Minggu Dilanda Ujian…

Hari ni Abg long bakal menduduki ujian buat kali pertamanya…dengan subjek B. Melayu kertas 1 dan 2 serta Sains utk hari pertama…selama 3 hari berturut2. Actually ibunya yg terlebih risau….sbb penguasaan B.M agak tunggang langgang lagi…baca pun bukan selancar mana..ada words yg dia tak mengerti…walau latih tubi…sering dipantau..diajar..nampaknya seakan dia kurang fokus…malah berulangkali terpaksa mengulang benda yg sama sejak dari Jepun lagi..letihnya diri tak usah cerita…stress kadang menjenguk diri….mendidik/mengajar anak2 sendiri lebih memerlukan kesabaran tahap tertinggi..namun itu amanah yg perlu dilaksanakan walau berat mana sekali pun…kadang tertewas juga dek gelodak hati.

Jadi hari ini yg terlebih risau diriku…boleh ke tidak menjawab petang nanti…dgn seribu macam masalah nak menyesuaikan diri dgn pembelajaran sistem pendidikan Malaysia yg bagi ibu terlalu tinggi peringkatnya bagi anak2 Tahap 2..tidak sesuai..tidak patut…itu yg terpacul dlm hati..terkeluar juga kata2…sbb kadang diri sendiri..teragak2 nak menjawab..ada soalan seperti tidak menepati..tak masuk akal kadangnya…kenapa disajikan bentuk sebegini.

Entahlah jika berbanding waktu ibu belajar dulu2…jauh sekali bezanya…dgn byk sistem pendidikan yg telah diubah sewenang2nya…percubaan demi percubaan…yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan budak2 sekolah especially menerima tempiasnya. Siapalah kita untuk bercakap…paling tidak bolehlah untuk menenangkan hati yg gundah gulana dgn sistem pendidikan kini.

Paling terkena tamparan hebat…bagi anak2 yg baru pulang dari luar negara… memang terasa sekali bagiku…keseronokan ditempat orang kini bertukar ganti…harga yg begitu mahal terpaksa…perlu dibayar setiap detik masa yg telah digunakan lewat waktu2 di tempat orang.Ujian kehidupan yang harus dihadapi…yang manis tak selamanya manis..mungkin jua yg pahit bukan selamanya kita rasai kepahitan.

Jika bercakap soal pendidkan anak2..tidak cukup muka surat untuk berkisah….bahasa yg mudah saja ditukar ganti…yang tidak berkenan di mata….yang tidak kena gayanya…belum masuk lagi bab kelakuan budak2 sekolah rendah zaman kini.Kini Abg Long dah mula dilanda budaya yg bagi ibu kurang sihat….paling tak sihat tu…budaya mengambil hak orang@panjang tangan(asyik2 barangnya kena kebas)…bahasa bercakap…secara tak langsung dibawa balik..terikut2 sebutan di rumah…masalah2..kalau tak dipantau…dah risik2 sikit2..dari mana dia dapat.Nanti2 boleh cerita isu ini…..

Minggu ni yg pasti minggu ujian di sekolah bagi Abg Long dan yang pasti setiap hari sebenarnya kita menghadapi ujian…untuk permulaan melangkah menghadapi hari esok yg belum pasti!

p/s:Alangkah baiknya jika setiap kita rakyat Malaysia terutama yg mempunyai “power”di sana tu..mempunyai jati diri seperti orang Jepun..yg mengagungkan bahasa ibunda sendiri…mereka tetap boleh maju bukan!!! 

~ by sirasain on March 4, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: