Episod Sedih Sang Kancil…

Ini bukan cerita lipur lara suatu waktu dahulu…tapi cerita benar tentang Sang Kancilku yg bertayar 4..EZ850 bernombor plat WKT 2455!

Semalam kira hari terakhir menggunakannya..ke sana ke mari…semacam belum puas bersama…kami cuma ditakdirkan milik kami sementara cuma utk jangka hayat 5 tahun 2 bulan.

Masih ingat lagi sewaktu usia Kakak sebulan dibulan Febuari 2003 rasanya…kami dapat memiliki…anak pun dah masuk 2…setelah dikira2…Alhamdulillah rezeki abah kira boleh bayar utk Vannete dan Kancil…setakat yg termampu…nak kete besar2…jauh di mata.

Kalau dikira betul2 gunakannya tak ler lama sangat gunakannya….3 tahun dia ditinggalkan/diamanahkan kepada adik ipar utk keperluan dia yg masa tu baru menapak dalam bidang bisnes printing.

Lagi pula ibu dah ada baby kecil….jarang sekali nak driving…pergi dekat2 ja…cuma betul2 guna semasa hantar Abg Long masuk kelas melukis kat Smart Reader di Kajang…tu pun tak lama..selepas itu abah ditawarkan further study…minta dalam negeri…tup2..kami direzekikan terbang ke Chiba, Jepun tanggal 30 Sepetember 2004 hinggalah pulang kembali pada 19 September 2007.

Kali ni Sang Kancil ditukar bukan kerana dia tidak bermakna dalam hidup…byk faktor diambil kira…faktor bonet yg kecil..bila balik kampung..ingat lagi..hinggakan terpaksa menolak baik2 kalau mak nak bekalkan mcm2..penuh bonet..jua penuh dikaki..nak berlunjur pun susah…tapi itu semua kenangan manis walau sakit juga badan2 kalau 7-8 jam perjalanan pulang.

Balancing kete pun mula menunjukkan tanda2 kurang stabil…walau dah dihantar utk diperbaiki…masih terasa semacam waktu memandu…juga2 tanda gegaran kecil kalau dipandu agak laju. Sang Kancil ini juga mulai mengalami kemerosotan harga..kalau tak ditolak sekarang…harga makin menurun nilainya…setakat yg tokei kete di Subang Jaya sanggup membayar..kira RM13 000 sahaja! Lagi pula pernah ada accident kecil bahagian depan dan belakang..tu pun dorang boleh agak dan tahu…tak payah citer.

Dengan kehadiran baby baru juga mungkin Allah anugerahkan rezeki kami utk menukar dengan kete lebih selesa terutama bila balik kg…bonet yg penting tu..nak isi macam2…hehe.Alhamdulillah syukur sangat2….kalau selama ini boleh bersabar dgn apa yg ada…cuma kete idaman yg termampu dibeli agak lambat dapat…kalau takde aral bulan 5…awal ke hujung..lum tahu…juga kena byk bersabar la..walau cam “patah kaki”bila tak boleh driving ni…kedai2 pun jauh.

Jadi utk hari ini…Abg Long dan Kak Ngah mulai menaiki van Pakcik Hashim..pagi2 tadi dah dtg ambik Kakak…dan dah byr siap2 utk sebulan Rm60 utk 2 orang. Barang2 pun semua dah dibawa keluar semalamnya sbb petang nanti Pak Teh dtg ambik utk dibawa ke Bank Rakyat cawangan Kajang utk urusan jual beli.

Alahai sedih pula rasa hati….bila saat2 terakhir begini…Sang Kancilku yg banyak jasanya membawa kami ke sana dan kemari…..yang paling penting…kira kelebihannya yg kami suka…tak terkial2…nak masuk parking!

“Seribu kali sayang…

Sangkaku kan kemati..

Cerita kasih kita…

Rupanya seketika…

Setelah merelakan…

Setelah kau bisikkan…

Segugus janji-janji…

Tergamak kau mungkiri…

p/s: Eh nak berjiwang la pulak….layan pop rock…kwang3X!

~ by sirasain on April 24, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: