Bila macam2 terjadi…

Tak tahu nak mula cerita kali ini dari mana..pendek kata banyak perkara yang terjadi dalam seminggu dua ini…diuji rasa sakit ,rasa kehilangan, sedih ada..terkejut ada,bersyukur tentu sekali padaNya.

Bila macam2 terjadi mula berfikir dalam2..hikmah di sebaliknya. Dengan mula2 dapat sakit datang berpackage..sehingga sekali pergi ke klinik..terus dr. bagi 5 ubat sebagai pengubatnya. Tu pun sebab abah risau nak tinggalkan diri ini sebelum dia ke Terengganu bersama mak dan adik2 dengan Vanette…ambil barang Mat Mie yg dah tamat belajar Mei ini di UITM Dungun.

Hendak cepat jadi lambat..yalah bukan kita hanya mampu merancang perjalanan tapi Dia yang berkuasa mengatur segalanya. Walaupun dikira musibah yg datang agak kecil…tapi hati tak keruan bila abah call dari Setiu…baru lepas accident Sabtu lepas jam 11:20 pagi. Alhamdulilalh sekurang2nya yang menelepon adalah abah bukan suara tak kukenali. Hati amat takut sebenarnya setiap kali suami kepergian utk perjalanan yang jauh…yalah doa2 minta selamat itu sahaja yg boleh menghilangkan rasa resah bersarang.

Walaupun van agak rosak teruk dan masih tersadai di sana..mujur sangat2 mak,abah dan adik ipar 3 orang terselamat dari kecelakan jalan raya…dan pemandu kereta depan pun ok… juga tidak melibatkan kehilangan nyawa sapa2..cuma dorang sedikit lebam2 terhentak masing2nya. Nasib baik juga tak jauh dari Bukit Marak…kira2 sejam lebih lagi..boleh juga abang iparku…pergi menjenguk dan mengambil mereka. Banyak yang nasib baiknya pada hari itu….patutlah ibu di sini pun bermula bangun pagi dengan hati tak keruan hari itu.

Mujur juga tiket utk balik ke sini utk 5 orang pada hujung minggu malam Sabtu dari Kelate tidak habis…kalau tak jenuh adik ipar nak kejar flight ke Sarawak malam Ahadnya. Plan nak bawa pulang barang2 ke SP tercancel automatik…rancangan udah tergendala.

Bila abah dan mak selamat sampai sini jam 7 pagi Ahad…Alhamdulillah lega2 sangat2 tgk dorang terpacul depan rumah. Macam2 nak tanya..bagaimana terjadi ,kenapa,siapa dll lagi pertanyaan bertubi2. Masing2 keletihan dek perjalanan tak henti2 sejak Khamis lagi bagi mak dan Azrul.

Sekarang ibarat kami “patah kaki” sementara cuma menanti van diperbaiki dan rezeki baru yang tak kunjung2 tiba…(tidak berkenderaan tayar 4 la)…mujur masih ada motor utk kegunaan abah membeli barang2 keperlaun dan hendak ke kerja. Esok pun buat check-up naik motor ler gamaknya abah hantar dengan perut memboyot(sekurang2nya masih ada kan)…lamanya tak naik motor…huhuhu.

Entah bila terjadi musibah kecil2 begini kadang hati bagai diajak berfikir berkali2 dan dalam2..bermaknyanya kehidupan lengkap dengan suami dan anak2 ada di sisi…tak dapat dan tak mahu sebenarnya membayangkan benda2 yang tak elok ni..tapi siapa kita nak menolak suratan takdir yang sudah ditetapkan jika hendak terjadi. Lega masih diberi peluang berjumpa dengan suami…yang pulang ke sini dalam sihat walafiat dengan cerita agak gerun nak kudengar dari accident tempohari…gembira semalam melihat dia melayan anak2 bermain badminton dengan Abg long la dll.

Itulah adat kehidupan…kadang kita berada di atas…kadang kita diuji untuk rasa berada di bawah..kehilangan atau  kerugian harta benda mungkin tak tak seberapa sebenarnya jika nak dibanding dengan nilai satu atau lebih nyawa orang yang paling kita kasihi…mungkin masa untuk kita merenung kembali kekurangan/kekhilafan diri yang tak tersengaja terbuat…mungkin ada doa belum cukup sempurna dengan perbuatan utk dipanjatkan kepadaNya…banyak berfikir juga utk kesian kali ini..beberapa hari ini!

Tapi hari ini aku bersyukur sangat2 padaMu Ya-Allah…mungkin dengan cara ini kita lebih mengingatiNya..dengan nikmat kehidupan yg diberinya selama ini..juga dugaan yg datang pun sebagai tanda Dia masih sayangkan kan kita? Aku pula apa yang aku perbuat selama ini sebagai tanda terima kasihku???

Moga2 yang baik2 aja terjadi untuk akan datang..kumohon..dan berserah padaNya.

~ by sirasain on May 20, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: