Kelas Cookies

Alhamdulillah berkesempatan juga petang semalam…rezekiku untuk belajar membuat biskut kat Yummie Bakeri dari jam 3-5(janji atas kertas ler)….yurannya boleh tahan mahal tapi demi ilmu…dan cik abang sayang sanggup sponsor…suka sangat2 ler.Insya-Allah mudah2an dengna ilmu yg dipelajri suatu hari nanti boleh mulakan bisnes baking…

Jam 2:30 kuar rumah..ingat nak pi sendiri ngan Kancil tapi cik abang nak hantar ngan van…moral support tu…terima kasih ya abang..nanti leh hantar kita ke kelas lain pulak..hehe. Terkocoh2 masak utk tgh/hari…..solat dan makan..sbb tak sabar dah nak pi.

Sampai2 ..bayar separuh lagi RM50….deposit hari tu dah RM 50…terus naik ke tingkat 1 kat sebelah kelasnya.Iskhhhhhh dah penuh pulak tempat paling depan…terpaksa ler ambik seat barisan ke-2.Start pun agak lewat jam 3:15 tidak jam 3 seperti yg dijadualkan..maklumlah Kak Ita orang baru yg datang mengajar ke sini.

Seronoknya ramai orang/peserta hingga 26 orang yg mendaftar….orang kampung Dato Siti Nurhaliza…dari Kuala Lipis pun ader….hohohohoho.Ada yang dah lama buat bisnes cookies ni(ramai orang lama2 gitu)…yang selalu attend kelas…tapi sanggup lagi datang tgk dan berguru lagi…malu pulak kita…baru terhegeh2 dan nak berjinak2 dalam dunia baking ni. Takpa biar lambat asal datang juga belajar akhirnya.

Biskut2 yg diajar pun jenis moden2 tapi menarik sekali packagingnya….ini yg kita mau belajar..tgk apa yg patut..bahan2 yg biasa tokei biskut ni guna…korek2 tips..rahsia2 utk biskut bertahan lama…ada rezeki dan kelapangan nanti leh mulakan projek kecil2an gitu…raya pun is coming soonnnnn……cepat2 kena plan sesuatu.

Hampir jam 7 baru selesai….agak kelam kabut sikit di penghujung kelas….mungkin sbb student pun ramai.Tak sempat nak merasa betul2 biskut yg fresh2 dibakar….masuk plastik bawak balik rumah ler jawabnya.

Apapun ini suatu pengalaman manis..dapat juga melaksanakan impian belajar dan belajar lagik…mungkin ini sebagai suatu permulaan…..untuk majukan diriku dalam dunia baking!

Yang penting sekali hari semalam ialah ku dah dapat ilmu membuat 10 cookies yg menarik sekali….dengan 5 resepi bonus…barulah hati bertambah terang lagi bersuluh sikit..kalau ikutkan hati terus nak beli bahan2…tapi tak sempat nak membeli belah kat Yummie sbb solat Asar pun lumm lagi…later2 ler…balik2 solat dulu dan jeng2x… apa lagi…. jadi food tester la ngan kekanda yg memang pakar bab merasa nih…hehehe.

10 jenis cookies yg diajarkan…

Antara peserta yang hadir dan bersemangat waja gitu…

10 jenis cookies yang dibawa pulang….

~ by sirasain on April 14, 2008.

3 Responses to “Kelas Cookies”

  1. Kak Ha..kenal tak peserta yg pakai tudung purple tu..Macam kenal je..tp xtau la tersalah org pulak..hehehe
    Pasni mesti terror buat cookies kan..Boleh la perturunkan ilmu pulak..hihihi

  2. apa nama cookies tu…nak order utk raya…heheh…
    p/s bila nak pindah rumah baru tu??? mesti seronok bila dapat dok rumah sendiri..

    re – kita pi imari nak tambah kuantiti koleksi yang ada je…tu pun masih tak lengkap lagi…

  3. bagus Ha…akak doakan Ha cepat bukak kedai ROti/ biskut terus, then lama2 bukak kilang terus… mesti cita-cita besar tau!
    p/s rumah akak, no 49, jalan 7/3A, tapi kalau datang skang, kotak bersepah di mana-mana …malu laa, baju hujan che abang Ha dah simpan sebelah dah…tak taulah bila nak bagi ek…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: