Biawak datang….ooo..takmo dah!

Pagi2 buta tadi dikejutkan dengan kehadiran sidia..dlm jam 5 pagi kot…menjengah diriku.Ooooo biawak bukan sebarang biawak….bukan juga biawak hidup yg datang makan telur ayam kat reban cam kat kampung2 tu tapi simpul biawak atau kejang otot atau nama lainnya cramp…walau sekejap cukup terasa sakitnya!

Ingatan daku kembali pada zaman matrikulasi dulu2 di Kulim sessi 92-94..kerana hampir setiap pagi aku diganggu simpul biawak ini.Menginap di asrama yg terletak nun di atas bukit(tak ler tinggi sangat pun tapi pagi2 sejuk giler gak)..tak tahan lalu berstokin putih kelazimanku dipadan ngan sweater pink dan berkain batik dgn jalan terkedek2 ala2 Oshin.Lalu adik2 memanggil Kak Oshin(dari situ ler dpt nama tu) kalau melintas nak pergi ke toilet kena lalui kawasan partition bilik dorang..huhuhu.Zaman tu nak cari …search cari sebab musabab pun internet blum glamour lagi…dok la tahan sakit tiap2 pagi. Itu zaman manis(manis ke pahit ni) zaman alam persekolahan bagiku tetap manis yg….iskhhh dah lama rupanya ditinggalkan…dah lebih kurang 16 tahunnnnnn!

Kali ini ku terkena lagi…ya setiap kali mengandung mesti sidia datang menjengah..melawat2 kat betisku.Tapi kali ni tak pernah cam gini…pagi ni siap 2 belah..mula2 kaki kiri..reda yg kiri terus diserang yg kanan…terasa kejang hingga kini yg belah kanannya terutama masa nak solat,masa drive kete…dok saja2 pun boleh rasa gak.

Sat2ni sempat belek2..search sana sini…cari info pasal cramp kaki ni..biasalah utk org mengandung…tapi takmolah kalau tiap2 hari kena serang…kena cari penyelesaiannya.Apa yg perlu dibuat….jika diganggu lagi.

Meh kita tgk sebab musababnya dan cara nak atasi..harap2 lepas ni ku lebih mengamalkan cara hidup yg sihat dan bertatatertib.

Penyebab kejang otot:

  • Kelesuan otot

  • Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup

  • Kehilangan cecair badan yang banyak

  • Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit

  • Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.

  • Mengandung

Pencegahan kejang otot

  • Lebihkan meminum air dan cecair lain

  • Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.

  • Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.

  • Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.

Penjagaan sendiri

  • Melakukan regangan secukupnya pada otot yang terlibat bagi membantu melegakan kekejangan di kaki. Anda perlu bangun dan berdiri. Apabila kekejangan telah reda urutkan kaki anda perlahan-lahan.

  • Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan.

  • Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari.

  • Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk.

Berjumpalah doktor jika..

  • Kejang otot semakin teruk dan berterusan (lebih dari sejam) dan berlaku berulang-ulang atau terjadi tanpa sebab atau tidak hilang selepas melakukan regangan.

  • Berlaku sentakan otot yang berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.

  • Berlakunya kekejangan di bahagian dada atau di lengan. Ini mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius telah berlaku pada jantung atau dalam abdomen. Berjumpalah doktor segera.

SAKIT KAKI

Penyebab

  • Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaan

  • Vena bermasalah-saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung)

  • Arteri berpenyakit-(saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)

  • Kerosakan pada saraf-lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap diabetes, perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di sebelah atau di kedua-dua belah kaki.

  • Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang anda.

Catatan: Kemungkinan terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan sakit kaki. Lagi pun penyebab-penyebabnya berbeza-beza bergantung kepada umur dan jantina seseorang itu dan juga ciri-ciri tertentu gejala tersebut seperti tempat atau bahagian yang terlibat, kuantiti dan jangka masa, faktor-faktor yang memburukkannya, faktor-faktor yang melegakannya serta aduan atau keluhan yang dinyatakan oleh pesakit.

Pengurusan Sendiri

  • Bagi sakit kaki yang tidak bersebab yang berlaku kurang dari seminggu, anda perlu berehat secukupnya. Angkat kaki anda sedikit bila berbaring dan dapatkan ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Kemudian urut perlahan-lahan.

  • Tuam atau rendam kaki anda dalam air panas/suam ataupun sejuk. Ia boleh membantu melegakan keadaan.

  • Sakit kaki yang disebabkan oleh masalah arteri lebih mudah diatasi dengan bantuan tarikan graviti secara membiarkan kaki tergantung ke bawah.

  • Bagi sakit kaki yang disebabkan oleh masalah saraf, anda perlu mengawal diabetes anda. Berhenti meminum alkohol jika anda seorang peminum. Berhenti merokok jika anda seorang perokok. Jangan memakai kasut terlalu ketat.

  • Berjumpalah doktor jika sakit kaki anda berterusan dan menjadi semakin teruk.

  • Biasanya, rawatan bergantung kepada penyebabnya. Ubat-ubatan yang diberi termasuklah ubat penghilang kesakitan, ubat antikeradangan dan lain-lain. Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda.

~ by sirasain on January 29, 2008.

3 Responses to “Biawak datang….ooo..takmo dah!”

  1. Lor suspen je, ingatkan biawak besar mana la masuk rumah! Rupanya simpul biawak. Mama pun selalu kena dulu. Nowadays dah tak de dah, sampaikan ma pun dah terlupa pasal simpul biawak ni sehinggalah terbaca chendana punya entry ni…

  2. Akak pun same suka kena kalau masa pregnant dolu2….ade sikit info ni, kalau sempat baca, sikit tambahan dari di atas…http://www.babycenter.com/0_leg-cramps-during-pregnancy_250.bc

  3. bukankah simul biawak tu mksd nya varicose vein???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: