Selamat Buat Abah…

Hari ni tanjyobi/besday dalam ic abah kiranya…dah seminggu sudah dari tarikh lahir yg benar. Namun kek belum dibuat khas lagi kerana masa tu..Jumaat lepas….abah outstation kat Seremban..4 hari 3 malam.

Hari ni baru nak gagah2kan diri…mencari semangat yang hilang…mood di dapur yang telah lama pergi. Alhamdulillah kek sponge dah siap dibakar..nampak ok walaupun tadi ada problem ngan sukatan dek penimbang elektronikku dah cam sampai masa dah nyanyuk2…tak boleh sukat dgn betul2! Pastu pandai2 lak ku adjust sendiri bila tgk adunan agak cair!

Kul 2 nanti boleh start deko guna ilmu yg belajar tempohari…as requested oleh cik abang sayang…nak Pineapple Orange Cheese Cake…so semalam pergi mencari2 kat Yummie Bakeri..sib baik ler adik ipar tinggalkan ketenya sebelum ke Tawau…bolehlah kami bergerak.

Ambik itu ..ini dah terbang Rm 70.20…tak per ler nak belajar la katakan..kena berhabis dulu…tapi bila chek rega..harga barang dah naik..telur Gred B pun 60 sen naik rega.

Biarpun bulan Mei ini seperti bulan kurang “ong” sekali…kesian abah..asyik duit terbang melayang dek motor,van,kete baru tak muncul2 seperti yg dijanjikan dan kami 4 beranak tak sihat2.

Pastu ibu pandai2 nak belanja birthday pa…makan sushi & sashimi…lak Isnin lepas kat Miyagi Japanese Restaurant…ingatkan rega bawah Rm150..tapi rupanya terlebih daaaaaa…gomen ne…rasa bersalah pulak…suami penat bekerja..kita senang2 habiskan duit…huhuhu…walaupun dengan izinnya. Anak2 yang begitu pulun makannya bila dpt jumpa cik Maguro,Salmon,Unagi,Ebi Tempura,Nato,Edamame,Chawan Mushi,Daikon ,Shoyu nama2 makanan yg agak melekat di hati kami 4 beranak jua iringan alunan muzik dan berita dari Jepun..dapat melepaskan kempunan akan kelazatan hidangan ala Jepun tentu sekali amat dinantikan(kurang2nya malam tu kita dapat raikan bersama)….takpalah sekali-sekala kan..tahun depan ke pulak masuk situ..kalau ada rezeki lagi laaa. Walaupun kelihatannya malam itu…anak2 yang terlebih menghayati food kat situ…huhuhuhu.

Harap2 masih ada ceria di wajahmu….kau pancarkan!

Alahai kesian abah…di bulan Mei ni banyak betul cubaaaaaaaannnnn…bertubi2…biarlah jadi ingatan dalaam diari kehidupan kami…hari lahir pun bulan ni gak…harap2 masih ada keceriaan dan sinar bahagia menanti.Moga2 lepas ni berlalu pergi segala kejadian yg tidak elok….ibu doakan keluarga kita dalam kesejahteraannya sempena di hari lahir abah kali ke-39 ini!

“Selamat Buat Abah Sayang”……sempena tanjyobi hari ini..tunggu..surprised kek menanti petang ini dari kami bertiga! Moga bisa sedikit sebanyak meredakan hati abah yang gundah gulana itu.

~ by sirasain on May 30, 2008.

One Response to “Selamat Buat Abah…”

  1. Selamat ulang tahun kelahiran utk Mr. Azhar…
    utk Ha & keluarga semoga tabah menghadapi dugaan yang mendatang

    p/s: bukan kata kat Malaysia je harga brg2 naik…kat sini pun sama…bila ke supa tu, sekelip mata je 4-5 ribu yen habis…telur murah kat kedai hijau tu pun dah tak ada dah & segala brg keperluan dapur semuanya dah naik harga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: