Ingatan utk hari ini,semalam dan esok!

Hari ini bertambah usia mengingatkan akan diri yang telah hidup selama 34 tahun…lewat ini asyik terfikir apakah amalan , ilmu, kebajikan yg telah kusumbangkan…telah cukup..atau cukup makan saja..atau memang tak ada langsung!!!
Makin diingat,bila dihitung makin rasa takut…andai umur tak panjang..akulah insan yang dalam kerugian. Takut alpa dalam keseronokan dunia…lupa akan amanah Allah dimuka bumi ini.

Semalam..terngiang di telinga…selepas solat Isyak…Kak Ngah bertanya..apa yg ibu doakan.Ibu doakan agar panjang umur..kehidupan hari ini lebih baik dari semalamnya untuk keluarga kita..abah,anak2 ibu sihat walafiat.”Nanti Kakak dah kerja jadi dentist…nak bawa ibu pi hotel..sebulannnn pun takpaaaa…naik kete kakak yg takdak bumbung”.”Kalau ibu tua2 dah mati nanti…. kakak ambik resepi ibu yang sedap kat komputer tu laaa nak masak….”Sedih pun ader,nak gelak pun ya jugak..tulusnya hati seorang anak.

Esok yang belum pasti…ibu hanya berharap diberi kesihatan yg baik..menjaga amanah yang dianugerahkan…terlalu besar nikmatnya hidup berkeluarga…menjaga anak2 dan suami sebaiknya,dapat memperbaiki amalan,menambah ilmu yg bermanfaat.Cukuplah…rasa malu ..takut tak setimpal dengan amalan..untuk meminta yang lebih2 lagi..dengan limpah kurnia rezeki dariNya!

p/s:Note hari ini;
1) Tirai fotopages ku ditamatkan hari ini oleh sebab kekangan masa…walau agak sedih..sob..sob!
2) Sebelum tu ku tinggalkan kat situ kenangan paling indah selama 3 tahun di bumi orang sewaktu bersama2 kawan2 di Chiba Dan Kyushu…berbentuk 2 video klip…dalam proses(letih actually nak cari balik foto2 lama,kumpul,pilih,edit,pilih lagu tentulah lagu peberetku Nada sousou dll) ..tapi berbaloi!!!
3) Genapnya usiaku 34 tahun…cabaran baru bermula untuk belajar mulakan bisnes secara offline dan juga online..harap ada rezeki hendaknya!
4)Tunggu kek idaman yg ku order dari seorang kawan…surprised utk suami dan anak2 ptg nanti.Tak boleh wat sendiri kek..tak syok nak makan nanti..hehe.
5) Abah nak bawa dinner kat luar malam ni..ada lagi kejutan utk ibu rupanya..ingatkan dah bermalam di Tiara Bech Resort pun dah cukup bermakna!

6)Rupanya bila abah balik kerja ada keki surprised dari abah juga serta bunga 3 kuntum..lambang cinta…hehe..luv u abah!Makcik kayooo makan keki…oishiiiii ne!

birthdayku ke-34

~ by sirasain on November 19, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: