Mother’s Day Cake & Decoration

Sempena Mother’s Day Special hari Ahad lepas…dari jam 2:30-5:30…Alhamdulillah berpeluang lagi mengikuti kelas ke-3 kat Yummie. Yuran pun murah sebagai ahli cuma RM 10 ringgit aja. Mana nak dapat harga begitu murah..apa lagi..kecek2 cik abang masa kelas chiffon kek(sms la apa lagi).. hari tu terus daftar bila orang kasi green light sbb terhad. Terhad2 pun bila tgk senarai 44 perserta yg mendaftar..masing2 semangat waja nak belajar dan menuntut ilmu baking ni.

Sebanyak 3 jenis decoration yg ditunjukkan..nampak chef Shelly buat senang aja…tak ler rumit sangat…tapi tu la dah jadi kerja dia..pakar menghias kek…tak guna nozzle pun bukan main cantik…asalkan kreatif!

Cuma bila ramai2..cam biasa bising aja kelas dibuatnya…nak dengar betul2 agak terganggu dan setiap sorang boleh bawa balik 3 hiris@potong kek yg tipis2. Anak2 dan suami selaku juri awam dan juri profesioanal..sebulat suara mengatakan ke-tiga2 kek itu amat sedap seperti di kedai..ala2 Secret Recipe(yg ni ibu dan abah dia kata).Masing2 dah chop suruh ibu buat kek idaman mereka…huhuhu..nanti2 ler..barang lum lengkap..banyak lagi kena shopping kat Yummie kalau nak buat projek ujikaji gitu.

Kadang2 banyak urusan terganggu dek ujian mendatang…semalam dah tergendala tugas harian kerana ibu kena rawat kat klinik jap…dapat 1 botol air masuk dalam badan..sib baik boleh balik..takmo ler kena tahan ward dek cirit birit dan muntah2…hari ni masih kelesuan lagi tapi kena menulis skit..byk aktiviti harian tertangguh..kena kuatkan semangat walau duduk rumah aja!

Tapi kan bulan ni kira hari  penting juga…iaitu next week “Mother’s Day” and next 2 week lagi tanjyobi/besday cik abang..Insya-Allah kalau diberi kesihatan yg baik..ingin ibu mencuba hasil pergi berguru tempohari.Mudah2an diizikanNya…..

So utk kali ni…mari kita layan dekorasi kek yg ibu berguru tempohari:

Chocolate Cranberries with Topping Chocolate Ganache

Pineapple Orange Cheese Cake

Walnut Cappucino Cake( 7 layer)

~ by sirasain on May 7, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: