Ceritera Ujian MGTT

M G TT ( M o d i f i e d  G l u c o s e  To l e r a n c e  Te s t )

Ia dilakukan untuk mengenalpasti sama ada anda mengidap penyakit kencing manis semasa hamil.

Lazimnya ia dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi. Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama. Anda akan dinasihatkan berpuasa selama 10 jam dari malam sebelumnya. Di pagi hari keesokannya darah anda akan diambil. Anda akan diberi minuman glukos dan selang 2 jam darah anda akan diambil semula. Selepas itu barulah anda boleh makan ataupun minum.

Bila dibuat : akan dibuat pada 28 minggu keatas

Kenapa dibuat: Untuk pastikan tidak terdapat gula yang berlebihan dalam darah. Pendedahan yang berpanjangan pada glukos yang tinggi boleh menyebabkan bayi membesar secara berlebihan dan dan juga boleh menyebabkan bayi kekurangan glukos secara mendadak semasa lahir
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan meminum air gula dan ujian darah akan diambil untuk mengukur tahap sugar.

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya
Intepretasi hasil ujian:

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)
Puasa 2 jam selepas glukosa diambil
Normal <6 <8
Tolerans glukosa yang terganggu 6-8 8-11
Diabetes >8 >11


Ceriteraku:

Seawal jam 10 mlm semalam dah mula start berpuasa mengikut saranan nurse masa dtg wat check-up kali kedua hari tu…kena lagi wat ujian MGTT kali ini pun sebab keturunan mak dan arwah ayah ada diabetes lagi pula umur pun dah lebih 35 thn….agak lapar juga bangun waktu sahur nak panaskan lauk utk cik abe dan anak2…hari ini dah tak boleh puasa cam biasa.


Sementara nak tunggu dekat jam 8 pagi dah kena ada kat Kesihatan Ibu & Anak..perut dah mula berkeroncong…yelah dah semalam puasa..baru buka jap kena puasa lagik….huhu….agak pening2 lalat sikit namun alhamdulilah semalam pun amik siap2 2 kapsul alpha lipid utk prevention..itu yg penting.


Ramai juga ibu hamil yg kena datang hari ini. Masing2 muka berkerut2 nak habiskan 1 gelas besar air manisssss yg amattttt(mengandungi 70gm glukos).Kami beramai2 jemaah gitu dalam 6 orang dok setempat minum air gula yg manis dibancuh oleh aci kat situ…kelakar pun ader tgk muka sorang2…mest habiskan dalam masa 5 minit lak tu…segelas besarrrr..hoho…bila dah abissss cepat2 minta kat aci air kosong…rase semacam lak.


Dah ler urat darah dah dapat cari tapi darah pulak takmo kuar terpaksa nurse cari urat lain….aduih sakit la pulak…hingga kini dok rasa sakit2 kat lengan kiri jadi lenguh tp sempat nak menaip kat sini sbb pengalaman begini kena kongsi sebelum terlupa buat posting masa fresh2 balik jam 11 pagi tadi.

Lengan kanan yg ambil darah utk kali kedua lepas minum air gula tuh tak la sakit sgt..pasal aper belah kiri yg mula2 tu mmg terasa hingga tengahari…dan pulak buat posting!!!


Sementara menanti darah kali kedua diambil ada ceramah pasal menjaga kebersihan gigi kita actually….bagus juga..banyak info2 baru untukku..kira first time dengar ceramah begini…before this wat check-up kat swasta…takla dorang buat ceramah begini.

Banyak risiko2 juga utk ibu hamil jika tidak menjaga @ dgn kata lain abaikan bab kebersihan gigi nih….bahaya actually mengundang kalau tidak buat rawatan sebaiknya.

1-3 bulan pertama boleh chek je la sebab masa tu ramai ibu hamil morning sickness…kang termuntah nak wat kerja2 gerudi2 ,tampal menampal atau apap2 yg patut..huhu.

4-6 bulan waktu yg sesuai nak wat rawatan..nak tampal ker cuci ker atau apa2 yg patut.(kad mmg dah ada…kena pergi sebab tgh waktu yg sesuai untukku…nurse siap sediakan kad lagi utk yg belum pernah wat rawatan)

7-9 bulan risiko amat tinggi kalau ada kerosakan gigi atau gusi sakit hingga boleh bahayakan janin..contoh lahir pramatang.

Manakala kes sumbing yg terjadi pada bayi rupa2nya akibat risiko jika si ayah merokok atau terdedah kepada asap2 kenderaan mahupun pembakaran…bukan ceritera lapuk sebab si ayah buat benda itu dan ini actaully kata nurse.

Banyak ilmu tak tercerita dari ceramah tadi yg kudapat….insya-allah jadi pedoman dan panduan walau nak masuk anak ke-4 baru dpt peluang begini.Mudah2an boleh jadi panduan juga utk ibu hamil di luar sana juga.

Result kena tunggu next appointment..harap2 dapat berita baik…sebabnya dah lakukan apa yg patut..suplement pun memang gandakan sejak tau jek mengandung nih…org kata prevention is better than cure..mudah2an gitu ler..aminnnnn!

Nota kaki:

KLINIK KESIHATAN BANGI

Utk ibu & anak:

Setiap Is-Kha(seawal jam 8:00 pagi or 2:00 ptg)

Rawatan  Pergigian:

Is,Ra, & Jum (utk ibu mengandung buat rawatan...jommm kita ramai2!)

~ by sirasain on September 3, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: