Cukup 40 hari & genap 9 tahun…

Hari ni kira genap 40 hari pantang..kalau nak pantang setakat hari ni la..macam2 tempoh tamat pantang actually mengikut orang..44 ,60 atau 100 hari…ketat sangat pun tak syok juga..longgar sangat pun nanti badan juga yang merana. Kiranya buah2 boleh start makan tu pun yg terpilih2 la cam epal ke anggur ke sikit2…tapi sayur tak berani lagi nak ambik yg mcm2…byk yg sejuk dan boleh sakit urat dibuatnya. Bertungku dan mandi air panas masih diamalkan lebih2 lagi time ujan2 ni…sedap sikit badan bila kena batu tungku yang panas2 tu…dan nak kasi darah nifas cepat habis.

Juga hari ni genapnya ulangtahun ke 9 perkahwinan kami….bak kata abah..cepatnya masa berlalu..rasa cam masih baru kawin lagi tapi anak dah masuk 3..moga kehadiran baby Hajar Naurah mengeratkan kasih sayang yg ada…walau baru semalam diuji dari malam hingga ke pagi sahur dgn amukannya/rengekkannya dan nak didukung memanjang… hampir tiap2 malam tu kadang tak tertahan dek anak mata menahan ngantuk…Alhamdulillah so far takde gaduh2 besar..merajuk tu biasa ler. Sat2 ni dapat call dari cik abang sayang dari Putrajaya(dia nak pi ambik motor kat opis tapi kunci tak bawak daaa..camne tuh..last2 melencong ke shopping kompleks la)..ada orang nak belanja makan kira buka posa ler tu kat ALAMANDA..Chicken Rice Shop…tgh nak booking meja…orait ja kita..ehehe..dah merdeka..bolehlah langkah panjang sikit kalau tak hari2 berkurung dalam rumah…ehhh tak juga..dalam pantang juga dah start bisnes dari rumah… dah 2 kali pergi ambik barang2 tempahan(mujur dekat aja)…alhamdulillah rezeki mula masyukkkkk…kira ok la dpt kumpul RM 100 lebih dah sebagai permulaan ke alam bisnes. Timaksih kat mak mertua,Yam jauh dr Melaka,Ct n Rusdi dan kawan2 opis abah yg telah membuat tempahan…tengah tunggu order ke-3…yang semua termasuk kasut,beg,pinggan porcelain,bakul yang pasti murah2 dari kat kedai…utk lebaran ini. Lepas ni bolehlah start wat promosi lebaran gitu..walau tak beroperasi sepenuhnya tapi tak nak tangguh lagi daaaaaa.

Untuk abah…“SEMOGA BARAKAH KASIH SAYANG KITA UNTUK SELAMANYA”!(sori na pinjam ayat jap…)

Happy 9 th anniversary to me n to you…

To me…merdeka3x!hehehe…lega sikit habis pantang fasa 1!

~ by sirasain on September 7, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: