Deal or no deal

Iskh kemain tajuk kali ni…macam salah satu rancangan tv kat NTV7 pulak.DEAL OR NO DEAL….

Tapi ku nak cerita pasal mencari rumah yg kami mulakan sejak balik dari jepun ni..ya lah rumah sendiri takde dalam genggaman lagi..asyik meyewa..pindah randah(dah masuk 4 rumah dah)..serta dah masuk 8 tahun sejak kawin…kan rugi banyak tu.

Tapi masa tu rezeki pun cukup2 makan…Alhamdulillah sejak balik dari Jepun…murah rezeki..boleh bawa balik pitih skit…melabur kat situ sini…alhamdulillah modal pun dah dapat berganda..cepat lak tu…berkat adik ipar yg pandai berniaga gitu.

Nak cerita dalam dok cari rumah tu pening juga kepala sejak 4 bulan balik sini…asal nampak org letak signboard rumah nak dijual..ku jadi agen suami bagi pihak encik suami..tukang catit no.telepon dan kerja menelepon…tertumpu actaully area Bangi dan seksyen 7 khasnya sbb abg long sekolah sini kan…tapi tu la tak ade rezeki..asyik melepas dan kalau ada pun diluar kadar kemampuan kami pulak.Rumah 22 x 75 kat area sini cecah 250K..paling kurang 235K yg jumpa…kalau murah lagi rumah bank lelong boleh turun sampai 200 k-180K..tapi takde rezeki…asyik melepas..dan jadilah “sayang semuanya sudah terlambat”.

Macam2 faktor kami fikirkan bila nak miliki kediaman sendiri..anggaran bawah 200K kalau boleh supaya tak terganggu perjalanan perbelanjaan bulanan dengan trend sumer harga barang NAIKKKKK aja sekarang ni. Pitih yg ada bolehlah simpan utk projek lain2 kan(ooo..byk projek dok rancang)…hidup kena berjimat dan bermatlamat kan.

Deal or no deal bermain2 di kepala…asal ada showhouse..pergi jenguk sana sini…yg pasti area tak lari dari Kajang@Bangi.Last2 semalam tergerak hati ke Pelangi Semenyih…memang dah tgk rumah kawan sebelum ni…abah kata kurang strategik..jauh dari stesen komuter dll…byk kriteria kami ambil kira sebelumnya…mungkin rezeki dah Allah tentukan kat sini agaknya. Sementelah yg terbaru dpt maklumat terkini…TESCO baru akan dibuka di situ telah diwarwarkan..risik2..dan yang paling penting bagiku…sekolah rendah pun tak jauh utk anak2.

Sabtu petang tu tergerak hati nak pergi tgk rumah contoh…paling kurang 180K di fasa 2…teringat kawan abah ckp sepupunya nak jual rumah yg baru dia duduk sekejap ja kat situ tapi di fasa 1.

Apa lagi minta no rumah…terus pi tgk..dah ada org dok tengok2 jugak…kami pun tumpang sekali ler…so far rasa ok..cuma ada sedikit kena perbaiki..lantai skit rosak…kabinet siap terpasang,lampu2 yg cantik,grill dah tersedia(kira ok la takyah susah2 nak pasang baru)…173K harga…boleh runding dan dapat dlm 170K dgn build up 20 x 75 rasanya..memang murah dan dah tak payah bersusah lagi nak mencari.Lagi pun ada 2 pesaing sehari sebelum dan pagi semlam datang tgk dan macam berkenan kat rumah tu(sapa tak nak rumah rega murah kan)…alhamdulillah rezeki memihak kepada kami..mujur takde kes terlambat lagi. Kira ownernya pun dah setuju cuma tunggu uruskan soal peguam2 ,pinjaman dll.Ada sapa2 lagi berminat ke nak jadi penduduk Pelangi Semenyih…tgh rancak fasa ke-2 dipromosikan utk dijual..fasa 1 dah habis dah!Boleh ku jadi agen free tolong promosikan…huhuhuhu

Actuallly terasa lega separuh beban nak mencari rumah(ringan kepala)….dah takyah pening2 lagi.Cuma sama ada nak deal or no deal sekarang atau tidak.Kan dah tak payah susah lagi…fikir benda lain pulak la.Sabtu malam sempat pi usha2 Proton Saga new version lak masa pi dinner kat Papa Grill Mama Grill kat seksyen 8 tu…hehehe..nak deal or no deal dlm masa terdekat..tunggu dulu la…tgk org pakai ok ke tak..ok jugak kan?

~ by sirasain on January 20, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: