Ada suka..ada duka!

Semalam menelefon mak kat kg,abang dan dan kakak yg anak2 mereka ada ambik SPM 2007.

Alhamdulilah mak sihat walafiat walau diambang 70 -an cuma makan dah kurang selera sikit dan kekuatan fizikal yg dah tentunya kurang.Dengan mak seronok berkisah pasal result pilihanraya ari tu…kalau kat kgku memang meriah ngan poster2 dan pos depan rumah…dulu2 bangsal rumahku jadi pos…sekarang dah beralih kat rumah Toksu(orang kuat tu..malam2 dekat nak pilihanraya..jamu makan nasi dagang..nasi kerabu…sedap weihhh kalau dpt balik tgh2 mengidam nih..uhuhuhu) kat seberang jalan.Meriah sungguh….masa kecik2…di malam hari setelah penat menampal poster..walau tak mengerti erti sebenar pilihanraya…dapat tumpang makan2 biskut “mayat” cicah air teh sudah cukup sedap waktu itu.

Tapi ada cerita kurang sedap dan buatku terkejut..terkesima..anak sepupuku…masih muda lagi around 25-28..lupa daa….dah ler perempuanb lak tu.. kerja sebagai pegawai polis kat Perak sana nun.Tragedi/accident yg tak disangka semasa balik bertugas sorang2 pulak tu(mungkin mengantuk )….terjun masuk gaung…sekarang di ICU kata emak.Pinggangnya dengar cerita dari emak patah..dan bahagian ke bawahnya tak rasa apa2.Masya-allah…takutnya dengar…..itulah kuasa Allah..ujian datang tanpa disangka…terasa masa begitu berharga bila dengar musibah sebegini.Mampukah dia menghadapinya…aku harap dia sekeluarga tabah dgn ujian ini apatah lagi dia dah bersuami dan anak2 kini ada tiga.

Berita gembiranya…tumpang seronok bila dpt tahu anak2 sedara dikira tunjuk kejayaan cemerlang dalam SPM..tak ler sampai jadi best student kat skolah masing2…sbb sebelum ni yang lain agak kurang menjadi.Dengan masing2 memperolehi 4A dan 5A(Add Math A1…cayalahhhh!!!)..rasanya cukup membanggakan makciknya yg sorang ni walau dgr…risik2 dorang still tak puas hati ngan result tu.Kira pecah rekod keluarga…rekod makcik dia yg blajo utk persediaan SPM…ntah pape..kuikuikui…kiranya okay sangat2 result tu…jadi orang harapan keluarga utk tunjuk contoh.

Tapi yg tak best adik ipar pun juga calon sPM 2007….resultnya menghampakan.Walau dah dapat tuisyen berbayar dan segala macam nasihat diberi oleh abang2. Nak buat macamana…dah nasib badan…setakat 2B yang terbaik buatnya…mungkin tak sehebat abang2nya yg jadi contoh tauladan contoh…6 orang semua dpt masuk universiti.Orang kata dalam ramai2 adik beradik tu ada yang kurang sikit tapi bukan penghalang sebenarnya untuk maju.Harap2 dia tidak patah semangat…dan ada semangat lagi untuk belajar menimba ilmu.Sementelah arwah bapak dah tiada untuk memantau,menasihat dan sebagainya.

Bila fikir2 semalam..dalam satu hari…bermacam cerita kudapat….ada cerita suka,ada yg duka ni….buat berfikir byk kali actually. Perjalanan hidup yg perlu diteruskan sama ada kita suka atau tidak…masing2 terpulang cara kita menghadapinya..boleh ke tidak kita menghadapi kadang situasi yg mengejutkan..yang tidak disangka musibah datang atau juga kejayaan dan kegembiraan yg mungkin juga akan membuat kita lupa untuk bersyukur…masa sebenarnya adalah terlalu singkat jika kita tidak menghargainya bersama orang2 yang kita sayangi!

~ by sirasain on March 13, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: