dapat kencing baru kena hubungi/berjumpa doktor. Biasakan mencuci dgn bersih dan teliti pada tiub terutama bahagian dalam…yang ini Abg long buat sendiri lepas ditunjukkan caranya…kena berdikari sikit!!!

Kegatalan:

Perasaan gatal bahagian luka jarang berlaku. Boleh mandi dgn air suam ataupun berendam dalam air bagi mengurangkan rasa gatal. Dalam 2 hari jek sediakan air suam untuk berendam…kalau ikutkan tuannya…amboi hari2 nak.Macam Abg Long gatal2 sedikit bahgian kerandutnya.

flyers berkenaan...byk info!!!

 

Ok la kot serba sedikit catatan…banyak juga info kat sini tertulis sebenarnya…

~ by sirasain on December 2, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: