Banyak citer semalamnya…

Follow up ibu yang ke-10 dah…

Pertama pagi2 lepas siapkan b/fast dan Kak Ngah pun dah ke skolah..ke Az-Zahrah dihantar oleh abah(hooray abah cuti hari ni sbb spesel day) yg lepas tu dia ke bank ada benda nak settle……tak lama masa diambil kali ni…berat ibu naik 50 gm ja…baru perasan berat ibu masa mengandung tak byk naik(maybe kurang selera kot)bila doktor tolong kirakan…walau dah cecah 60 kg…cuma yg risau tang kedudukan baby mula meresahkan jiwaku balik…suka dok terlentang lagi dah saat akhir ini..harap2 nanti telangkup balik..nanti susah nak kuar pulak..sian kat ibu ler.Doktor bilang uri pun lum matang lagi…bila ditgk scannya.Nampak gaya takde la nak kuar awal2..sbb ada org tu nak hari semalam juga baby kuar..biar sama tanjyobi dgn dia.

Ibu lak suspen ja sejak 2 hari ni rasa sakit kat celah2 peha bagai ditarik2…nak berdiri pun kadang tak selesa tapi masih takde tanda2 pun ada orang cepat2 nak kuar lihat dunia ini.

Tanjyoubi ke-8 Abg Long….Omedetou!!!

Kedua sebabnya hari semalam umur Abg Long genap 8 tahun,abah siap ambik cuti..konon2 nak wat surprised…dah lama Abg Long minta beskal…dari tahun lepas..huhuhu..cam biasa kami tak nak biasakan dia dapat dgn cepat..perlu bersabar dan mengikut giliran…dan melepasi syarat2 tertentu…dan semalamlah harinya utk dia mendapat apa yg diidamkannya…walau tak reti lagi guna tayar 2.

Semalam dia agak heran..semua orang wat dek ja…cam takde surprised sehingga dia ke sekolah walau dah nampak macam ada kotak kek dalam peti yg ibu buatkan sehari sebelum..belum wat kuar pun…tapi siap tanya itu ini..kenapa abah ambik cuti dll. Rezeki Abg Long nak dpt beskal agak mahal..dah pergi Seksyen 4..kedai beskal tutup lak…on the way tu ke Yummie Bakeri..beli skit barangan utk birthday party famili memenuhi permintaan Kak Ngah..nak topi ler,belon ler..dll…utk beskal last2 pergi yg kat blakang rumah kami ja la…kat KaJang Impian yg jual beskal moden dan sporty.

Abah siap taruk beskal kat bilik dia…ibu n kak ngah hias skit2…utk surprisedkannya..memang tergamam dia masa balik petang dari skolah naik atas nak mandi…ingatkan masih takde surprised..semua org asik2 wat don’t know aja. Lepas tu senyum sampai ke telinga ler pulak….baru boleh makan kek…dan lepas Maghrib abah nak bawa dinner kat Kenny Rogers di Metro Point Kajang…balik rumah hampir jam 10 tu siap boleh main2 beskal..lepaskan gian main sekejap di malam hari dalam 15 minit dgn kak Ngh sekali.

Kak Ngah siap tanya boleh sambut lagi tak hari ni..nak jadi badut cam semalam..sabor jelah…suka hati agaknya…tumpang bergembira…di hari lahir Abg Long…walau dia cukup tak suka bila ibu ckp nak baby kuar sama ngan hari lahir Abg Long..siap takmo wat kad lagi. Macam2 kerenah anak ibu..yg kadang tak kering gusi lak dikenang2 balik…

~ by sirasain on July 17, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: