Makan durian Mempaga dll…

Sabtu lepas sempat juga cik abe bawa kami ke rumah kakakku di Mempaga 1. Begitu lama actually nak ziarah kakak tak berkesempatan….ada saja menghalang…sampai omiyage tikar duduk dan omiyage kecil2 utk anak2 buah dari Jepun tak terbagi lagi. Juga menghantar ayam kesayangan Abg Long…yg 4 ekor tu ke sana..sbb sini amat kurang sesuai utk kehidupan ayam2 kampung yg nak hidup dikawasan rumah teres…meleleh air mata anak ibu nak berpisah dengan pet kesayangannya…masa pergi dan balik…ada rezeki nanti kita bela lagik na!

Bertolak jam 9 lebih dah pun…sebab driver tak cukup tidur…malam2 takleh tidur..gitulah jadiknya. Dah hampir 4 tahun ke sana…asyik termakan buah langsat…tersilap masuk lorong ler…dah signboard pun satu hal….tak mesra rakyat…huhuhuhu….sampai pun dah tghari. Anak2 buah pun dah besar2 belaka…dan berubah tgk muka..dalam gambar…2 orang takde kat rumah…yelah masa singgah sebelum bertolak ke Jepun dulu..dorang kecik2 lagik dan jarang jumpa..now dah jadi anak dara dan anak teruna…tak lama lagi dapat menantu ler tu kakakku..hehehe.

Sampai kejap dah terus makan tengahari…sayur peberet pun ade sekali…gulai lemak tempoyak pucuk ubi…memang kaw2..ratah saja pun sedap…kakakku memang pakar bab masak memasak.Dah berguru pun masih tak dapat rasa cam tok guru buat….sedap juga yg dia masak…dah abah pun puji hingga menjilat jari tu…memang tak syak lagik! Ku pun disuruh menuntut ilmu lagikkkkkk.

Lepas je makan…kami terus dijamu durian kampung…yang dibeli tapi fresh gitu…yg kat pokok kata Kak Yam…kurang menjadi lak..ingatkan nak tunggu nasi jatuh keperut…huhuhu..dah semua “hantu durian”….orang belah..kita serbu aja. Kak Ngah makan tak malu2 dah…dia memang kuat makan…ibu takleh nak sumbat byk2 dah…walau hati teringin nak makan lagi. Abah pun memang rancak ja menjamu selera…enaknya durian kampung…lebih2 lagi dpt durian yg baru gugur.

Kami sekejap saja…hampir jam 4 kena bertolak pulang….tapi yg pasti terubat rindu..dapat jumpa kakak yg paling susah sekali nak berkumpul bersama lebih2 lagi dihari raya….4 ,5 tahun sekali baru dia balik Kelate. Diberi lak kain pemegang periuk,3 sarung bantal buatannya/jahitannya sendiri…dapat lagi gulai sayur peberet,durian org bekalkan(lega semalam dpt makan pulut durian…(tiba2 mengidam hujung pregnancy lak)..juga kuih kerepek lidah buaya…2 balang…perisa masin dan manis…memang sedap sekali….dah pakar dia membuatnya(agaknya sebab selalu mengambil tempahan utk majlis kenduri dekat situ)…berguru hari tu masih tak menjadi juga ku cuba. Juga dengan tak malunya…minta bunga kantannya yg geram ja tengok..(kat sini mahal tu dijual)…subur2 membiak…sanggup masuk redah semak…nak ambik gambar..nak cium bau wangi bunga kantan….siap ambik anak pokok nak bawa balik Bangi..kalau ada rezeki..harap2 hidup ler ia.

Balik2 kepenatan sampai esok hari terasanya…2-3 jam perjalanan pun rasa…dah naik lenguh2 urat kaki dan satu badan…tak ke mana2 ler ahadnya…aktiviti mengemas rumah,membasuh kecuali belah petangnya ke taman permainan seberang jalan..tgk suami & anak2 beriadah pula.

~ by sirasain on June 16, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: