Masalah mendatang lagiii…..

Aduih bila diuji lagi kali ni…perasaan mula berbaur2. Semasa nak solat Zohor semalam…ada bleeding lagi cam 2 bulan yang lalu.Walau sedikit sangattttt…tapi hati cukup risau..mula nak bergenang air mata….dah leleh pun masa doa2 minta jangan jadi apa2 yg tak elok kat baby ibu.Dah 4 bulan mengendong dalam perut…bawa ke sana kemari…tentulah dah ada pertalian kasih yg cukup kuat.Lagi pula ibu dah mula rasa pergerakan baby…yg boleh buat terkejut pun adaaaaa. Dengan anak2 yg tak sabar menunggu kehadiran orang baru…..iaitu adik baru.

Apa lagi call Tie kat Desa Pinggiran sana….teman sehati sejiwaku…bakal bersalin bulan depan…berkongsi cerita…dalam risau2…boleh yek kita ni asyik melawak..nak hiburkan hati.Tie pun dah mula wat follow-up kat Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah(AZIM)..nak deliver baby kat situ…Insya-Allah(nanti akak dtg melawat yer sambil tinjau2 persekitaran..kalau boleh nak ikut jejak). Tanya sedikit sebanyak..kos dan segalanya.Mungkin agak mahal skit tapi yalah dah namanya pun yg pakar2 pasal sakit puan ni…at least kita confident..sudah tentu.

Dah telepon pun sat ni….lepas mencoret ni kena pi jap lagi(staffnya ckp boleh dtg sekarang juga..bolehlah pi terbang..hehehe)…tak nak menanggung risiko lagi…kowaiiiiii! Hati dah cukup resah sejak balik klinik Anis ari tu(sbb dr.kat situ tak confident nak scan…doktor pompuan scan saja2 tanpa terangkan in detail..mmg la tak charge rega tapi wat pe kalau aku masih blur)…so kali ni kena terangkan lagi bersuluh hati yg dah kelam ini.

Oklah kena pi siap2….nanti siri bersambung lagi…tgk apa pula kata pakar sakit puan Az-Zahrah! Harap2berita yg baik2 ja…tak sanggup rasanya menanggung risau!

Dah petang pun sekarang ni…kena rehat dulu…sbb balik tadi terkejar2 macam racing nak ambik anak2 kat skolah….makan2 dan anto sekolah ptg lak(balik2 lak tikar yg dipos dari adik ipar dari Sarawak udah menunggu..syoknya..org nak kasi..kita terima aja)…terlewat 15 minit dah tadi..lama juga menunggu situ sbb ramai juga orang.Hampir 2 jam prosesnya…..lain kali kena pi awal skit la.Tapi puas hati jumpa pakar..Dr.Fazlina…orangnya lembut cam kawan sekuliah dia erk…..kebetulan pula dpt bilik dia…kawan lama Kak Tina tu(direkemenkan oleh Dr.Latinah..hehe)….pssttttt..Kak tina..kita dah sampaikan salam kat dia.Banyak juga bercerita pasal akak….dia tanya mcm2..especially pasal Jepun.

Alhamdulilah baby ok walau uri still di bawah lagi..air kencing pun dah baik cuma kali ni kena check kat situ…bleeding pun dha takde tanda2 cuma ada skit jangkitan..dibagi Vaginal Tablet utk membersih lagi menyucikan.Scan sumer pun puas hati…murah pulak cuma RM 30 berbanding Klinik Anis.Cuma bila campur2 sumer tu agak besar nilai…pharmacy,kos runding cara,lab,ultrasound cecah RM89.

Takpalah asal hati puas dan yakin akan khidmat juga layanan yg diberi….sat gi nak kena buh bukti ultrasound yg ambik tadi wat kenanganku. ..oleh Dr.Fazlina Hanum Mohd Ali dari AZIM!


Result minggu ke-18…alahai comelnya nengok..moga bakal anak ibu membesar sihat walafiat!

~ by sirasain on February 27, 2008.

3 Responses to “Masalah mendatang lagiii…..”

  1. salam k ha.. take care yaa.buat sementara nie jgn buatla kot kerja2 berat.. memandu pun kena kurang kot.kena byk rest,insyaAllah both of u selamat,amin.

  2. Salam Ha,
    Kakrinn paham sangat dgn segala kesedihan & ketakutan yg Ha lalui…walaupun secara peribadinya sepanjang 6 kali kehamilan krinn dulu tiada pengalaman begitu. Tapi adik kakrinn mengalami sesuatu yg di luar jangkaan..Pernah terpaksa pakai pad sepanjang 6 bulan mengandung. Bukan period tp pendarahan yg tak henti..kekadang sedikit kekadang bnyk. Masa disahkan preg, doc terpaksa lakukan jahitan dlm rahim agar janin tidak “jatuh”. Bila dah cukup bulan..dan dah ada tanda2 nak bersalin..doc buka jahitannya. Aduh..tak leh bayangkan penderitaannya. Satu lagi cerita sayunya..Sehari sebeum Raya tahun lalu adik krinn tu selamat bersalin anak ke 4. Amat gembira & bersyukur krn dikurnia baby girl setelah 3 yg terdahulu adalah boy. Tetapi Kegembiraan hanya sedetik krn doc sahkan baby ada jantung berlubang. Sepanjang raya dia menangis..sehingga bengkak mata2. Ops hanya boleh dilakukan bila umur baby mencecah 4 bulan. Sayangnya..apabila umur baby hampir 4 bulan..baby sesak nafas. Allah lebih menyayangi dia…dipinjamkan kegembiraan hanya seketika. Kakrinn pun pernah kehilangan anak ke 2. Baby boy yg ditunggu hanya dipinjamkan 2 hari walaupun sepanjang kehamilan tiada masalah dan cukup bulan. Krinn redha dan kini Allah kurniakan 5 cahayamata..4 prmpuan 1 lelaki. Ha, jagalah diri baik2 ya. Itu yg lebih utama sekarang ini. Kita tak mampu menahan takdir tapi mintalah padaNya segala yg terbaik dan kita kena tawakkal. Kakrinn doakan segala yg terbaik buat Ha dan baby yg bakal lahir..InsyaAllah segala akan selamat….

  3. Tq Tini n Kak rinn…insya-allah moga takde pape…bila baca citer kak rinn…dpt dugaan skit pun dah mula takut..padahal di luar sana…betapa besar dugaan yg org lain hadapi…moga diriku lebih tenang menghadapi ujian dariNya.
    Thnaks to both of u…i love u!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: