Check-up kali ke-2…

Kat Az-Zahrah hari ini utk pregnacy..pergi dengan Abg Long..tapi kali ke-4 actually sejak mengandung…lepas hantar Kak Ngah terus ke sana.Rupanya dah ramai orang datang awal2 lagi..kira2 jam 9 pagi.Mula2 cam biasa kena ambik tekanan darah,timbang berat dan kumpul air kencing utk diuji.Berat kali ni dah cecah 56.1 kg di minggu ke-22..kalau dulu2 berat ni di akhir pregnancy…banyak bezanya sejak balik dari Jepun…seronok pun ada..tak ler kurus melidi diriku.Konon2 nak ler rasa berat ideal gitu.

Lama tak lama tu bayangkan jam 11 baru selesai….sehingga ada orang merengek2 nak balik…dah boringgggg!Hari ni dapat tau jantina baby…mula2 malu2 nak tunjuk diri..puas doktor belek2 kat skrin…tulang belakang memang ketara kelihatan…nampak 2 kaki yg comel itewww…jantung yg berdenyut2….at last boleh tgk juga…Insya-Allah kata doktor tanda2 lebih kepada perempuan seperti yang abah jangkakan bila borak2 ngan Dr.Fazliana….anak bapak tu..kata doktor!Abg Long semacam hampa….dia nak baby boy…baru ada geng lawan2 katanya!Untuk hari ni RM98 kena bayar….agak tinggi before this….sbb ambik Obimin yang dah habis.

Balik2 rushing memasak nasi ,potong2 sayur..tambah lauk apa yg ada…nak beli lauk cam dah jemu lak…n then berkejar ambik Kak Ngah kat skolah. Seronok dia bila dapat tau baby girl….katanya boleh beli mcm2 pakaian cantik2…sehingga dia sendiri terasa nak jadi baby kembali…hehehe…ada hati naak ibu..nak melawa aja….perempuan la katakan.

Cuma yg tak sedap hati lewat ni asyik rasa keras memanjang kat perut sehingga terasa senak ulu hati…doktor bilang…kalau berterusan..memang kena periksa kat klinik tapi kalau lepas wat kerja…kalau dah rehat..tak keras tu kira ok lagi.Lega lah sikit…..bila boleh cakap ngan tuan doktor…tanya itu dan ini….dan kawan lama dia masih tak dilupakan..masih berkisar cerita Kak Tina di Jepun….oh ya kalau tak silap hari ni famili Kak Tina berangkat dari Bepu Eki. Sekejap rasanya….bermakna dah 6  bulan lebih kami pulang ke Malaysia.

Sekejap sungguh rasanya masa berlalu……………………………………tanpaku menyedari!

~ by sirasain on March 26, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: