Makanan boleh menentukan jantina???

Rujukan:http://www.myuitm.com/

Inginkan anak perempuan???

Amalkan makanan yang banyak mengandungi kalsium.

Inginkan anak lelaki??

Banyakkanlah mengambil makanan bergaram. Ini adalah diet yang dicadangkan oleh Dr.Jonathan Hewitt, seorang pakar sakit puan di Liverpool Women’s Hospital di England, untuk wanita-wanita yang ingin memilih jantina bayi dalam kandungan mereka.

Menurut Dr Hewitt, diet yang diamalkan dalam tempoh dua bulan sebelum mengandung boleh menentukan jantina bayi dalam kandungan dan setakat ini,diet itu dikatakan menemui kejayaan hampir 80%.

Diet untuk mendapatkan anak perempuan banyak mengandungi kalsium, megnisium dan kurang sodium manakala diet untuk anak lelaki adalah sebaliknya.

Dr. Hewitt menemui kejayaan dalam percubaannya melalui seorang ibu, Jane Maudsley yang mengamalkan diet itu. Jane melahirkan seorang anak perempuan bernama Heather empat tahun lalu selepas dikurniakan tiga orang anak lelaki. “Saya inginkan seorang lagi anak” kata Jane. “Jika boleh saya inginkan anak perempuan, tetapi soal jantinatidak penting asalkan kami mendapay empat orang anak”ujarnya.

“Bapa saya telah terbaca laporan tentang diet itu dalam sebuah akbar tempatan dan saya terus membuat temujanji dengan Dr. Hewitt.” “Untuk mendapatkan anak perempuan, dietnya tawar sekali tanpa garam, tomato, cendawan ataupun jagungmanis…. Semuanya makanan kegemaran saya. Malah saya tidak dibenarkan makan biskut kerana ia mengandungi garam” katanya.

Jane dinasihatkan mengamalkan diet itu bagi tempoh sekurang-kurangnya enam minggu sebelum memulakan usaha-usaha untuk mengandung. Selepas itu segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sehingga tiba saat-saat kelahiran apabila suaminya, Stephen membawa berita gembira mengenai kelahiran anak perempuan mereka. “Saya seperti tak percaya apabila mendengarnya” kata Jane. “Berita ini sungguh melegakan”.

Diet Untuk Anak Perempuan:

Diet ini mempunyai kandungan kalsium dam magnesium yang tinggi dan sodium serta potasium yang rendah. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Harus dingatkan bahawa diet ini tidak sesuai diamalkan oleh lereka yang mengidap penyakit buah pinggang atau batu karang. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakannya.

Pengambilan Harian:
· Susu 600ml
· Roti wholemeal 90gm
· Mentega tanpa garam minimum 30gm
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur atau 2 keping bijirin weet-bix atau vita-brits
· 2 biji ubi kentang direbus sahaja
· Tambahan: 4 biji pil kalsium sehari
Makanan / Minuman Yang Dilarang Sama Sekali · Sosej dan daging salai
· Ikan masin atau makanan laut yang dibuat jeruk
· Kopi, Teh atau minuman bergas

Diet Untuk Anak Lelaki:

Diet ini kaya dengan sodium dan potasium dan kurang kalsium dan magnesium. Ia mestilah diamalkan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum mula mengandung. Mereka yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi dilarang mengamalkan diet ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakannya.

Pengambilan Harian
· susu 200ml
· Roti wholemeal 90mg
· Mentega bergaram minimum 30mg
· 2 atau 1 bahagian daging dan 1 bahagian ikan
· 2 bahagian sayur
· 2 bahagian buah
· 1 biji telur
· Garam 3gm
· Daging salai atau daging masin
· Ikan salai boleh dimakan tetapi tulangnya mestilah dibunag kerana ia mengadungi kalsium
· Cendawan, jangung manis, blackcurrant dan oren
· Kopi, jus oren, jus tomato dan pekatan Bovril & Oxo
· Ubi kentang, coklat dan keju dilarang sama sekali.

Dan akhir sekali…..Kita hanya merancang dan berusaha, Tuhan yang menentukan wallahu’alam..

~ by sirasain on July 13, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: