Sayangkan anak jangan timang tinggi2!!!

Terlebih dahulu diucapkan “HAPPY MOTHER’S DAY” untuk semua insan sama ada yang baru bergelar ibu iaitu baru saja menimang cahayamata atau sudah bertahun2 memiliki anak kurniaan Illahi yang teramat tinggi anugerahnya.

Hari ini ingin kuberkongsi cerita yang baru diperolehi dari emel …kiriman sahabat Dr.Latina(ukhuwah dari negara negara jepun..alhamdulillah)…mengenai cerita timang tinggi2.Terima kasih kepada penulis cerita yang bernama Ummusaif..moga lebih ramai ibu diluar sana yang dapat manfaat hasil dari cerita beliau ini.

Moga kita juga akan menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita…marilah ambil iktibar cerita ini sebagai tauladan dan sempadan yang patut dielakkan dalam mengharungi kehidupan kadang kita diuji dengan berbagai cubaan.

Saya pulang semula ke yellow zone pada pukul 10 pagi. Sesampai sahaja di situ, saya terus dipanggil oleh TL Resus MO (pegawai perubatan yang menjaga Red Zone). Didapati seorang pesakit dalam keadaan kritikal sedang dirawat. Tak lama kemudian seorang lagi pesakit ditolak masuk ke dalam resus. Seorang demi seorang pesakit kritikal ditolak masuk ke dalam resus. Hinggakan kami kekurangan tangan. Mujurlah beberapa orang pelajar akhir sarjana perubatan kecemasan yang sibuk dengan persediaan peperiksaan akhir datang membantu.
Sebanyak 11 orang pesakit kritikal telah ditolak ke dalam resus dalam tempoh 5 jam, sehinggakan seorang pesakit terpaksa ditolak keluar ke yellow zone disebabkan kekurangan katil resus. Pesakit itu kelihatan stabil dan sedang disoal sejarah perubatannya oleh pegawai perubatan unit jantung (CCU MO). Beliau telah tidak sedarkan diri (collapsed) dengan asystole kelihatan pada monitor jantung sewaktu sedang berbicara dengan doktor berkenaan. Astaghfirullah! ! Menyesal kami semua. Tapi, mengenangkan latar belakang sakit jantung yang pesakit itu hadapi, kami sejurusnya tidak terlalu terkejut dengan kejadian itu. Cuma sedikit terkilan kerana beliau collapsed di luar resus seolah-seolah beliau stabil dan tidak dijangkakan akan meninggal dunia.
Secara totalnya, kami telah mengintubasi 7 daripada 11 pesakit tersebut pada syif pagi (dalam tempoh 5-6 jam) hari ini. Fuhh!!
SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

sbs

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
  1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
RUJUKAN
  1. www.medicinenet. com/shaken_ baby_syndrome/ page2.htm
  2. www.nlm.nih. gov/medlineplus/ ency/article/ 000004.htm
  3. www.dontshake. org
  4. en.wikipedia. org/wiki/ Shaken_baby_ syndrome

~ by sirasain on May 10, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: