Tragedi korban Aidiladha

Ini cerita dah basi tapi harus dicoretkan sebagai kenangan sbb ia kira pengalaman berharga kami semasa pulang beraya di Kelate  dan kemudian bersambung ke Kedah pula utk Aidiladha kali ni.

Dalam tak sedap hati nak pulang(hasrat hati nak balik bagi2kan omiyage dr jepun satu..lama dah simpan beg tgn utk 2 mak,brg kecik utk anak2 sedara)…dgn cerita banjir tak sudah..jalan KL-Gua Musang yg teruk..mendap…kami ambil keputusan balik ke Kelate melalui Terengganu utk pertama kali ni.

Bertolak pun dah agak lambat…jam 10 kuar rumah..pergi rumah Pak Teh kat Vista pinggiran Putra…hantarkan labi2 kakak dan ikan puyu Abg Long utk dijaga.Dah jammed teruk dlm KL…berlanjutan pulak di Kemamam.

Dan yg nak jadi ceritanya…dlm lebih kurang pukul 7:30 malam kat Kerteh…tiba2 sekor anjing melintas betul2 depan kereta.Tak sempat kami mengelak…terlanggar agak kuat anjing tu depan dan tergilis pulak ngan tayar belakang.Terkejut ada juga cuma nasib agak baik abah tidak panik masa tu…kenderaan seberang jln pun tak terkejut…bayangkan kalau kami sama2 terkejut!Cuma kesian nasib si anjing menjadi korban di malam Aidiladha bersama kami yg terkorban masa selama 5 jam.
Cuma yg jadi panjang kisahnya…radiator kete dah bocor teruk gara2 accident tadi juga plat kete pun dah pecah. Alhamdulillah dan syukur kami byk2 sbb ia terjadi tak jauh dr rumah orang walaupun kete kami dah tak boleh jalan.Abah cuba tanya2kan org kat situ…balai polis ke workshop yg berdekatan.

Bagai satu rahmat..sepupunya ada bengkel kereta dan ada trak penunda dan adik itu sanggup bersusah payah menolong kami sehingga segala ikhtiar dilakukan utk kereta kami boleh digunakan semula. Dengan segala kesulitan…kedai2 Cina dah di tutup…barang2 ganti tiada di Paka yg sejauh 1 jam utk ke sana…kebetulan sebuah kete lagi juga alami masalaah sama cuma tuannya berlanggar kereta.Kebetulannya kami pula dari kampung yg lebih kurang sama.
Puas dicuba dgn gam yg ada tapi tak menjadi utk menampal…beli yg baru pula utk dicuba.Alhamdulillah akhirnya kira2 jam 12;30 malam ,mereka berjaya juga menampal. Ingatkan mahal bayaran yg kena charged tapi cuma RM 120..RM 50 utk tunda kete dari tempat kejadian ke bengkelnya dan selebihnya utk baiki radiator.Sempat juga berkenalan dgn keluarga mereka yg dtg menjenguk dan org kampungku yg sama2 terkandas kat situ(mengusul itu ini) dan kete kami sama2 bernasib baik..boleh diperbaiki.

Terfikir dalam hati kenalan fotopageku..Kak Liza satu2nya kawan2 yg ada semasa kami darurat kesusahan..mungkin akan kucari jika terpaksa.

Tapi cerita ini tak habis di situ…disebabkan tergendala 5 jam..abah ngantuk bagaikan tak tertahan sehingga 2;30 pagi.Kami ambik keputusan bermalam di rumah tumpangan area Marang masa tu..Alhamdulillah kali ke tiga mencari..ada bertuan dan tak penuh dgn bayaran 1 malam RM 70.Mujur juga perut ibu tak meragam kelaparan sbb makan t/hari kira dah lewat ptg jam 5 sempat singgah mkn nasi…sampai2 ja kami terus tidur kepenatan.

Dah jaga di pagi Aidiladha.mandi sunat..solat Suboh..kejutkan abah dan anak2 yg masih keletihan.Takbir dah mendayu2 di cuping telinga tapi kami masih musafir di Aidiladha dan jauh lagi perjalanannya.Telepon mak dr semlm suruh tidur jgn tunggu kami dan pagi ni bagitau lagi baru nak bertolak…

Sebelum tu melilau2 buang masa cari M’D 24 jam tak jumpa2…KFC yg ada belum pulak dibuka..perut dah berkeroncong hebat.Di pagi raya sapa ler nak bukan kedai makan.Tadi abang kat rumah tumpangan offer nasi dagang..dgn segan kutolak kuucap terima kasih..sekarang nyesal tak abis…yalah mungkin dia kesian tgk masih bermusafir di hari raya…kang nasi ada cukup2 ada utk famili dia ja kan.

Last2 kedai Seven E kuhentam masuk…capai bubur nasi segera..roti kismis dan air kotak2 utk bekalan sepanjang jalan.

Sampai kat Bukit Marak dah t/hari…lebih kurang jam 12:00. Mak dah tertunggu2 dan rupa2nya dah menangis semalam risaukan keadaan kami.Apa lagi cari makanann ler lepas tu..nak isi perut yg kosong sejak kejadian malam semalam.

Berharganya pengalaman itu kata abah…kerana kami masih byk bernasib baik..bayangkan kalau jadi korban jiwa di malam raya..byk cerita…tinggallah segalanya. Alhamdulillah walau diuji begitu..kami masih mampu bertahan dan rasa byk bersyukur..dan tragedi korban di malam raya kami ingati sampai bila2.

Segala jasa baik adik2,pakcik2,keluarga mereka yg turut sama di bengkel kat Kerteh tu kami kenangi..wang ringgit yg dibayar tak mampu mengatasi…dpt tumpang bersolat…diberi minum..di offer burger,mandi dan sebagainya utk anak2 walaupun mereka menolak malu2. Begitu tulusnya pertolongan yg hadir tak disangka2…sanggup bersusah payah meng”usaha”kan agar kami boleh pulang beraya.

p/s:Actually rasa lucu pula sebab bila dah pulang ke Malaysia pun rasa masih bermusafir dihari raya…kata abah tahun ni bukan utk raya betul2. Ada2 saja ujian….ukt tahun pertama pulang…”rushing” sudah tentu!Nak rasa raya di Kelate juga Kedah..sudah tentu…begitulah agaknya.Alhamdulillah masa balik Kedah…lancar je perjalanan walau dah malam hari menapak pulang.

~ by sirasain on December 26, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: