“Selamat Buat Ibu2”

Thanks abah sayang…petikan dari sms yg diterima hari ini…amat bermakna buat ibu(abah memang pandai menyusun ayat..hehe) juga buat insan di luar sana yg bergelar ibu/mak/umi/mama/mummy yang pernah merasai pahit getir mengandungkan satu nyawa malahan ada insan…sabarnya…hebatnya boleh mencecah berbelas2 orang anak yang amat dinantikan..lebih2 lagi saat ini usia kandungan ibu dah masuk 7 bulan…dalam kesakitan diuji bermacam2 rasa utk pregnancy kali ni…itulah pengorbanan terbesar seorang insan bergelar ibu…walau menitik air mata menanggung kesakitan…harus redha diuji dan tahap kesabaran terasa diuji2 dan sokongan padu dari sang suami amat diperlukan waktu ini.

Walau jua hari ini ibu tak dapat raikan dengan baik dengna anak2,suami atau dengan mak disamping(sakit didada masih terasa sejak beberapa hari lalu..ingatkan dihati nak buat juga kek yg simple2 mengikut bahan yg ada)..memenuhi permintaan Kak Ngah yg mahukan kek coklat…kena balas tu..(asyik cakap tak seronoklah hari ini kalau macam ni..) sbb dia dah hadiahkan kad berbentuk love yg ditulis dan di colornya juga surprised dari Abg Long ..sekuntum bunga ros kuning bernilai RM1 yang takkan layu..yg dibelinya dari sekolah…terharu ibu..anak2 ibu dan pandai menghargai hari yang dipanggil Hari Ibu.

Buat Mak di Bukit Marak dan Mak sungai Petani khasnya….jua ibu2 di Malaysia atau seluruh alam ini…amnya …hanya kita yg bergelar ibu merasai nikmatnya..susah peritnya,seronoknya,sedihnya,bangganya dan segala-galanya!

Kata2 yang bermakna dari abah ibu abadikan di sudut rumah kecil ini untuk dihayati setiap bait2 yang ada..dan alangkah bertuah dan bersyukur kerana ku masih mempunyai ibu lagi walau semasa menelefon semalamnya ada berita kurang baik sedikit…sekurang2nya mak masih sihat boleh berjalan dan berselera makan dan dapat menunaikan ibadah masih lagi dengan sempurna.

Buat mak yang jauh di Bukit Marak..terima kasih atas segalanya..tak terhitung dengan seribu ungkapan manis atau pemberian atas jasamu kepadaku :

“Pimpinlah tangan IBU semasa IBU boleh berjalan bersama-sama,

Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat,

Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar,

Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya,

Buat semua insan bergelar IBU….”SELAMAT HARI IBU….”

~ by sirasain on May 11, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: