Proses Perkembangan Janin Dalam Perut

*Nak kumpulkan maklumat yg dicari…dah buku rujukan dah takde..cari2 dalam internet ja la nampaknya setakat ini buat panduanku*

1)Dari Usia Seminggu Hingga ke 40 minggu

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.

Sekian.

2) Video menurut perspektif Islam proses pembentukan janin:

About these ads

~ by sirasain on February 10, 2008.

35 Responses to “Proses Perkembangan Janin Dalam Perut”

  1. dear Ibu Sira..
    Sebelumnya perkenalkan nama saya Yona, 24 tahun, muslim, saya berasal dari Indonesia, tepatnya di kota Padang Sumatra Barat. saat ini saya bekerja disebuah perusahan media cetak di Kota saya.Awalnya mau cari artikel perkembangan janin dalam perut ibu, ketepatan saya skarang memasuki kehamilan 9 bulan (kehamilan pertama). Saya sangat interest skali sama blog Ibu sira… Saya suka skali dengan artikel2nya, foto2 (terutama foto2 yang bernuansa Jepang yang indah), video2 dan musik2nya… Oya, saya sangat senang sekali bisa berkenalan dengan ibu dan bisa saling bertukar pikiran didunia maya ini.. Salam kenal ibu sira…

  2. Salam ukhuwab buat Mbak Yona…saya amat senang sekali berkongsi cerita@artikel menarik…terima kasih kerana sudi datang bertamu diblog ini.Insya-Allah mudah2an yg baik kita jadikan panduan..yg tidak elok kita jadikan sempadan!
    Terima kasih sekali lagi…

  3. kandungan saya sekarang 8 bulan lebih saya di jangka melahirkan pada 05 july 2008. cuma sejak kebelakangan ini saya sering sakit pinggang. untuk pengetahuan puan ini adalah kehamilan saya yg kelima. cuma jarak yg lama membuatkan saya lupa rasa sakit bersalin dan hal2 lainnya..

  4. saya rasa pelik sangat kenapa bayi itu boleh ada dlam perut kita yang kecil ini, dan perut kita semakin membesar dia tidak akn memecah kan perut apabila perut itu besar

  5. Terima Kasih akak.. seronok betul baca informasi2 begini.. ye la saya skrg sudah 26minggu mengandung.. ada semua yg dimaksudkan dlm artikel sy alamisetakat ini..

  6. nama saya dania, kandungan saya baru mencecah enam bulan, sering hadapi sakit perut…. angin, dan kram di perut.

  7. askum,saya zila..saya ada kemusykilan sikit,adakah sebarang tanda² yg akan kita rasa bila janin baru brusia 2 minggu?

  8. biasanya klu terlalu awal sgt kita tak sedar pun mengandung….melainkan wat test pregnancy baru tau tgk2 positif…sbb nak kata loya or morning sickeness pun masih mcm terlalu awal…baby pun mmg x bergerak..boleh rujuk sini utk bacaan lebih sedikit …https://sirasain.wordpress.com/category/bilik-permata-hati/panduan-pama-bilik-permata-hati-6/

  9. satu lagi web utk more info…http://pregnancy.baby-gaga.com/calendar/

  10. saya zila..saya dh baca rujukan yg selebihnya,quite interesting..
    cuma saya rasa nk kongsi sedikit kemusykilan la n brtanya pndpt sbb saya ni org baru..
    pertama sekali saya nk bgtau yg period saya mmg x teratur,kdg² 2 bulan sekali,3 buln sekali & kdg² tiap² buln..so,saya punya last period bulan september lepas..saya baru je kahwin 10/10/10 aritu,sejujurnya saya mmg tringin nk anak awal²..pd 2 minggu prtama prkahwinan,saya rasa badan lain mcm,asyik penat jek,suhu badan pun naik..rasa mcm demam tp x demam,slalu rasa cam nk period tp bile check cuma ada cecair putih jek..lepas tu dlm minggu tu jugak sy terasa sakit kat ari² n pada minggu ke3 saya ada keluar sedikit darah,pada mulanya saya ingatkan period tp darah kotor tu cuma sedikit n pada hari pertama saja..lpstu trus ilang..sy dah baca tentang tanda² kehamilan ni dr dulu n mcm semua tanda² tu saya dh rasa tp dah 2 kali saya wat pregnancy test..hasilnya -ve
    agak² puan,mungkinkah saya hamil?perlukah saya buat pregnancy test sekali lagi n bila masa yg sesuai tu?atau mungkin ke semua brlaku disebabkan perubahan hormon…?
    kalau mula² dulu sy rasa happy sgt klau btul sy pregnant tp bila 2 kali buat test n keputusannya negative,saya dh give up..

  11. To Zila~akak dah detailkn kat emel ye..sila rujuk dna boleh tanya lebih lanjut lagi…insya-allah jgn jemu utk ikhtiarkan sesuatu k!!!

  12. thanks kak,actually lom dpt emel tu lgik tp klau dh dpt nnt kite bgtau ea..

  13. Salam, saya Zurin dr Brunei.Saya ada kmusykilan skit.Hari prtama menses trakhir saya pd 20/10/10.Mnurut kiraan skrg spatutnya hamil 9mgu.Alhamdulillah,ujian PT pun +ve&mlalui vaginal usg bru lah nampak janin.17/12 lalu saya buat pmeriksaan,Dr ckp saiz janin kcil mungkin bru 5mgu.Mungkin sbb tu jgk,blm da nadi.Prjumpaan sterusnya hari ni 27/12,djangka saiz janin mkin bsr ssuai usia 6mgu&pd wktu ni msti dh da nadi.Tp smasa usg,tiada klihatan nadi.Dr dcided ambil darah cek hormon.Sblh pt Dr smpaikn result.Alhamdulillah hormon saya sesuai kndungan brusia 5-6mgu.Bgaimnapun,saya msh bimbang krn nadi janin blm kelihatn.
    Soalannya,adakh janin saya ini brpeluang utk brtahan?
    Bilakah paling lewat nadi janin dpt dlihat? Krn spngetahuan saya,seawal2 nadi pd usia 6mgu.Tolonglah saya meleraikn kraguan ini.Trima ksih

  14. tlg email kan saya sekali, saya dah 9bln kawen,,, period tetap,kitaran 28hari, tp sejak 2bln lpas saya selalu sakit ari2 dan sekitar perut,perut pon buncit sdikit, dan 2mgu lpas, selalu loya dan cpt lapar, kalu bt kerja berat ckit akan keluar cecair coklat, kerap kencing,,saya ni kurang sgt minum air, sehari 1-2gelas sahaja,,

  15. apa maksudnya emailkan aper yer????Saya bukanlah pakar sekadar berkongsi cerita….kalau dari ats pengalaman bolehlah dikongsikan…..kena chek dgn dr utk pendpt yg lebih bagussss….

  16. hai…saya ayu..saya diijabkabulkan pada 5 hb 6 2010 saya disahkan mengandung pada pertengahan bln 7..tetapi pada usia kandungan saya 3 bln lbih saya mengalami keguguran.saya sangat sedih pada masa tu…tapi atas semangat & nasihat suami,keluarga serta rakan rakan saya dapat kuatkan kembali semangat saya.alhamdulillah sekarang saya dikurniakn lg zuriat.kini kandungan saya berusia 3 bln.tapi akibat pernah keguguran sya kehilangan banyak darah…dan sekarang doktor mengesahkan saya ada anemia.saya mengikut semua nasihat doktor mengambil makanan yg kaya zat besi seperti bayam,kangkong,buah naga,jambu,oat.doktor telah memberi beberapa jenis vitamin seperti obimin,asid folic,vitamin c,pil zat besi dan antibiotik.saya harap paras hemoglobin saya akan meningkat naik.ade tak cara lain yg boleh meningkatkan paras hemoglobin?saya ada search internat pati ayam boleh memulihkan anemia.tapi ibu hamil boleh mengambilnya @ x?

  17. hai ayu…tahniah…ttg anemia akak tak pasti ….perlu merujuk doktor yg bertauliah….biasanya kalau lauk pauk pula lebihkan hati ayam,hati lembu,kerang utk tambahkan darah…pati ayam x sure sejauh mana boleh ambilnya.
    kalau nak mencuba suplemen terbaik dan lengkap utk kesihatan ibu dan baby…akak rekomen kan alpha lipid….kalau minat nak tau ttg produk boleh call akak 013-6406625…sebab dah 2 thn amalkan sehingga kini..semasa dlm pantang pun…byk manfaatnya!!!

  18. hi.. nama i nini. now i dah masuk 11 minggu (primigravids). thanks god so far i tak ada morning sickness yg teruk. tapi now i ada masalah selesma, hidung slalu tersumbat terutamanya pada waktu malam or cuaca sejuk. bagaimana nak elak smua ni? coz setahu i, pregnant woman tak blh ambil ubat-ubatan..tq

  19. thanks akak..skrg ni pun sya mkn ubat yg doctor bg.vitamin untk tambah drh.bnyk jgak la ubt yg perlu sya ambil.apepun nnti sya akn cuba usaha dulu untuk tingkatkan paras darah hb sya.

  20. hello saya haris, saya sudah berumah tangga hampir 16 tahun, sekarang saya berada di moroko sudah 2 .5 tahun, manakala isteri saya baru sahaja sampai pada 7 mac 2011 yang lepas.
    masalah saya, selepas kami melakukan jimak seminggu selepas beliau sampai, beliau kata beliau akan mengandung sebab beliau ada menyatakan bahawa beliau baru sahaja habis haid, jadi saya tiada masalah dengan itu, jadi selepas sebulan iaitu pada 13 april 2011 kami menjalani ultra sound test dan mengikut doctor kandungan sudah pun berusia 7 minggu satu hari,, adakah ini mungkin, dan pada hari ini 27 april 2011 sekali lahi utra sound dijalankan, saya dapat melihat sendiri fetus itu sudah mula menggerakkan anggota tangan nya,,,, dan usia kandungan sudah 9 minngu mengikut kata doctor.
    Tolong lah beri penjelasan pada saya adakah mungkin darah haid akan keluar jika sudah mengandung,
    dan juga saya masih tidak mahu buat keputusan tergesa gesa dengan mengatakan beliau melakukan dengan orang lain semasa masih berada di malaysia sebelum datang ke moroko. sekian terima kasih.

  21. JAwapan:
    Apa yg saya tau darah haid automatik stop bila wanita pregnant melainkan ada penyakit tertentu…darah masih boleh keluar….

    Dari apa yg saudara tulis tu seperti jangkaan umur baby terlebih dari tarikh bersama…apapun bincang baik2 dgn isteri…mungkin boleh kira semula tarikh kira dgn tepat….takut2 saya yg termissunderstood….apapun saya bukannya doktor ya sekadar menulis di blog drp pengalaman sendiri melahirkan anak masuk 4 org baru2 ini…dan sumber bacaan yg saya kutip dari carian di alam maya….juga sekarang buat bisnes jual produk kesihatan dll ..itu jek.

    Maaf jika tersalah faham atau beri pendapat…

  22. salam. akak, thanks for da info. saya hampir setahun berkahwin pada 22 mei 2011 nih. dan hampir 2 bln baru buka nursery. dalam hampir setahun tuh saya sangat berharap utk menimang cahaya mata, dan akhirnye selepas hampir 2bln saya buka nursery saya di sahkan mengandung skarang. usia kandungan memasuki minggu ke lima.saya bersyukur yg teramat. betul lah rezeki bela anak2 nih insyaallah sentiasa ada. saya tidak mem[unyai masalah apa2 malah lebih gembira lagi, saya banyak meluangkan masa di internet mencari bahan2 rujukan dan sevagaunya. tapi berdasarkan apa yg di beritahu ketika bertanya orang yg berpengalaman, itu menjadikan saya bimbang. ada yg kata jgn gembira sgt, sebab apa2 boleh berlaku sebelum trimester 1. jadi apa yg perlu saya lakukan untuk mengelakkan perkara2 yg tak diingini terjadi?

  23. Assalamulaikum… saya sue, saya ade kemuskilan ckit..kandungan saya baru mencecah 6 bulan , dan semasa pergi check up didapati bayi dlm keadaan songsang,adakah itu menberi risiko kepada saye sewaktu ingin melahirkan nnt..

  24. assalamualaikum..apa khabar kak?saya zila..saya pernah bertanyakan ttg masalah fibroid..ingat lagi tak?
    sebenarnya skrg saya sudah hamil 8 bulan,agak terlambat utk beritahu akak skrg..sori sgt² sbb saya pun terlalu busy & terlalu xcited dgn kandungan yg pertama ni.. :)
    saya ada sedikit kemusykilan la kak,mmg normal ke bg para bakal ibu yg mengandung baru 8 bulan (33wk+) akan mengalami rasa sakit pada tulang bahagian V kita tu?sampai mnyukarkan kita utk memulakan pergerakan..ttp bila dh brjalan sakit tu akan kurang sedikit,bila kita berhenti dan ingin mula berjalan sakit tu akan kembali..

  25. waalaikumsalam…ya masih ingat…tahniah gitu…aah memang semakin besar baby akan terasa semakin beban berat yg kita bawa…terutama kat tulang belakang…hati2 masa bergerak…take care k!!!

  26. kalau 6 bulan…kedudukan baby masih boleh berubah2…kalau dah dekat due memang berisiko…biasanya caesarian pilihan terbaik klu x silap akak…doakan yg terbaik….mudah2an x songsang!!!

  27. saya nak tanya, semasa hamil kita digalakkan minum susu tetapi saya mmg tidak suka susu. ada kesan ker kalau saya tidak minum susu. ape mknn2 yang perlu dimakan bagi menggantikan khasiat susu yer…

  28. Hi,

    Saya ada sedikit kemusykilan. Saya last period pada 21hb April dan 2 minggu lepas saya ada buat pregnancy test, 2 kali dan kedua-duanya positif. Saya dan suami terus pergi ke klinik untuk mengesahkan kandungan ni tapi bila scan,doktor kata tak nampak lagi. Kalau dikira berdasarkan last period, baby saya mungkin da 3 bulan. Boleh terangkan tak sebenarnya saya mengandung ataupun tak? Sebenarnya sebelum kahwin saya ada kitaran period yang agak lambat. Jarak antara hari pertama period tu dalam 6 minggu, bukan 28 hari. Adakah bayi dalam kandungan saya masih kecil?

  29. salam kak…skrg sy mengandung 27mggu…nak masuk 7bln…smlm dh start puasa ramadhan & ni hari ke-2 sy berpuasa…tp sejak ptg semlm sy rasa baby macam kurang bergerak…baby kurang bergerak disebabkan sy berpuasa ke? perlu ke sy jumpa doktor?

  30. Assalamualaikum.. nak tanye ne, harap boleh bantu. sekarang kandungan da 30miggu, tapi nmpk perut masih kecik lg. risau la. ini adalah 1st baby so ita xtau baby dlm perut ok ke x. lagi st, ita dpt rs yg baby ne masih songsans, sbb dia masih tendang area bwh je n kepala dia pun boleh rs bwh pada area dada. normally bila baby nak pusing ke bwh? tlg sy.

  31. Salam,mintak share untuk tajuk assignment. thanks :)

  32. Assalam… Saya Zila dari Putrajaya. Saya ader kemuskilan berkenaan dengan kandungan saya. Sekarang kandungan sy br mencecah 7 bulan, dan semasa pergi check up, kepala bayi masih lagi di atas. Doktor cakap dia akan berpusing lagi, dan masih ader ruang sehingga saya bersalin kelak. Walaubagaimana pun, saya jadi risau dan ape nasihat terbaik untuk sy pada masa ini…

  33. nice info…interesting..thnks Sira.

  34. Baru kejap tadi saya jumpa tulisan yg sama … awak ada lebih dari satu blog ke ?

  35. yup blog biz susu kesihatan http://alphalipid-powerbiz.blogspot.com/….juga food blog http://nasibukuhbukitmarak.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,820 other followers

%d bloggers like this: