Dugaan di tahun 2010!!!

2010 sudah datang….sama ada kita bersedia atau tidak???

Hari ini masuk hari ke-6 sudah…

~Perkembangan Adik Naurah~

Bulan ini masuk 1 1/2 tahun umurnya…

Keletah yang tak dijangka bagai selalu…

Bijaknya melampaui usia….

Ragamnya mengalahkan k.Ngah & Abg Long waktu bayanya…

Air liurnya yang masih tidak kering2…berjurai2 selalu dibuat rawatan kecantikan oleh kakak dan abangnya.

Letihnya tak boleh nak cerita bila anak terlalu lasak….dan tak reti dian walau seminit cuma!!!

~Cerita tentang K.Ngah~

Tahun ini juga membuka lembaran baru buat anakanda ibu ALIAH SYUHADA.Kak Ngah juga sudah memasuki alam Darjah 1…sudah besar anak ibu!!!Perasaan K.Ngah sudah tentu berdebar2 diulang acapkali….membuat ibu mula kecut perut melepaskan anak perempuan ke alam baru.Bolehkah anak ibu???

2004…Disember mungkin..teringat2 Adik(masa tu belum bergelar k.Ngah) terkedek2 bermain snow di perkampungan Welshan,Chiba Prefecture…begitu pantas masa berlalu pergi..meninggalkan memori indah di tempat orang…di bumi asing!!!

Hari pendaftaran…K.Ngah begitu excited memakai baju sekolah dan tak sabar2 dah nak ke sekolah.Alhamdulillah semua berjalan lancar!!!

Hari pertama~Isnin lalu jam 11 K.Ngah sudah ready beruniform untuk ke sekolah pada sesi petangnya. Kuatnya semangat anak ibu…Kak Ngah ke sekolah dengan gaya penuh berani dan tanpa banyak soal tanpa ditemani ibu…cuma dihantar oleh pemandu bas sekolah.

Cuma hampir di waktu rehat..ibu datang menjenguk K.Ngah membuat aktiviti di dalam kelas bersama Adik Naurah dan Abg Long.Alhamdulillah semua nampak ok walaupun rata2 murid2 Tahun 1 ditemani parent masing2…cuma ibu dapat datang menemani k.Ngah makan2 cekodok pisang yang ibu bekalkan hari itu!!!

Hari kedua K.Ngah sudah terlewat ke sekolah dek bas yang datang lewat menjemputnya….dan paling tragedi….waktu pulang tidak seperti kebiasaan hari pertama sedangkan jiran kat taman ini sudah pulang jam 7 lebih..hampir Maghrib. Hibanya hati ibu….telepon jiran..telepon driver bas….anak ibu boleh ditinggalkan….diwaktu senja begini keseorangan!!!Mata yang sudah bergenang2 bagai tak dapat ditahan2 lagi walau diberitahu oleh driver bas…..dah ambik dah nih.Hampir jam 8 baru pulang berhimpit2 pula dengan anak2 sekolah menengah!!!

Hari ini pula sayu hati bila waktu dijemput bas…melihat k.Ngah kali ini terpaksa berhimpit lagi dengan kakak2 dan abang2 sekolah menengah ditepi tangga sebab perlu pergi bersama dek lewat ke sekolah pula bila anak2 sekolah menengah dihantar terlebih dahulu ….alahai kesiannya anak ibu. Hati mula tak keruan….hiba yang tak surut2…bengkak di mata yg tak hilang….sedih di hati tak padam2 lagi!!!

Patutkah ibu teruskan keadaan macam ini dengan kepayahan ibu menghantar sendiri dengan adik Naurah yang tak pernah nak duduk diam….perlukah ibu berdiam diri tanpa membuat sesuatu!!!

~Abg Long 10 tahun kini~

Sudah nampak perubahan dirinya..makin boleh berdikari walau masih manja lagik.

Begitu bersemangat nak ke sekolah walau hari ini ada lagi masalah waktu dengan driver bas.

Makin rajin solat walau masih ada tertinggal2 lagi….

Alhamdulillah semakin bertanggungjawab..mudah2an!!!

~Pendarahan Tak henti2~

Takut ada,berani tak ada dengan keadaan ini….adakah sebab beberapa bulan lalu ibu mengamalkan MAB???

Adakah penyakit lain akan menjelma atau memang sudah sebati dalam diri sejak dulu lagi  walau ibu sudah menitikberatkan kesihatan sejak akhir2 ini???

Belum ada keberanian berjumpa doktor……berapa banyak pain darah yang keluar(hari ini masuk hari ke-3)…nak kata haid sudah lepas minggu sudah…dah lah berbelas hari lari dari kebiasaannya…..naik letih rasa badan dicampur kehilangan darah..oh tidak dugaan apa pulak kali ini…episod hiba datang lagi!Kena call kawan baik kot2 boleh redakan kegelisahanku ini!!!

Pendarahan abnormal???

Baru kejap tadi kena baca dan simpan kat blog ini untuk makluman tuan punya badan yang berani tak berani menghadapi dugaan hidup….moga2 tak ada dugaan lebih hebat lagik…..rasa letihhhhhh….nak menguruskan rumahtangga lagi….anak2 yang 3 orang yang perlukan itu dan ini!!!!

Baru nak pasang azam bagus2….impian besar2…..re-plan balik azam yang tak sempat tertunai tahun lepas…dah pulak rasa terjelepuk tak sempat bernafas!!!

Ya Allah ampunkan segala dosa dan khilafku yang sengaja mahupun tak sengaja….aku CUMA hanya insan biasa yang perlukan “waktu rehatku” yang betul2 untuk manfaat diriku…tanpa gangguan apa…entah mengapa sejak akhir ini mudah terasa hati,terganggu rutin kehidupan….kerana aku bukan robot yang takde perasaan…walau berstatus seorang surirumah…seperti orang lain juga…juga masih perlukan  kawan2 untuk bercerita.

Namun aku TETAP ingin menjadi “SUPERWOMAN” yang boleh bertukar menjadi….ISteri,IbU,SuPiR,CHef,DoKToR,BLOgGeR,PeNGLipuRLaRa,PHoToGraPheR,MaNAGeR atau apa2 aje!!!

Itulah sedikit cerita mungkin dugaan atau sebagai peringatan ditahun baru….2010!!!

Mudah2an ada hikmah disebaliknya!!!


~ by sirasain on January 6, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: