Lawatan pertamaku

Jam 2 kelam kabut rasanya…abah pulang dari opis…tolong hantarkan dan jaga anak2…kali  pertama ke Klinik Kesihatan Bangi untuk buat check ujian bulanan kehamilan.

Kena isi 2 kad cam biasa..ditanya soalan biasa,sejarah kelahiran anak2 yg lepas,sejarah penyakit keluarga dan apa2 yg berkaitan ler.Due date yang dijangka 20 Febuari 2011 sama seperti kiraan secara manual…minggu nih masuk minggu ke-11.

Info baby diminggu ke-11:

Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap. Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah bisa dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah bisa mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah jumpalitan yang kerap terasa menyakitkan sekaligus memberi sensasi kebahagiaan tersendiri.

Jenuh juga menunggu…timbang berat,amik darah mula2 sekali ngan amik ujian air kencing,tunggu lagi…jumpa nurse utk chek  perut,payudara(hohoho..segan pun ader…dorang chek betul2 kot2 ada ketulan ganjil gamaknya..kat swasta pun takde lak masa pregnant ketiga2 yg dulu..cincai2 je),tanya itu ini..amik tekanan darah pastu kena tunggu lagi utk jumpa ngan doktor pulak…huh lambat pulak.

Dok melayan tgk ragam macam2 manusia kat klinik jadinya…sorang budak perempuan India baru 15 thn dah pregnant…apa sudah jadi…tgk2 status lum kahwin…huhuhu..mcm2. Sorang ayah penyayang tanpa ditemani isteri datang wat rawatan utk anak2..dah tu siap menangis je si anak..kesian…ada jugak dalam ramai2 para ibu2 yg datang….sang ayah mengambil tugas..alahai bagusnya!

Dalam 2  1/2 jam baru selesaiiiiiiii…tp kat klinik swasta dulu2 pun paling kurang 2 jam juga nak selesai….kali ni pilih klinik kerajaan la kalau beza masa tak banyak….free pulak tu…ngan doktor sekejap je …cuma kena rechek tgk keadaan perut sekali lagik,tanya balik sejarah kesihatan famili seadanya.

Nampaknya next time kena wat ujian diabetes melittus sbb arwah ayah dan mak ada sejarah kencing manis…huhu…harap2 takdelah sbb so far dah amalkan suplement yg patut diambil utk ibu mengandung khasnya….cukup lengkap keperluannya… yg terbaik dan ada kelassssss gitu!

30 Ogos kena ke mari lagi nampaknya utk kesihatan bakal anak ibu….moga sihat2 aje kat dlm perut ibu k!Aminnnnnn!!!

~ by sirasain on August 2, 2010.

2 Responses to “Lawatan pertamaku”

  1. Taniah k.ha.. sebaik singgah sini kejap, kalo tak tau hihihi…

  2. tq tini…singgah jgn tak singgah…doakan akak selamat ye..tiap kali mengenangkan nak bersalin tasut jadinya walau dah nak masuk…kali ke-4…huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: