Senarai makanan serta hikmahnya

1)Rujukanku:http://halaqah.net/v10/index.php

Roti (khubz)
- Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (anisun)
- Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
- Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
- Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
- Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)
- Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
- Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
- Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
- Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
- Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
- Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
- Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
- Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
- Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa
paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
- Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
- Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)
- Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
- Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
- Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
- Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (hindiba)
- Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan
air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)
- Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)
- Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
- Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)
- Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak sapi (samn)
- Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
- Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
- Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sal)
- Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah
madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)
- Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
- Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
- Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut-turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.

Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

2)Rujukanku:http://www.myetiqa.co.cc/2009/07/makanan-dari-tumbuhan-yang-terbaik.html

TUMBUHAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS

1.MADU

Mungkin diantara kita tertanya-tanya mengenai kaitan dintara madu dan tumbuhan.ebenarnya madu dan tumbuhan mempunyai kaitan yang sangat rapat di mana ianya diterangkan dalam Al-Quran. Madu juga merupakan ubat yang istimewa sehinggakan terdapat satu surah yang khusus menceritakan tentang madu lebah .Bagi orang –orang yang berfikir sahaja yang dapat mengetahui kelebihan yang Allah berikan dalam kandungan madu lebah ini. Dalam surah ke-16 iaitu surah An- Nahl yang bermaksud Lebah,

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah mati-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran tuhan bagi orang-orang yang mendengarkan(pengajaran).

“Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu .Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. “Dan dari buah kurma dan anggur , kamu membuat minuman yang memabukan dan rezeki yang baik . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesarab Allah) bagi orang- orang yang memikirkan.

“Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah : ‘buatlah sarang di bukit-bukit , di pohon-pohon kayu dan ditempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ,keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya . Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia . Sesungguhnya ,pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan .” (an –Nahl:65-68)

Kelima-lima ayat di atas mempunyai hubungan iaitu Allah menerangkan bagaimana air yang diturunkan daripada langit telah menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan sekaligus telah menghasilkan berbagai-bagai bunga yang mana dari bunga tersebutlah keluar buah-buahan. Kemudian Allah telah memerintahkan Lebah untuk menikmati madu yang terdapat dalam bunga .Akhirnya keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warna dari perutnya . Dalam surah tersebut juga Allah telah menerangkan bahawa madu juga boleh dijadikan ubat kepada manusia selain daripada dijadikan makanan .Ayat 68-69 juga dinamakan ayat syifa’ iaitu ayat penyembuh.

HADIS YANG MENYOKONG

Terdapat 2 hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu :

1.”Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya:’ Seorang lelaki datang lalu berkata kepada Nabi ;’ Sesungguhnya saudaraku sakit perut ‘.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda “berilah dia minum madu ,”Kemudian lelaki tersebut memberi minum saudaranya madu.Lalu dia datang semula lalu berkata ;’Saya telahpun memberinya minum madu tetapi penyakit tidak Berkurang bahkan semakin bertambah.’ Rasulullah s.a.w menyuruhnya minum madu hingga tiga kali. Kemudian lelaki itu datang lagi untuk kali yang keempat dan menyatakan bahawa saudaranya masih belum pulih lagi tetapi semakin teruk. Akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda: ’Allah benar ,dan perut saudaramu itu berbohomg.’ .Lalu Rasulullah s.a.w sendiri yang memberi lelaki itu minum madu.Akhirnya dia sembuh.

2.” Al-Husain menceritakan kepadaku ,Ahmad bin Mani’ menceritakan kepada kami, Marwan bin Syuja’ menceritakan kepada kami , dari Sa’id bin jubair, dari Ibnu Abbas r.a. katanya ;”Rasulullah s.a.w bersabda;” Ubat terbahagi tiga :minum madu ,berbekam dan membakar dengan api, dan umatku dilarang membakar dengan api.”

KEHIDUPAN LEBAH
Lebah madu mempunyai kelompok yang elit dan peraturan yang luar biasa .Tempat mereka menjalinkan hubungan sesama mereka dinamakan sarang .Di dalam sarang ini tinggal sekumpulan lebah pekerja yang jumlahnya puluhan ribu yang diketuai seekor raja betina. Di dalam sarang itu biasanya terdapat telur, anak lebah dan remaja. Dan golongan yang tiga ini dinamakan asuhan.Di dalam sarang itu juga ada makanan penting yang mencukupi, yakni madu dan biji-bijian yang tersimpan dalam indung berbentuk segienam. Indung diperbuat daripada lilin yang keluar dari kelenjar lebah tersebut. Lebah terdiri daripada:

1)Raja Betina Lebah
Tubuhnya lebih besar dan panjangnya dua kali panjang lebah pembantu. Sayapnya lebih kecil daripada panjang tubuhnya.Di hujung perutnya yang berbulu terdapat alat bertelur yang melingkar dan mempunyai gigi yang lemah. Tugasnya adalah untuk bertelur dan mengatur pembantu-pembantu dan semua urusan di dalam sarang lebah seperti mengatur segala yang berlaku di dalam sarangnya. Ini hanya dapat di lakukan kerana raja memiliki bau tertentu yang dikeluarkannya melalui kelenjarnya di mana bau ini menarik hati pekerja-pekerja hingga dapat menyatukan mereka.

Disekeliling Raja terdapat pengikut atau pengiring raja yang bertugas membersihkan tubuh sang raja, membuang kotoran ,memberi makannya dan tugas-tugas lain yang disuruh oleh raja. Raja diberikan makanan yang khusus yakni bahan yang dikeluarkan oleh lebah pekerja dari kerongkong yang berupa kelenjar dan kadang-kadang ditambah dengan air ludahnya. Makanan ini dipanggil hidangan Raja.Hidangan ini adalah bertujuan supaya raja dapat bertelur. Selain itu ianya juga diberikan kepada remajanya,pekerja dan jantan pada hari pertama dan kedua kelahirannya . Ini supaya usia remajanya panjang bertambah. Hidangan raja ini merupakan benda keras,pekat bewarna krim,dan rasanya pahit serta mempunyai bau tersendiri .Ia terdiri daripada zat gula ,protein minyak dan asam.Sebahagian saintis berpendapat makanan raja ini mengandungi zat-zat yang istimewa yang mengakibatkan raja boleh hidup lama dan melahirkan pegantinya.

Sang raja kahwin di udara ketika terbang dengan beberapa Jantan. Kemudian ia memelihara bibit itu selama hidupnya yang berkemungkinan sampai beberapa tahun .Bibit-bibit tersebut dusimpan disalah satu anggota yang dinamakan tempat menyimpan sperma. Telur raja disimpan dalam indung dan disusun tegak dengan alat yang melekat seperti gam yang dikeluarkan ketika bertelur.Raja dapat bertelur kira-kira 1500-2000 biji setiap hari atu lebih daripada itu jika ia rajin. Usia raja lebah sekitar 3-4 tahun.Raja muda lebih produktif bertelur berbanding dengan raja tua yang umurnya melebihi 2 tahun Setelah raja lebah mati,raja baru akan dicari dalam masa 17 hari. Ini kerana ,Lebah tidak boleh hidup tanpa raja.

2.) Jantan –jantan lebah
Lebah yang kedua besar ialah lebah jantan ..Ianya juga tidak mempunyai penyengat untuk mempertahankan dirinya. Tugas jantan hanyalah mengahwini raja.

3.)Lebah pekerja
Ianya adalah lebah betina yang dilahirkan dari telur yang tidak dikahwinkan. Lebah ini tidak bertelur tetapi kadang-kadang ia bertelur dan telur ini menghasilkan jantan-jantan lebah. Ia adalah lebah paling kecil dan paling banyak. Tugasnya adalah Untuk mengumpul air madu dari bunga dan biji-bijian untuk dijadikan makanan lebah-lebah lain.Lebah pekerja juga mengumpul gam dari kelompak –kelompak tumbuh-tumbuhan dan dan kulit pohon-pohon tertentu. Gam itu digunakan untuk memperkuat indung-indung,menampal dan menutupi yang retak dan berlubang dan banyak lagi.

PEMBENTUKAN MADU

1.Mengumpul Air madu dari bunga
Lebah pekerja menghisap tetesan-tetesan air madu dari satu bunga ke satu bunga yang lain dengan menggunakan belalai hingga penuh perut besarnya dan kemudian balik ke sarang.Bau bunga adalah faktor penting lebah mendatanginya.

2.Membuat madu
Perut besar pada lebah berfungsi untuk menyimpan air madu.Zat gula dalam air madu bertukar menjadi gula tunggal kerana tindakan zat ragi dan air liur lebah tersebut. Pertukaran tersebut terjadi semasa perjalanan pulang ke sarang. Apabila sampai di sarang zat tunggal ini akan di keluarkan dan dikentalkan dengan mendedahkan air Madu tersebut di udara luar. Zat tunggal yang telah dikentalkan dimasukkan ke dalam indung. Kemudian lebah pekerja akan menutup dengan lilin lebah. Madu dikelaskan mengikut jenis bunga yang banyak terdapat di kawasan lebah mendapatkan air madu.Contohnya madu rumput Birsim.

KANDUNGAN MADU
Madu lebah mengandungi gula, air ,vitamin,air belerang, zat-zat, protein, ragi,enzim dan lain-lain.Kadar zat-zat yang terdapat dalam madu lebah:

Air 18%
Gula buah-buahan(frucose) 4%
Gula Anggur (glucose) 34%
Gula tebu(sugarose) 0.4%
Dextrose 0.4%
Gula Gandum 0.4%
Gula yang lain 0.4%
Protein 0.3%
Nitrogen 0.4%
Garam 0.2%
Zat-zat yang lain 3.46%

Selain dari zat-zat di atas ,banyak lagi zat yang terdapat dalam madu.Ini menyebabkan madu adalah makanan yang paling baik.

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

· Madu dapat menyegarkan tubuh
· Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
· Madu boleh mengeluarkan racun
· Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
· Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk
· Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.
· Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
· senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN
· Penyakit kulit

· Terbakar

· Jerawat
· Gatal-gatal
· Luka
· Kanak-kanak lumpuh
· Kurap
· Sakit gigi
· Sakit mata
· Sakit jantung
· Selesema

2.BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini. Antaranya: i)Riwayat dari Abu Zar r.a.

Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu NabiSAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tinkerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
· Penyakit Buasir
· Sakit-sakit dan bengkak-bengkaka badan
· Batuk yang berpanjangan
· Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN


Ianya dijadikan kayu siugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:

“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.”

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.


KHASIAT BUAH ZAITUN
Antara khasiat buah zaitun ialah:

· Membaik pulihkan perut
· Mengeluarkan cacing
· Menjadi penawar racun
· Minyaknya menghaluskan kulit
· Minyaknya melambatkan tumbuh uban
· Minyaknya apabila dicampurkan dengan garam boleh menghilangkan melecur kena api.

3.KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar, insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa.

Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

4.HABBAH AS-SAUDA

a.Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya ; Rasulullah SAW bersabda ; ‘Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah penyakit. Antaranya ialah:

· Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
· Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
· Mengeluarkan angin dalam perut
· Menambah ghairah seks
· Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
· .Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu bagi para ibu

Selain daripada itu juga, ianya boleh dimasukkan dalam kuih untuk menambahkan kesedapannya. Walau bagaimanapun ianya amat berkhasiat sekiranya dimakan mentah-mentah.Ini kerana , jika ia dimasukkan dalam api khasiatnya akan hilang. Khasiatnya juga akan hilang apabila terkena cahaya matahari. Ini kerana minyaknya yang berkhasiat akan mengewap ke udara. Selain daripada khasiat yang diterangkan diatas , banyak lagi kegunaan Habbah as-sauda yang masih menjadi rahsia yang memerlukan kajian yang lebih lanjut lagi.

Habbah as-sauda juga istimewa kerana penggunaanya tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada unsur racun di dalamnya . Ini tidak seperti ubat-ubat moden yang lain. Oleh sebab itu ianya lebih selamat digunakan.

C. KESIMPULAN
Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin, Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda.Islam menggalakkan umatnya menggunakan keempat –empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari penggunaannya.

Ini sekaligus membuktikan kepada kita kebenaran Al-Quran kerana mana mungkin manusia di zaman jahiliah dapat mengetahui tentang keistimewaan tumbuh-tumbuhan di atas.

About these ads

~ by sirasain on August 21, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,820 other followers

%d bloggers like this: