Indahnya dunia ukhuwah 1

Hari tu dah terharu terima kek hari lahir dari seorang sahabat dan berpangkat adik dari Beppu yg dah pulang ke Malaysia ….dah tangkap leleh daaa(terima kasih atas ingatanmu yg tulus itu).

Kali ni terima lagi tanda kenangan dari Guangzhou dari sahabat fotopages pula yg berada nun di Sg.Petani (walau kukirim dulu ngan air liur ja…huhuhuhu…malu pun ada nak susah kan org bawa balik brg yg berkotak2 dari obersea) dan actually tangkap leleh lagi masa Kak Rinn balas sms dgn cepatnya…nak pos nozzle idamanku pada hari Selasa lalu dan selamat kuterima Sabtu lepas.

Kiriman nozzle dari Guangzhou Cina …
Kuterima dari sahabat FP tercinta…
Hatiku kini berbunga-bunga…
Kerana ia sudah ada di depan mata…

Ntah kenapa hati dan perasan terlalu sensitif atau kerana terlalu gembira punya sahabat walau sekadar kami kenal dari alam maya saja buat masa ini. Terasa indahnya dunia ukhuwah…bukan semestinya kami berjumpa…tapi saling berutus khabar melalui blog kegemaran kami..fotopages yg menemukan ramai lagi insan2 yg baik hati.

Kak liza pernah menelepon satu kali(sebelum ini kami hanya berYM)..bercerita dgn ramahnya dalam sibuk tu sibuk ni…sapa tak kenal chef glamourus dan serba boleh kat Fp lak susah2 menelepon dari Kerteh…suka hatiku. Kak Ida…sensei kelas deko yg sempat ku pergi berkursus(ayat bukan main tu)..rajin bertanya khabar juga…mengajak utk kelas deko lanjutan…cuma masa dan keadaanku tidak mengizinkan buat masa ini. Kak Zhati juga selalu memberi inspirasi untuk kumajukan diri dalam bidang yg baru kusukai ini. Insya-Allah jika diberi kesihatan yg baik(sekarang ku kena hadkan pergerakan lagi..ingin ku panjangkan langkahku(list kelas2 deko pun tak tersenarai byknya..murah n mahal sumer ader…pitih ja takdak..kena pilih2 antara nampak dan yg murah2 dulu ler…huhuhu)..utk menambah ilmu…nozzle pun dah ada…baking oven dan mixer udah lama dibeli…kena buat percubaan try n error.

Semalam Kak Kham (senpai Beppu) datang bertandang(akak pun dah jadi busineeswoman INTRA gitu…bagus..Alahmdulillah)…tgk ku ada baking oven yg masih tersadai..dah ckp nanti bolehlah tempah kek…hehehe..malunya…percubaan belum wat lagi akak..insya-Alllah ada rezeki berbisnes …kalau berkeyakinan nanti…boleh war2kan kat kawan2 terdekat gitu kan…sementara tu kena wat eksperimen la buat masa terdekat.

Ku berharap dan berdoa mudah2an impianku dimakbulkan..walau rasa cam dah terlewat…lewat ke…selagi ada hayat dan kesempatan yg Allah berikan…kita boleh dan belum terlambat utk majukan diri kita kan?

~ by sirasain on January 27, 2008.

3 Responses to “Indahnya dunia ukhuwah 1”

  1. Ha, tak sihat ka? mengandung ka? semlm k/kham pun singgah umah ku. semoga Ha cepat sembuh so that boleh mulakan expriment bakar membakar dan seterusnya mulakan biz.. Ha ku pun ode nozzle tu tapi byk yg tak eti guna hehehehe

  2. Assalamualaikum Ha…canggih la rumah comei ni…moga ceria dan dikurnia TAUFIQ ALLAH sentiasa

  3. Salam chendana,
    Tiada istilah “LEWAT” dalam kamus belajar, chendana. Selagi ada kemahuan dan kemampuan, teruskanlah. Kita sempurna sifat..sihat akal fikiran..kemahiran boleh dipelajari di mana-mana. Kalau ada bakat semulajadi semuanya akan jadi lebih mudah dan ekspress. Jalinan persahabatan mmg tiada batasan..hatta tidak bersua sekali pun tapi kalau dah jodoh di alam maya pun boleh tersimpul ikatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: