Sudut Japanese Tableku…

Konon2 nak jadikan..khaskan sudut rumah..sudut ala2 Jepun gitu. Alhamdulillah sebelum pulang ke tanahair sempat shopping satu meja jepun..bukan first hand..namun dari kedai second hand..mana lagi kalau bukan Off House di Oita.

Bukan apa..sekurang2nya mahukan kenangan…walau dah calar sedikit…itu yang termampu dicari di saat akhir mahu berangkat pulang..begitu susah nak dapatkan…asyik berebut juga dgn orang2 Jepun..yang kurang mampu ler(dah nak yg murah..huhuhu)…dengan harga semurah 8400yen(RM2++) cuma tapi cukup untuk kujadikan suatu sudut inspirasi…mungkin untuk berikebana yang belum mula lagi..aduihhhhh…doi…doi…masih di dalam kotak segala kenzan,suiban,hasami dll..insya-Allah segala ilmu yang dipelajari akan diaplikasikan juga pada suatu hari nanti…berkat tunjuk ajar sensei tersayang…Hasama Sensei.

Teringat2 tragiknya nak angkat ke tingkat 1 dengan abang dari Nissan Largo(nasib baik muat sekadarnya)…dengan beratnya…besarnya…terima kasih tuan punyanya…amat bermakna..berbudi sekali hari itu.

Mana taukan ada rezeki ke….kot2 boleh buka kelas basic ikebana yang berasakan bunga2 segar yang punyai seni tersendiri walau nampak agak simple sahaja namun cukup susah untuk diterjemahkan teknik dan cara menggubahnya…khas untuk wanita Malaysia yang berminat kalau ade ler…dengan seni gubahan ala2 jepun sambil diiringi lagu klasik dari Rimi Natsukawa dari Pulau Okinawa di ruang sudut yang telah kukhaskan terutama bila dah ada rumah sendiri nanti2…tut..tut..suka betul berangan indah..hohoho.

Bila terpandang ke arah sudut meja ini…terasa sedikit “kejepunan” dalam rumahku…pastinya terkenang2 keindahan dan manisnya memori di negara Jepun terutama Beppu yang Allah telah kurniakan nikmatnya selama 3 tahun!

Satu je ralat tak dapat sambar 4 kerusi duduk bersandar ala jepun…takde rezeki buat masa itu!Lain yang orang berkenan..aduihhhh..cam tak lengkap pulak tengoknya ngan kerusi putih!Jangan diikutkan nafsu yang beraja di hati….huhuhu.Bersyukur dengan apa yang ada kini kan….


Bunga gubahan di atas dari bunga plastik….konon2 ala ikebana..ade ke tidak rupanya?

~ by sirasain on March 16, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: