Ujian Perinatal???

APA YANG ANDA PERLU TAHU DENGAN UJIAN PERINATAL

Ada beberapa ujian yang dilakukan keatas ibu hamil untuk memastikan bayi berada dalam keadaan memuaskan, dan juga mengawasi keadaan bayi dan mengurangkan rasa takut dan ragu ragu terhadap kehamilan anda

UJIAN ULTRA-BUNYI

Bila dibuat: Semasa pemeriksaan antenatal
Kenapa dibuat: Untuk mempastikan kandungan didalam rahim, kandungan itu hidup, pastikan ia kembar atau tidak, umur janin, melihat sebarang kecacatan janin, kedudukan uri dan tumbesaran bayi. Ia juga boleh mendengar dengupan jantung bayi.
Bagaimana: Gelombang bunyi terpantul dari tisu yang akan dibaca oleh mesin dan memaparkannya pada screen TV.

us

***sedikit info tambahan****

Ultrasound digunakan untuk sebab-sebab yang berbeza pada peringkat-peringkat yang berbeza semasa mengandung. Sebelum 14 minggu, ia digunakan untuk mempastikan samada janin hidup atau tidak, mengesan samada ia kandungan kembar, dan mempastikan kandungan tersebut berada di dalam rahim atau tidak.

Dengan mengukur panjang janin pada jangka waktu ini, tarikh jangka bersalin dapat di pastikan dengan tepat.
Keadaan awal janin tidak normal juga dapat dikenal pasti semasa peringkat ini. Pada 11-14 minggu, ukuran ketebalan kulit pada belakang janin boleh digunakan untuk mengira risiko janin yang mempunyai kromosom tidak normal.

Dari 18-30 minggu , pemeriksaan boleh dilakukan dengan lebih terperinci kerana kebanyakkan organ janin telah terbentuk dengan lengkap dan ultrasound boleh memeriksa samada organ tersebut terbentuk dengan normal atau tidak. Tulang belakang, tengkorak, otak, jantung, paru-paru, buah pingang, tangan dan kaki boleh dikenalpasti.
Dari 30 minggu kehamilan, US selalunya digunakkan untuk mengawasi tumbesaran bayi. Beberapa siri ukurlilit perut bayi akan dicartakan untuk mengetahui samada ia membesar secara normal atau tidak.

Bagi mereka yang mengidap darah tinggi semasa hamil, aliran darah talipusat akan diukur untuk mempastikan fetus tidak mendapat komplikasi dari penyakit tersebut.

Ultrasound juga boleh menentukan kedudukan uri dan sekiranya ia terletak terlalu dekat dengan pintu serviks, wanita mungkin mengalami placenta praevia.

MENGIRA PERGERAKAN BAYI

Bila dibuat: Pada kandungan 30 minggu ke atas
Kenapa dibuat: Untuk memeriksa tahap aktiviti bayi
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan mengira berapa lama masa yang diambil untuk bayi membuat 10 pergerakkan. Walaupun ia boleh dilakukan pada bila bila masa terutama disebelah malam kerana bayi lebih aktif pada malam hari.

UJIAN NON STRESS

Bila dibuat: Selepas 28 minggu
Kenapa dibuat: Untuk mengukur gerak jantung bayi terhadap pergerakkannya sendiri. Degupan jantung yang tinggi semasa bayi bergerak menunjukan tanda yang baik
Bagaimana ia dibuat: Tali pinggang akan diletakkan pada perut ibu semasa berbaring. Ibu akan memetik butang setiap kali bayi bergerak.

ctg

PROFIL BIOPHYSICAL BAYI

Bila dibuat: Pada akhir kandungan
Kenapa dibuat : Untuk memeriksa kadar jantung bayi, gerak bayi, pernafasan bayi dan jumlah air ketuban dalam dalam rahim. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ibu mungkin akan dinasihatkan bersalin awal dari tarikh jangka.
Bagaimana ia dibuat: Melalui ujian ultrasound

MODIFIED GLUKOS TOLERENCE TEST

Bila dibuat : akan dibuat pada 28 minggu keatas
Kenapa dibuat: Untuk pastikan tidak terdapat gula yang berlebihan dalam darah. Pendedahan yang berpanjangan pada glukos yang tinggi boleh menyebabkan bayi membesar secara berlebihan dan dan juga boleh menyebabkan bayi kekurangan glukos secara mendadak semasa lahir
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan meminum air gula dan ujian darah akan diambil untuk mengukur tahap sugar.

MATERNAL SERUM ALPHA-FETOPROTEIN

Bila dibuat : 15-22 minggu
Kenapa dibuat : AFP tinggi pada bayi yang mempunyai otak dan saraf tunjang. Tahap mungkin rendah pada bayi yang mempunyai sindrom down
Bagaimana ia dibuat: Ujian darah ibu akan diambil dan dihantar kemakmal. keputusan mungkin boleh diketahui dalam 1-2 minggu.

AMNIOCENTESIS

Bila dibuat: Pada 14-18 minggu pada mereka yang mempunyai risiko
Kenapa dibuat: Selalunya dibuat untuk mendapat maklumat tentang kromosom bayi. Sekiranya tahap AFP ibu tinggi tanpa sebarang sebab, ujian ini boleh menetukan samada terdapat ketidaknormalan janin.
Bagaimana ia dibuat: Satu jarum akan disuntik kedalam rahim supaya sedikit air ketuban dapat diambil untuk diperiksa. Risiko untuk kegugguran selepas prosedur ~2%

CHORIONIC VILOUS SAMPLING

Ujian ini merupakan alternatif kepada amniocentesis
Bila dibuat : pada 9-11 minggu
Kenapa dibuat : Untuk mengetahu kromosom bayi
Bagaimana ia dibuat : Satu jenis salur akan dimasukkan melalui vagina dan serviks kedalam rahim untuk mendapat satu sampel tisu uri ynag mana akan diperiksa untuk sebarang ketidaknormalan.

p/s:Baru ler tau sebab musababnya….meh letak info sini supaya senang nak rujuk!

~ by sirasain on July 25, 2008.

2 Responses to “Ujian Perinatal???”

  1. terima kasih share info ni…

  2. thanks info. kalau ada contoh imej berperingkat dari awal kehamilan hingga proses kelahiran amat-amat membantu sebagai reference

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: