Siri2 yang benar2 sahaja….

1)Semalam Yam n famili dari Melaka tu…datang singgah ke rumah jap lepas pergi SPA dgn tujuan utama…kat depan PKNS dan menjamu selera kat Resutoran Jepun kat Seksyen 9 tu…..berjumpa mata dan mengucapkan tahniah buat ibu.Terima kasih Yam…sudi singgah ke sini walau sekejap cuma….anak2 tak puas nak main2 lagi tu(Ain dah terbekenan nak bela labi2 cam Kak Ngah)…abah pun actually takde di rumah..sebab dah ada temujanji awal2 ngan kawan di Serdang.Cukup ler kami dapat berborak2 walau kejap2 pun..yalah masing2 la ni sibuk benorrrr dgn kerja masing2..kesian cik abeku…kesian member..tekanan tak abiss2…adat bekerja makan gaji!Saborlah kawan2 dan suamiku tercinta…..

2)Lepas Yam balik…jam dha kul 10:30…terus ke tingkat atas..anak2 dah nak tidur…dah solat, semua terus terkam tilam dan tidurkan anak2…terkebil2 pulak mataku lepas dorang sumer dah tidur..takmo pulak lena.Last2 turun tengok tv..bukan selalu nak mengadap..kebetulan tertengok cerita semalam yang betul2 menyentuh hati dan sanubariku kat TV2.”I Shouldn’t Alive….“dokumentari yg dilakonkan semula berdasar kisah benar sepasang suami isteri bersama seorang bayi lelaki mereka yg ku agak umurnya dalam 4-5 bulan. Kisah mereka yang terperangkap dalam salji tebal..sesat entah di mana tapi areanya Nevada..yalah ku tengok pun dah separuh jalan citernya actually. Teruja nak mengikuti sampai habis perjuangan antara hidup dan mati mereka bertiga walau dah diganggu-gugat ngan Dateline jam 12:00 malam…juga ala yg tu la…iklan bertubi2…dah dekat….zaman nak pilihanraya…asyik kuar menempel ja…yang baik2 aja!

Tengok pun mereka terperangkap hari ke-3,kete pun dah rosak…bekalan makanan hampir habis…dan tak tau arah mana nak dituju.Kalau tak silap hari ke-7 ..suhu masa tu -17 darjah celcius…mereka ambil keputusan meredah salji tebal utk mendapatkan bantuan.Sebelum itu mereka menulis surat wasiat utk keluarga dgn tangis sendu utk ditinggalkan dalam kereta…..yalah dgn keadaan begini..mungkin ajal mereka merasakan sudah sampai waktunya..di kawasan yg tidak berpenghuni..menunggu..menunggu…tiada bantuan kunjung tiba.Sebaknya…..yalah kalau kita terasa saat begitu hampir kepada mati…apa lagi yg boleh difikirkan.

Menggunakan sepenuhnya..segala plastik yg ada dan pakaian tebal…berlapis2 dikaki mereka sebagai penebat haba ..nak meredah salji sedalam lutut…tenggelamnya..boleh bayangkan…masaku bermain2 salji di negara orang….bawah sejam dah tak tertahan sejuk bekunya…jari2 terasa kekebasan….bayangkan suhu yg negatif…pakaian tak secukupnya utk menampung kesejukan. Bayi mereka dibungkus..tertutup rapi dalam sleeping bag…kesiannnya….ditarik oleh si ayah meredah salji yg memutih tanpa hala tuju yg diketahui walau ada peta buat penawar diri…belum cukup kerana keadaan di sekeliling…semua memutih dgn salji.

Perjalanan mereka di pagi hari…dgn harapan sebelum senja menjelang…akan sampai ke lebuhraya terdekat. Entah berapa kali berhenti…dgn makanan sumber salji di jalanan..dihisap2…sejuk dah belakang kira..itu aja yg ada buat bekalan diri. Betapa tabahnya mereka mengharungi saat getir…namun bila samapi ke kawasan berbukit…alangkah hampanya si isteri meraung2..bagai histeria…mula panik….kerana bukan lebuhraya ditemui…tapi bukit bukau memutih tanpa kelihatan…apatah lagi kalau ada kawasan berpenghuni.Dalam keadaan kelam kabut sang suami meredakan isterinya..mereka “terperasan”..bayi mereka tidak menunjukan tanda menangis..atau merengek2 seperti setiap kali mereka berhenti sebelumnya.Bertambah panik si ibu…antara berani dgn tidak..si bapa cuba beranikan diri…tabahkan hati membuka zip yg menutup bayi mereka…aku pun turut sama dihambat rasa cemas…hidup ke mati ke bayi tak mengerti apa2 itu?

Alhamdulillah Allah punya kuasa…bayi itu masih hidup tapi senyap..diam ja..baring elok2…nampak sihat walafiat tanpa tanda2 mencurigakan dari segi kesihatan…tapi disebabkan diam kali ini…yg menimbulkan kegusaran parent mereka.Dalam hati ibunya dah berkata …berdetik di hati kalau bayinya mati pada saat itu..dia pun akan turut sama berbaring sebelah bayinya menunggu saat kematian. Sabor jelah…..yalah citer pun citer Mat Salih…mungkin doa2 takdela kot…cuma semangat kental mereka yg amat kuat… bila dah berada dalam situasi ini.

Mereka terpaksa berpatah balik menghala ke kawasan kete mereka yg ditinggalkan.Dalam nak berpatah tulah halangan..ujian lagi kuat mendatang…bermalam dalam kedinginan ribut salji…hanya berbekal sleeping bag utk si anak tadi di ambil… diselimuti bahagian badan mereka bertiga…dgn kasut terdedah dibawahnya.Di pagi hari pula apabila mahu memulakan perjalanan…si isteri dah tak boleh berjalan pulak…pinggul dah sakit tak tertahan.Antara setuju dgn tidak..si suami terpaksa berpisah..tinggalkan 2 beranak itu…mencari seakan gua kecil yg boleh berlindung sejuk.Tempoh yg diberi si suami antara 2-3 hari utk pergi mendapatkan bantuan…mungkin juga itu saat perpisahan terakhir mereka..siapa tahu?

Walau keletihan yang amat…suami masih berupaya berjalan meredah salji sambil meninggalkan jejak…berjumpa balik ketenya..bermalam di situ sebelum memulakan langkah seterusnya mencari lebuhraya terdekat.Nak dijadikan cerita…walau jauh sebenarnya…tempat yang dituju..suami gagahkan diri demi anak dan isteri antara hidup dan mati..akhirnya sampai ke lebuhraya hari ke-9..dan yg bagusnya ada sebuah kenderaan kebetulan lalu dikawasan itu…melambai2lah2 dia dari jauh…kete itu pun dah bergerak ke depan..sib baik ternampak..dan berundur balik.Bagaikan orang gila dia meluru..pergi mendapatkan bantuan..menceritakan segalanya.

Si suami dibawa ke rumah pemandu itu..diberi rawatan yg sebaiknya..sebelum dibawa ke hospital…kemudian mereka menghubungi keluarganya…actually famili mereka juga meluaskan pencarian ..mencari sendiri anak mereka yg hilang dan tersesat itu..menjadikan rumah sebagai bilik operasi tapi tak berhasil.

Malamnya bantuan sampai ke tempat si isteri dan anak…mereka masih hidup dgn berbekalkan menghisap titisan air di batu2..sambil si ibu menyuapkan air pula kepada si anak yg ternyata kehausan kerana bekalan air susu ibu yg dah tak mencukupi untuk survive. Kesiannya si ibu..kedua2 kakinya bila dibuka kasut…dah mengalami pereputan fros yg teruk dan tak boleh diselamatkan lagi..hitam legam sampai ke buku lali dan terpaksa dipotong.Rasanya nasib si suami pun sama juga cuma bayi mereka yg nampaknya berada dalam kesihatan yg baik.

Akhirnya semangat kental mereka membuahkan hasil…berjaya survive dalam salji tebal…berfikir dan bertindak sewajarnya…dan mereka berjumpa semula juga dgn keluarga masing2… dihospital utk menerima rawatan lanjut. Kini bayi lelaki itu pun dah berusia 13 tahun yg bercita2 ingin menjadi drummer.

Bila tgk keseluruhan isi cerita..sebenarnya tidak terlintas dihati dalam keseronokanku bermain salji di negara orang…yalah tempoh 3 tahun nak rasa main salji betul2(jakun jap)…ada cerita sedih…syahdu sebegini yg benar2 terjadi di tempat lain dan menyentuh sekali hati ini…dalam kita bergembira…jgn alpa dugaan boleh mendatang dariNya…bayangkan kalau terperangkap kat mana2 kawasan salji tebal…tanpa bantuan..tanpa diketahui orang terperangkap di mana….dah ke bukan lagi keseronokan yg dicari.Perjuangan…survive antara hidup dan mati yg harus dihadapiiiiii……..pasti berlegar2 di fikiran!Hanya usaha yg kuat(kena kuat minda,badan,buang yg remeh temeh ketepi dan segalanya harus ke arah yg positif) ,selepas itu berdoa dan bertawakkallah kita yg pasti mengharap pertolonganNya sebagai seorang muslim…masa itu keyakinan kita terhadap Illahi diuji..ampuh atau sebaliknya.

3) Dah habis citer tu jam kul 12:50..aduih ada satu lagi movie menarik kat Channel 702…sbb berdasarkan kisah benar juga…kisah seorang isteri yg bersuamikan seorang perogol bersiri.”Stranger Besides Me….“…membuka mataku..ada juga cerita benar2 begini..sehingga si isteri terpaksa menangkap sendiri suaminya yg berpura2 baik di mata di siang hari tapi berubah bertopeng hitam..menjadi syaitan di malam hari.Kerja merogol2 gadis2 muda di daerah kawasan mereka tanpa bukti yg membolehkan ditangkap polis lak tu.

Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga kan…mula2 si isteri barjaya mencari bukti gari dan pistol yg digunakan…tersorok elok di bawah sekali bonet kereta …lalu dikecek2 suami suruh membeli susu tepung anak…suami pulak baik ja..innocent muka…ikut arahan.Masa tulah digunakan utk telepon & pangggil polis..balik ja suami yg muka baik…diperiksa2..bukti dah hilang.Rupanya dia dah pindah bubuh dalam beg kertas bersama barang2 yg dibeli…kantoi isteri..yg bestnya dgn muka selamba ja dia tunjuk pistol dan gari dalam beg tu kat wife dia…ni ke bendaaa yg dicari…sabor jelah aku ngan muka sengeh2 lak tu….huhuhuhu.Tak dipukul pulak isterinya…buat cam biasa ja cam takdak apa2…macam perfect husband la konon2nya.

Lastly wife dia ambik keputusan nak intip sendiri pergerakan husband dia..dalam takut2 jugaklah kan…tapi dah hari2 kuar berita gadis dirogol(baca pun kena sorok2 lakan )..tak ke haru isteri. Polis pun cam dahhhh buntu nak buat apa???

Suatu malam kira berjaya juga dia memerangkap suaminya yg macam ketagihan la kot…dah parking elok si suami mencari mangsa. Cepat2 dia menelepon polis…sib baik polis peronda pun cepat datang….kantoilah si suami malam itu dan nasib baik gadis malam itu pun terselamat dari diapa2kan…dgn nekad si isteri yg tak sanggup melihat gadis2 di daerah itu dirogol dan dibunuh…. juga hidup tertekan dgn kerjaya luarbiasa suaminya gamaknya!

Hukuman penjara 99 tahun diberi..harap2 setimpallah.Kenapa dorang tak cukupkan 100 tahun..cantik skitt….hohoho..sabor jelah bila tengok kisah2 benar sebegini…kadang kita terfikir ada juga orang cam gini.Penampilan luaran yg tidak sama dengan apa yg kat dalam hati..itu yang paling ditakuti sebenarnya. Manusia kini yang boleh berubah2 rupa,kelakuan,sifat,penampilan….yg penting pengisian rohani semua itu kan…baik makanan utk rohani..insya-Allah pasti ada kelebihannya…tak kira Muslim or not…macam2 cerita dunia yang terjadi…yg terpapar melangkau jangkaan norma2 hidup kita kini!

Walalhua’lam.

Jam dah kul 2;20..ngantuk daa..abah pun lum pulang2 lagi…gomen ne..tak larat nak tunguuuuuu!

p/s: dah nak masuk opis kat belakang ….dah waktu kerja utk tgh/hari…huhuhu..sib baik siri2 yg benar2 pun dah tamat kan!Jenuh nak citer balik tapi wat panduanku bahawa ada kisah sebegini benar2 terjadi di kalangan kita tak kira di mana berada…..boleh jadi penulis skrip ke nanti2???Hehehehe…ada2 aja la..kerja byk tu menanti nak disiapkan..jgn nak berangan2!

~ by sirasain on February 17, 2008.

One Response to “Siri2 yang benar2 sahaja….”

  1. Ha, buka lagi restoran miyagi kat seksyen 9 tu??? ingatkan dah tutup hehehe. makanan ok ke? ada tempura ke? kih kihkih…nama je dok seksyen 9, tapi tak pernah gi pun tpt tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: