Makanan Dalam Pantang bersalin

Maklumat yang diceduk utk peringatan dan panduanku semasa dalam tempoh berpantang ni…seelok2nya kaalu boleh pantang 100 hari lagi elok(yang ni kena menurut perintah cik abe)..lagi lama lagik ok dalam bab2 tertentu:

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Yang diamalkan olehku semasa pantang pulak:

1) Ikan selar bakar,gelama,sup daging atau daging salai ,sup jenahak atau ikan merah serta sayur sawi tanpa tumis pada minggu pertama dan kedua. Ikan kering takde ambik pun…takde zat pun..pantang dulu2 ade la makan. Ubat jamu pun tak berani ambik sebab panas dan baby ada masalah kuning sedikit. Kalau dapat makan ikan haruan dibuat sup ka,bakar ka lagi elok utk luka jahitan. Teringat kat Hospital Kubang Kerian masa bersalin anak sulong dulu2..siap ada orang jual anak ikan haruan utk telan hidup2..kalau lalu dek anak tekak la dan nak cepat baik la kan.

2) Masuk minggu ke-2 terakhir baru beranikan makan ayam,ikan bawal,ikan tongkol setelah jahitan dah baik. Sayur tetap hari2 jumpa cik sawi ja…uhuhu. Takde choice…takpa ler sedap jugak…mak mertua yg masakkan. Karipap pun boleh makan…ada inti kentang..ayam ka daging ka..kira ok ler. Jamu ambik sebiji sekali makan.

3) Masuk minggu ke-3 dah boleh makan seafood…sebab jahitan dah ok…cuma takut gatal2 kalau makan awal sangat. Semalam makan la sotong barang sedikit.

4) Buah-buahan dan jenis sayur lain kira memang kena pantang lagi dan agak lama..kebanyakannya sejuk..boleh melihat orang makan ler…sedapnya tgk anak2 dan sang suami makan tembikai merah2 gitu..sabor jelah byk2!

Semalam mak mertua pun dah balik SP…tak dapek nak bermanja dan bersenang2 lagi…kena pandai2 masuk dapur..masak sendiri..tapis2 benda yang boleh kumakan.

*Cuma pesan mak mertua jangan sesekali cuba nak makan pari ka,terubuk ka atau teringin gatai tangan nak ambik/makan pisang…bahaya dan berbisa….teringat pernah termakan pisang masa berpantang anak kedua…terus demam…berbisa sangat!

About these ads

~ by sirasain on August 22, 2008.

14 Responses to “Makanan Dalam Pantang bersalin”

  1. assalammualaikum..
    just nak tanye, berpantang selepas bersalin dan selepas keguguran lain ke? saya baru lepas keguguran, dan ini keguguran kali kedua..yang 1st x pantang pon sgt sbb tinggal sendiri, dan kali ni pon sama cumer kalau bleh nak berpantang..

    di alu2 sgt advise dr kak sirasain. tk

  2. Sy bakal bersalin Jun ’09 ni.. Nak bertanya..Makanan yg dimasak sume boleh ditumis tak? Kopi O boleh minum tk masa pantang…? Sy nanti pantang sendiri.. mmg tk tahu apa2..mintasgt nasihat akak..TK

    Nini

  3. asalamualaikum,saya kena jaga isteri saya yang br lepas bersalin tetapi isteri sy di bedah…oleh itu blh tak bagi saya tips tentang makanan selepas pembedahan

  4. Kesiannya saya baca blog nie, tak de jawapan pun dari blog owner..

    Hrmmm, saya pun baru menjalani pembedahan anak ke 3. Berpantang sama macam saranan blog owner di atas.

    Saya ambil pati ikan polleny (sebaiknya tak payah rendam air panas) – minum jer dari botol tu, dan bilas air putih. Ambil selepas sarapan pagi. Orang lepas bersalin ceaser nie, sebelumnya dah kena berpuasa. Asyik masuk air jer. So, perut tak boleh kosong sangat. Nanti masalah gastrik pula yg dtg.

    Suami selalu buatkan sup ikan haruan, yang di masak tanpa tumisan minyak.

    Kenalah ikut berpantang makanan lain yg tak boleh seperti saranan di atas.

    Bahagian luka kena selalu pastikan tidak basah. Ada yg syorkan sapu serbuk manjakani kat luka. Tetapi pastikan bile buat parutan biji manjakani tu di atas tempat yang bersih, di kuatiri ada plak bakteria.

    Jangan sesekali makan pedas. Perut tak tahan dan boleh kenal ulcer dlm perut. Pedihnya mcm nak rasa dh tak lama dh hidup nie, sebab nak tarik nafas pun susah dan sakit.

    Jgn berlapar. Tiap 3 jam makan la apa2, roti ker, biskut ker dgn susu. Bila menyusukan baby dan biar diri sendiri lapar, alamat masalah lain pula yg akan timbul. Bila ada rasa senak2 kat dlm perut tu, masalah permulaan gastrik lar tu, kenalah cepat2 makan.

  5. assalam…sya masuk minggu ni dah minggu ketiga..actually jahitan dah hampir sembuh dah tapi ada satu hari tu saya termakan ikan kalau kat kg saya diorang panggil iakn planta sekor after makan tu saya terus rasa gatal2 then after 2days saya tengok kat cermin yang dah jd nanah sket..aduii sedihlah..camner saya nak csembuh cepat luka tu yea..ada efect tak because of that nanah tu?please help me sis..

  6. saya ada balas emel..dpt x? Saya sarankn guna jelly gamat utk sapu2…utk xtra amik la alpha lipid ia bagus utk penyembuhan luka2 disamping bekalkan nutrien yg ckup bg keperlaun tubuh kita.

  7. byk gak pantang2 ni tpi keterlaluan kalu tak leh mkn bayam coz bayam bantu tambah darah. Tips@cara saya berpantang =mkn je lah ikan bilis tumis ngan halia plus lada+sup ayam.ptg2 minum susu rendah lemak/air halia suam/teh panas..atau bread2,nestum/oat crackers..jus buah pun ok gak tp less manis.masa mkn pastikan perut sudah di pasang barut disapu herba pengempis peruit.selain
    itu,pastikan bdn2 kita dirawat betul2.saya berasal dr sarawak mengamalkan pekara ni masa pantang:mandi air rempah suam,sapu herba penghangat bdn,pakaibedak sejuk dmuka,pilis kepala,barut rempah di perut..pastu baru mkn.pas sejam mkn2 bru minum air rempah pegaga dan rempah sireh.rumit tp mantop hasilnya.

  8. askm..sye bru 1 week gugur..baby time tue bru msuk 2 bulan…tp dh semiggu sye xpntang lgsung..main mkan smua benda…lpas tnye kwn22 bru dorg bgtaw yg sye nie kn pantang mkan n byk ag…kmudian hari nnt ade kesan x??

  9. pantang keguguran sama jek dgn pantang bersalin normal..kemudian hari ada kesannya…itu yg akak tau…

  10. salam, insyALLAH bulan julai 2011 akan melahirkan anak..pantang nnt di rumah ibu sendiri tetapi bukan full time, berkemungkinan saya kena independent..dan ini adalah anak yang pertama.jadi nak tya time management semasa berpantang,contoh dari pagi hingga mlm ape yng perlu dibuat,jika sudi berkongsi ilmu harap dapat reply msg saya ni.wasaalam

  11. ermmmm…akak bukanlah pakar atau yg terbaik tp sebagai panduan…masa bertungku perlu kerapkan di awal minggu pertama dan kedua..sebaiknya 2 x sehari di waktu pagi dan malam…dan boleh sambung lagi minggu seterusnya…sekali sehari pun dah ok…makan kena on time boleh masuk angin..pernah terkena..aduih tak boleh tidur mlm sampai…berbengkung tu elok sebelum makan dah pakai siap2…basic utk letak bahan diperut jika takde…boleh ambil kapur plus air perahan limau nipis dan sedikit minyak mestika utk kurangkan gatal2…baby perlu dikejutkan utk menyusu jika tak bangun..coz kdg2 tuh biasanya dlm tempoh berpantang baby nih suka tidur…sekurang2nya 8 x breastfeeding…amalkan mandi air panas sepanjang tempoh berpantang di waktu pagi….lagi elok sekalikan dgn pelbagai daun2…cth yg basic klu takde daun pandan,d.kunyit ,d.sireh,bunga kantan…boleh dicari atau dibeli kan….berurut boleh je amik terus selepas bersalin jika takde jahitan…klu x pastikn luka jahitan dah baik… erm apaa lagi ek..nanti boleh tanya lagi kot2 ada yg tertinggal…baby pulak…utk mandikan ada alat utk baby baring masa nak mandikan kalau sendirian…. kalau nangis menjadi2 maybe sebab kembung perut biasanya..kena tuam…itu jek kot…sekian.

  12. saya nak tanya ,makanan ape yg tidak boleh di makan selepas habis pantang,beranak secara operation,ada orang kata makanan tajam tidak blh ,takut luka dalam membengkak dan bernanah,ada yang cakap cuka,nanas dan limau memang tidak boleh dimakan dalam tempoh 2 tahun,tolong bg pendapat pada yang pernah melahirkan secara pembedahan

  13. daging lembu boleh ker? dah sbulan bpantang ni..

  14. bru2 boleh ke mkn daging?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,820 other followers

%d bloggers like this: