Kembali sepi

Pakcik dah pulang pagi kelmarin…rumahku kembali sepi…kalau tak riuh suara anak2..macam ramai anak pulak padahal 2 org ja..hehehe.

Apa tidaknya ada aja dorang ajak Pakcik dorang main lawan2 la ala Ultraman dan raksasa,naik “kokkong la”….habis Pakcik dorang dikerjakan. Sampai bab makan,mandi manda,gosok gigi pun minta Pakcik yg temankan…dan lepas dodoi2kan…manja sakan 3 hari tu.

Balik sekolah semalam bising2 kak Ngah…boring la Pakcik takde…Kakak nak Pakcik dok lama2.Yalah takde sapa dah nak entertain dorang..ada Pak menakang seronok tak terhingga.Nanti kita ajak Pak Anjang pulak datang tidur kat rumah nak umpan anak2.

Semenjak 2 menjak balik dari Jepun ni tetamu tak putus2 datang..sahabat2 tak kira baru dan yg lama2 tak jumpa(ada yg tak jadi2 dtg pun ye jugak)..adik2 tapi sorang kakak lum sampai2 lagi..kukuikui…,adik ipar,kakak ipar,anak sedara..ada lagi incoming list…hehehe….sibuk memanjang…tapi seronok tak ler sepi rumah. Cuma dalam keadaan begini…rasa letih yg amat….gagahkan diri juga memasak ,mengemas yg mampu kulakukan la dalam keadaan kena berhati2. Walau kadang terasa kurang selesa(sakit skit2) kat pangkal rahim kalau terlebih buat kerja tu.Ntah la kadang rasa bagai ditendang dari dalam pun ada juga tapi lupa bila saatnya baby mula beraksi buat kick boxing kat dlm perut ni….takkan baru 3 bulan lebih dah mula pandai beraksi?Buku rujukanku pasal pregnancy pun dah pergi mana..bagi kat sapa atau di mana dah lupa.

Ingat2 lupa bila cuti lama2 mengandung ni…nak wat camana…org nak kasi cuti rehat 5 tahun pun rasa cam terlebih lama(cik abang berkorban byk tu kat situ)…kira kena bersyukur …kang kena beranak2 tiap2 tahun kang…haru gitu.

Harap2 sepi ini tak lama…nanti ada keriuhan lagi..Insya-Allah..tamu dan keluarga yg datang dan pergi pasti membawa berkat!!!

~ by sirasain on February 5, 2008.

One Response to “Kembali sepi”

  1. Betul tu Ha…tetamu memang pembawa rahmat InsyaAllah, mudah2an rahmat ALLAH tu, termasuk ALLAH sentiasa kurniakan kesihatan yg baik, buat Ha dan seisi kluarga, termasuk yg duk kat ‘dalam’ tu… p/s Ha tukar email ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: