Makanan untuk ibu hamil

SUSU

2 atau 3 gelas setiap hari atau gantikan dengan susu kacang soya atau dadih jika tidak gemar susu lembu

NASI/ROTI

5 hidangan sehari

PROTEIN

Iaitu daging, ikan, kerang, organ lembu. 2 hidangan sehari dan boleh diganti dengan kekacang, tauhu, tempe

TELUR

1 biji sehari atau 5 – 6 biji seminggu

SAYUR-SAYURAN

2 hidangan sehari

BUAH-BUAHAN

2 hidangan sehari

AIR

Tidak kurang 8 gelas sehari

Amalan Pemakanan Seimbang

Bermakna makanan yang kita makan atau sediakan mengandungi kesemua zat dengan jumlah yang di perlukan oleh badan.

Zat-zat dalam makanan terdiri daripada :

a. Protein

Berfungsi untuk membina, membaiki tisu-tisu badan dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b. Kabohidrat

Berfungsi untuk memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c. Lemak
Bertugas untuk memanaskan badan dan juga menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan
seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d. Vitamin
Berfungsi untuk menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

e. Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang,
dan makanan laut.

Berdasarkan artikel lain:

Pentingnya Pemakanan

 

  1. Protein – meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
  2. Karbohidrat – Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
  3. Asid Folik – mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.
  4. Selenium – mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.
  5. Flavonoids – Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.
  6. Zat Besi – Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.
  7. Vitamin E – Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

~ by sirasain on March 14, 2008.

2 Responses to “Makanan untuk ibu hamil”

  1. saya baru mengandung 5 minggu n minum susu alpha lipid…kenapa selalu rasa nak demam??ambik 2 skop pg sahaja….tq//

  2. kalau utk beginner mmg permulaan ada proses pemulihan…lepas tu sgt2 ok…demam pun jarang sekali sejak saya mengamalkanya…alhamdulillah dah selamat melahirkan baby 14 febuari lalu…
    p/s:kalau masih baru nak start mulakn dgn 1 skop dulu…bila dah ok..boleh tambhakan skop..cam saya dlm 2-6 skop bergantung keadaan…saya amalkn masa pregnant,berpantang dan menyusukan baby…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: