Cerita minggu lalu…

Lama rasa tak berblog,entah mood agak malas mencoret sesuatu tambahan pula agak sibuk kira minggu lalu.Sibuk eksperimen kek apatah lagi jatuh hari lahir adik ipar ke -27..sambil2 tu boleh praktik deko ngan coklat ganache…kurang menjadi juga..pasal apa ntah ler…nanti citer dalam satu topik.Manakala pc pula buat hal sejak abah balik kampung…3 hari!

Pertama terima berita gembira 2 hari berturut2…2 sahabat yang dikenali dari negara Jepun..mula2 Saf dikhabarkan mendapat baby boy ke-3 pada 16 Mac…beratnya..3.54..tapi dok sms..senang sekali proses kelahiran..menjadikan ketiga2 hero dorang.Pastu terima berita dari Tie…juga selamat melahirkan baby girl buat kali ke-3 jam 4:30 ptg…heroin lagi yer Tie..kena usaha gigih……2.95 kg di Pusat Perubatan Az-Zahrah pada 19 Mac. Sempat ler pergi melawat walau sekejap pada cuti Maulidur…selepas tu ke Putrajaya…ke office abah pula n makan2 kat Taman Warisan…ada orang mengidam sate Kajang.Seronok mendengar cerita kawan2 agak senang proses kelahiran…aku juga kadang takut2 ada nak menanti saat melahirkan…walau lambat lagi.Moga2 dipermudahkan dan due baby seperti yg dijangkakan.

Malamnya pula…adik ipar dari Sarawak juga turun ke sini pada Cuti Maulidur Rasul…balik bercuti..singgah bertemu anak2 menakang…walau 1 malam..janji anak2 seronok berjumpa pakcik mereka.Dapat macam2 cenderemata dari sana…kain batik,alas meja,alas pinggan,kek batik 2 jenis,coklat2 utk anak2,belacan Sarawak pun diangkut naik belon terbang.Alhamdulillah rezeki…..datang mencurah2 gitu.Tikar dari Sarawak dah siap bentang kat ruang tamu…sbb dapat awal2 lagi.

Semalam rezeki dari Penang dan Kedah datang pula , abah pulang 3 hari… jam 1 pagi tadi sampai setelah bercuti menguruskan hal ehwal tanah pusaka arwah bapak. Telur itik utk dibuat jeruk,pisang nangka dan abu dari Kota Oak,bunga kantan dari Bukit Meriam,pandan,serai,benih cili,lauk pauk ,karpet serta kain batik lagi dari bonda mertua…malu pulak dapat byk2 ni…Alhamdulillah rezeki tu kunjung tiba…terima ajalah!Dari abah….jambu air dari Tapah satu plastik besar…..hehehe…sedapnya..tengah rendam ..sat gi boleh cicah kuah rojak.

Tak boleh lama2 hari ni sebab sekejap lagi kena mencari seluar sukan Abg long kat PKNS kalau ada…yang actually dari semalam kena pakai…dibekalkan seluar yang dibeli Jepun…malu nak dipakainya sebab lain dari yg lain…huhuhu…nak menunggu seluar dan baju yg di order dari sekolah..ntah bila ler nak kunjung tiba..entah kenapa ler ..cuak sungguh ngan sistem persekolahan Malaysia….banyak tergendala…surat aktiviti anak2 jarang sekali diberi utk maklumam ibubapa…name tag pun baru dapat…dengan tie tak dpt2 lagi…kalau tau lambat takyah order…tgk2 dah nak pindah sekolah hujung tahun…kang baru dapat.

Entah ler kadang sakit hati ditempat sendiri yang kurang efisien dari bab sekolah anak2, kerja ,kemudahan dll…letih nak citerrrrrrr.Baik stop di sini dulu ler….tenangkan hati..makan2 jambu air cicah kuah rojak lagi elok hilangkan stress gitu!

~ by sirasain on March 25, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: