Cerita agak panas???

Sejak 2 hari lepas sibuk dgn melihat,membelek,mendengar cerita/berita/laporan pasal PRU ke -12. Apa tidaknya keputusan amat memeranjatkan bagiku.Sebagai orang rakyat yg prihatin dgn politik negara….menunggu juga setakat jam 1:30 pagi 9 Mac..nak tahu keputusan pilihanraya kali ini.

Abah pergi ke Lembah Pantai ngan kawan2 nak lihat dan dengar sendiri keputusan. Aku cukup ler setakat di depan kaca tv…boring2 boleh alih channel hingga rasa2 mata mengantuk tak boleh buka.Kira sambung esok pagi..tgk berita tv sana sini..nak tau kisahnya pilihanraya punya cerita.Pagi yang suram terasa berbanding pilihanraya yang lalu…takde yg buat party besar2an erk?

Memang mengejutkan apabila pembangkang boleh menawan 5 negeri(Kelate..dah bisa bawah pimpinan Tok Guru,Perak,Pulau Pinang,Kedah,Selangor punnnnnn…haru)…sebab dari berita sebelum ini konon2 negeri Kelate pun mungkin dpt ditawan kembali.Menteri2 yang punyai nama besar boleh kalah teruk pada muka baru..kononnya bergantung pada proksi si ayah,apa cerita pula buat orang begitu lama yang tunduk kepada lawan bermuka yg baru dan lain2nya.

Mungkin memang ramai yang terkejut dari pihak pembangkang atau parti yg memerintah kini…tapi itulah hakikat hak rakyat untuk menentukan undi milik mutlak mereka di negara yang mengamalkan demokrasi.Semoga pihak yg kalah menjadikan ini sebagai iktibar untuk muhasabah diri …menyusun atur semula kerajaan yg telus dan yg menang pula jangan mendabik dada…harap tidak dilupa pada tanggungjawab yg bakal menanti.Cuma berharap keamanan dan kestabilan negara masih dipelihara…tak suka tgk huru-hara sana sini,yang nak tunjuk ekstrem atau berlagak tak tentu pasal.

Memang panassssss kali ini berbanding tahun 2004…..hingga ada cerita2 sensasi tentang pucuk pimpinan akan datang…desakan dan sebagainya. Bila dibaca, diteliti berita, laporan dari 2 sudut berbeza…agak panas dan berlainan ceritanya.Betulkah???Apapun minggu ni agak panasss kan?

~ by sirasain on March 10, 2008.

One Response to “Cerita agak panas???”

  1. Perubahan perlu dilakukan kerana rakyat sayangkan negaranya…biarlah kita hidup dalam keadaan sederhana, saling hormat menghormati, bertanggungjawab, jujur dan amanah dlm apa jua perkara yg dilakukan. semoga malaysia menjadi negara kebanggaan rakyat , negara yg selamat dan contoh kepada dunia luar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: