Sembelit Selepas kelahiran…

***Actually sebelum bersalin lagi dah alaminya…tiap kali mengandung…ni kira masuk kali ke-3 dah..memang alaminya…rasa ngeri pun ada bila ingatkan pengalaman dulu2 terutama memang agak kritikal lepas bersalin…

Sebelum bersalin bolehlah minum air bergelas2 tapi bila saat berpantang ni cuak juga…byk nak kena jaga..nak minum air pun kena berpada2 kata orang2 tua ler…semuanya kena sukat…nak makan sayur pun kena pilih2 takut sejuk lak badan…kang dah kurang serat…tapi apapun info pasal sembelit mesti taruk kat sini utuk panduan…harap2 sedikit sebanyak dpt membantuku mengatasi permasalahan ini….kowaiiiii ne!Apa yang penting ku perlu bertenang setenangnya….abah kata elok makan quaker oat gitu!Bolehlah dicuba….

Informasi;

Sembelit selepas kelahiran adalah suatu masalah yang sangat lazim di alami ibu-ibu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan ibu yang dalam pantang ini “dinasihati” supaya kurangkan meminum air dan tidak dibenarkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan air yang banyak kononnya akan menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula dikatakan menyebabkan angin dan sejuk.

Sembelit selepas bersalin berlaku kerana perjalanan najis di dalam saluran usus lazimnya menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Otot di perut(abdomen) menjadi kendur menyebabkan tekanan di dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

2. Otot di usus juga menjadi kendur kerana terdapat kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.

3. Jika terdapat luka episiotomy, ibu-ibu mungkin takut hendak membuang air besar kerana takut sakit ataupun takut terbuka jahitan.

Untuk mengatasi masalah sembelit, seseorang ibu perlu mengambil langkah seperti di bawah ini:

1. Banyak meminum air atau cairan 2-3 liter sehari. Air ini akan membantu pengeluaran susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman pada pundi-pundi kencing serta mengurangkan sembelit. Lebihan air ini akan dikeluarkan daripada badan seseorang melalui peluh atau air kencing dan bukannya ke tisu faraj.

2. Memakan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain daripada serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk proses pemulihan tisu-tisu yang telah tercedera semasa kelahiran bayi dan juga penyembuhan luka seperti luka episiotomy ataupun luka pembedahan caesarian.

3. Tidak digalakkan bagi ibu-ibu untuk hanya berbaring di katil semasa pantang. Banyakkan bergerak dan berjalan untuk memudahkan membuang air besar serta membuat senaman menguatkan otot abdomen apabila pendarahan nifas sudah berkurangan. Senaman untuk menguatkan otot-otot di pelvis juga penting dilakukan untuk memulihkan semula keadaan otot-otot di sekeliling dubur dan faraj.

4. Ibu mungkin perlu diberi rawatan dengan ubat-ubatan untuk merawat sembelit.

~ by sirasain on July 1, 2008.

2 Responses to “Sembelit Selepas kelahiran…”

  1. totally different from org melayu nye pantang kan? depan org tua mmg confirm xleh buat. hehehehe
    eh akak bile bersalin?

  2. camne nk rawat yek…saye da 3 bulan pas bersalin..masih sembelit lagik….rase traume jer….cam terasa lg luka jahitan episitomy setiap kali qada hajat…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: