Lagi kisah anak2

Rutin bulanan ibu bermula sejak last month kena buat follow-up kat klinik.Pergi pagi semalam…konon2 nak chek dgn doktor perempuan….alahai muda juga orangnya….mungkin pengalaman pun baru setahun jagung..bila ibu cerita2..last month ada bleeding sikit..dia pun tak berani…nak buat scan sendiri..lalu dicadangkan jumpa juga doktor lelaki yg akan bertugas sebelah petang.Dah takdak pilihan…dgn risiko yg bakal ibu hadapi takut juga bila ada kes bleeding ni(probability utk misscariage pun tinggi…takut dah aku)…dah minta izin abah..abah kata proceed jalah.

Nampaknya petang ada temujanji lagi ler..jam lebih kurang 3 ptg…tgh panas2 begini actually tak suka kuar rumah….letih dan tak bertenaga satu..mudah pening kepala. Tapi demi bayi yg kukandung ini..aduhai….kuatkan semangat pergi…Kak Ngah(dah tukar panggilan dah) tolong temankan.

Cerita sedikit sebanyak..doktor lelaki ni pun masih muda juga tapi mungkin lebih pengalaman dlm bidang sakit puan ni….confident la sikit…cerita2 dgn dia.Tapi yg tak syoknya kita kena menunggu…dia pergi makan kat kedai makan di sebelah pulak dah…sian… lapar tu agaknya…belum lunch…kasi can la.

Bila part scan ni cemas sikit…nak tau apa dah jadi dgn kandungan ibu.Dah ada jantung pun….nampak kepala..kaki…tangan yg tak sempurna lagi. Cuma the big problem…my plasenta/uri duduk kat bawah ..dah tutup jalan keluar..skit ja ada laluan.Isk camana ni…risaunya aku…tapi doktor kata kemungkinan kedudukannya boleh ke atas. Untuk langkah berjaga2 aku kena ikut nasihat doktor..ada beberapa pantang larang..jgn buat kerja2 berat dll.

Kita tgk result utk next month. Cuma kalau dah 36 minggu ke atas kedudukan masih sama..alamatnya aku kena warded la. Sabor2…dgn ujian yg diberi…kena byk2 doa2..mudah2an..everything back to normal balik.Kak Ngah pun teruja nak tgk baby..ditanya kenapa baby hitam ja…agaknya dia ingat boleh kuar muka sebijik mcm org biasa kat screen tu..confused sekejap.

Lepas tu ambik darah la pulak kat lenganku(Kak Ngah berani tgk..kalau ada Abg Long nengok…sure nangisss daa)…syarat biasa setiap kali pregnancy….ukt ujian darah kena RM26..utk scan pulak RM33…kira2 RM 60 utk kali ni. Lepas tu bolehlah balik berehat…sebelum tu jalan2 cari goreng pisang dulu….lapar pulak.

Malamnya ada tugasan lagi menanti…mencari keki buat tanjyobi ke -5 kakak (tadika yg minta sponsor kek ke food)…yg disambut hari ni ..Jumaat tanggal 25…kira sambut awal sehari la…ingat nak cari kat Vanilla pAstry…dah terlewat lak..rasanya kul 8 dah tutup…pergi la Metro Plaza Kajang..dapat la sebiji kat Baker’s Cottage…RM29 utk 1/2 kilo ja..nama apa ntah kek ni..lupa daaa tapi sebijik dgn kek birthday yg ibu dapat dr seorang sahabat last year tu.

Utk program seterusnya..nak isi perut ..tapi ronda2 situ..tak berkenan dgn apa yg ada..last2 rezeki makan kat Pizza San Francissco(Seksyen 8 lagi)…boleh tahan sedapnya…almaklumlah reganya pun boleh tahan mengancam kalau selalu pi makan…tempat pun santai sekali…anak2 dah ckp..nanti kita pi lagik naaa…sabor jelah.Kira ni pun sambut birthday kakak la..takyah pening2 dah nak belanja makan…hehehehe.

Balik2 dah jam 10…Abg Long kena buat shukudai kejap sebelum boleh masuk tidur….dgn itu oyasuminasaiiiiiii!!!

~ by sirasain on January 25, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: