Pendarahan Luar Biasa Pada Faraj

•July 25, 2015 • Leave a Comment

Pendarahan Faraj Luar Biasa

Apa itu pendarahan faraj yang luar biasa?

Pendarahan dari faraj yang bukan kedatangan darah haid (contoh):

  • Pendarahan yang banyak
  • Pendarahan yang berpanjangan (lama)
  • Berkait dengan kesakitan
  • Pendarahan bercampur darah beku (berketul)

Jika anda mengalami episod pendarahan, tanyakan diri :

  1. Adakah saya mengandung
  2. Apakah corak pendarahan?
    • Jangkamasa
    • Adakah darah beku (darah berketul ketul)
    • Sakit
    • Jumlah tuala wanita yang dipakai

Apakah sebab sebab ia berlaku?

Jika anda di usia yang boleh melahirkan anak (reproductive) :

  • Pil perancang keluarga dan suntikan (pendarahan di antara jangkamasa haid)
  • Jangkitan kuman
  • Keguguran atau masalah semasa mengandung
  • Ketumbuhan dalam rahim (fibroid)
  • Ketumbuhan ovari (telur)
  • Endometriosis (pengaliran balik darah haid ke saluran fallopian)
  • Dysfunctional uterine bleeding (DUB)(gangguan fungsi rahim)
  • Barah ovari (telur)

Jika anda telah putus haid (menopause) :

  • Endometrial cancer (Barah rahim)
  • Cancer of ovaries (barah kilang telur)
  • Barah pangkal rahim, faraj atau ‘vulva’

Lain-lain :

  • kecederaan faraj atau organ peranakan semasa dirogol atau pembedahan
  • gangguan pendarahan yang mengakibatkan sistem seluruh badan iaitu penyakit leukaemia dan masalah pembekuan darah(clotting system)

Apa yang patut saya lakukan?

Lebih awal anda mendapatkan rawatan lebih baik peluang untuk sembuh.

Jika anda mengalami pendarahan yang banyak dan lama (berpanjangan), anda akan mengalami keadaan berikut :

  • Sangat letih
  • Rasa seperti hendak pitam
  • Loya dan muntah

Berikut adalah pemeriksaan pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor :

  • pemeriksaan fizikal :
    • tekanan darah, nadi,denyutan jantung, kadar pernafasan dan suhu badan
    • Jantung dan paru paru
    • kelenjar Thyroid (bengkak pada bahagian depan leher)
    • payu dara
  • Pemeriksaan pelvis (bahagian sulit) :
    • pemeriksaan luar dan dalam faraj
    • Pemeriksaan pap smear
    • Biopsi
  • Ujian darah :
    • blood count to exclude low blood cell count (anaemia)
    • thyroid function test
    • liver function test
    • kidney function test
    • hormonal test (e.g. FSH)
  • Urine Pregnancy Test (UPT)
  • Ultrasound

Bagaimana pendarahan faraj yang luar biasa dirawat?

Rawatan diberi bergantung kepada punca penyebab.

  • ubatan hormon (untuk gangguan fungsi rahim – DUB)
    • contoh Progesterone atau pil perancang keluarga
  • antibiotik (nyah kuman), jika pendarahan disebabkan oleh jangkitan kuman
  • ujian laparoscopy ( membuat luka kecil di bawah pusat untuk memasukan tiub optik fiber untuk peneropongan bahagian abdomen (perut)- kes endometriosis
  • D & C (dilatation and curettage) bagi kes keguguran untuk mengeluarkan tisu-tisu yang tertinggal dalam rahim
  • Pembedahan contohnya jika pendarahan tidak berhenti dan tidak terkawal

Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?

  • Di semua hospital dan klinik kerajaan
  • Hospital dan Klinik swasta

Soalan Lazim

Apa itu pendarahan faraj yang biasa (haid)?

Keluaran darah dari rahim melalui faraj mengikut pusingan tertentu setiap bulan. Ia juga dikenali sebagai menorrhea.

Kebanyakan haid berlaku setiap 21 hingga 35 hari dan berakhir antara 2 dan 7 hari bagi satu pusingan. Purata kehilangan darah adalah di antara 20 hingga 60 mililiter.

Apakah sebab sebab pendarahan faraj semasa di awal kehamilan?

Pendarahan dari faraj yang berlaku semasa kandungan berusia awal 22 minggu adalah disebabkan :

  • Kecederaan
    • jatuh
    • hentakan terus/tepat ke perut
  • Bukan kecedearaan
    • Keguguran
    • mengandung di luar rahim (ectopic pregnancy)
    • Mengandung anggur (molar pregnancy)

Apa itu menorrhagia?

Ini adalah satu keadaan di mana anda mengalami pendarahan yang banyak semasa haid. Jumlah kehilangan darah adalah melebihi dari kebiasaan di mana anda akan kerapkali menukar tuala wanita.

Ia mungkin atau tidak berkait dengan lain lain aduan seperti senggugut, pening,kelesuan dan lain lain.

Sekiranya anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak, anda boleh pitam dan pengsan. Oleh itu dapatkan rawatan dengan segera.

Rujukan

http://www.who.int/reproductivehealth/im

Darah Istihadah

•July 24, 2015 • Leave a Comment

Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari“Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.”

Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al-Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]

Terdapat tiga cara bagi membezakan antara darah haid dan istihadah:

Pertama:

Wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.

Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.

‘A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Fathimah binti Abi Hubaisyradhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 325 (Kitab al-Haid)]

Hal yang sama pernah berlaku kepada Umm Habibah binti Jahsy radhiallahu ‘anhadan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

“Duduklah (dalam keadaan haid) sekadar mana yang pernah kamu alami dari hari-hari haid kamu (yang biasa), kemudian hendaklah kamu mandi dan solat”. [Shahih Muslim – no: 334 (Kitab al-Haid)]

Kesimpulannya, bagi wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya), hendaklah dia mengira masa haidnya mengikut kebiasaan. Jika ada pendarahan pada hari-hari seterusnya, hendaklah dia mandi dan solat mengikut ukuran masa haidnya yang biasa. Tidak perlu diberi perhatian kepada pendarahan pada hari-hari seterusnya kerana itu adalah istihadah.

Kedua:

Wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.

Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:

q                Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.

q                Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.

q                Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:

 “Apabila darah itu adalah haid maka sesungguhnya ia hitam (lagi) dikenali, justeru hendaklah kamu menahan dari melakukan solat. Jika ia adalah (darah) selain itu maka hendaklah kamu berwudhu’ dan mendirikan solat kerana sesungguhnya ia adalah (darah) penyakit.” [Sunan Abu Daud – no: 247 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Nasa’i dengan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim]

Hadis di atas memiliki perbincangan dari sudut sanad dan matannya, akan tetapi para ilmuan rahimahumullah telah beramal dengannya. Bahkan ia adalah lebih utama daripada membiarkan persoalan ini kepada adat kebiasaan wanita.[1]

Ketiga:

Wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.

Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya. Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.

Hadis berikut menjadi rujukan dalam kes ketiga ini. Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang didatangi istihadah yang amat banyak, apakah pandangan engkau berkenaannya? Sesungguhnya ia menegah aku daripada mendirikan solat dan puasa.”

Rasulullah menjawab: “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”

Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.” [Sunan Abu Daud – no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

Sabda Rasulullah: “Enam atau tujuh hari” bukanlah penetapan tetapi ijtihad. Oleh itu hendaklah setiap wanita yang menghadapi kes ketiga ini berijtihad akan satu tempoh haid yang sesuai baginya. Ijtihad dibuat dengan merujuk kepada tempoh haid yang lazim dihadapi oleh para wanita lain yang menghampiri dirinya, seperti daripada keluarga atau adik beradik yang sama, rakan-rakan yang sebaya umurnya dan lain-lain lagi.[2]

Demikian tiga cara yang paling lazim bagi membezakan antara darah haid dan istihadah. Sebagai penjelasan tambahan, kadang-kala berlaku pendarahan yang disalah anggap sebagai istihadah. Kesalahan ini boleh berlaku dalam dua kes:

Pertama:

Wanita yang mengetahui dengan jelas bahawa dia tidak akan didatangi haid lagi, seperti setelah melakukan pembedahan yang melibatkan pemotongan atau ikatan rahim. Maka baginya, yang mengalir keluar bukanlah istihadah tetapi al-Sufrah (cecair kekuningan) dan al-Kudrah (cecair kekeruhan antara kuning dan hitam) atau basahan. Maka hendaklah dia mendirikan solat dan puasa, serta boleh bersetubuh dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mandi (mandi wajib) kerana darah yang keluar tersebut.

Akan tetapi hendaklah dia membasuh faraj serta mengikatnya dengan kain[3]supaya dapat mencegah darah daripada mengalir keluar. Bagi setiap solat fardhu, hendaklah dia berwudhu’ sesudah masuk waktu kemudian terus bersolat. Bagi setiapsolat sunat, hendaklah dia berwudhu’ apabila sahaja hendak mendirikannya.[4]

Kedua:

Wanita yang tidak tahu secara jelas sama ada dia akan didatangi haid atau tidak. Maka baginya, pendarahan yang berlaku dianggap sebagai haid dan istihadah, dibezakan dengan tiga cara yang telah disebut di atas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:

 “Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]

Sabda Rasulullah: “…Maka apabila datang haid…” menjadi petunjuk yang membezakan antara haid dan istihadah. Maka bagi seorang wanita yang mungkin baginya untuk datang haid, maka hendaklah dia membezakan antara haid dan istihadah sepertimana tiga cara yang disebut di atas. Bagi wanita yang tidak mungkin didatangi haid maka yang wujud hanyalah ‘Irq (penyakit) dalam apa jua keadaan sekalipun.

 

Hukum-Hukum Istihadah.

Sebelum ini dalam Bab 4 kita telah bahas hukum-hukum yang diwajibkan ke atas wanita yang sedang haid. Kini kita akan bahas pula hukum-hukum yang diwajibkan ke atas wanita yang beristihadah. Apabila seorang wanita telah memastikan bahawa dia sedang mengalami pendarahan istihadah dan bukan haid, maka hukum-hukum yang diwajibkan ke atasnya adalah sama sepertimana wanita yang suci kecuali dalam tiga perkara berikut:

Pertama:

Wanita yang beristihadah wajib berwudhu’ setiap kali hendak solat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Fathimah binti Abi Hubaisyradhiallahu ‘anha di dalam Shahih al-Bukhari – no: 228: “Kemudian hendaklah kamu berwudhu’ pada setiap solat.” Hadis ini memberi makna bahawa dia tidak berwudhu’ untuk solat yang berwaktu kecuali selepas masuk waktunya. Adapun bagi solat yang tidak berwaktu (solat sunat) maka dia berwudhu’ ketika hendak melaksanakannya.

Kedua:

Apabila wanita yang beristihadah hendak berwudhu’, hendaklah dia membasuh kesan darah dan mengikat farajnya dengan cebisan kain yang dilapik dengan kapas supaya dapat menahan darah.[5] Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Himnah radhiallahu ‘anha:

 “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”

Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.

Rasulullah bersabda: “Maka hendaklah kamu mengekangnya (mengikatnya)….” [Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih]

Apa yang keluar (apa-apa pendarahan) selepas itu tidaklah memudaratkan (tidak membatalkan wudhu’) berdasarkan hadis berikut riwayat Ahmad dan Ibn Majah:

 “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku seorang wanita yang mengalami istihadah sehingga aku tidak suci, apakah aku patut meninggalkan solat? Tidak, hendaklah kamu jauhi solat pada hari-hari haidmu (sahaja) kemudian hendaklah kamu mandi dan berwudhu’ untuk setiap solat kemudian dirikanlah solat walaupun darah menitis jatuh ke atas tikar.”[6][Musnad Ahmad – no: 25681 dan disahihkan oleh Syu‘aib al-Arnauth]

Ketiga:

Bersetubuh, maka para ilmuan berselisih pendapat mengenai kebolehannya. Pendapat yang sahih adalah ianya harus (dibolehkan) tanpa sekatan berdasarkan sebab-sebab berikut:

  1. Merupakan satu kelaziman bagi para wanita pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengalami istihadah. Akan tetapi Allah dan Rasul-Nya tidak pernah menegah para suami daripada menyetubuhi isteri mereka.
  2. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu[al-Baqarah 2:222] Ayat ini menjadi dalil bahawa larangan bersetubuh hanyalah ke atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.

  1. Jika diharuskan solat bagi wanita yang beristihadah, maka sudah tentu diharuskan juga bersetubuh kerana bersetubuh adalah sesuatu yang lebih kecil berbanding solat.

Pendapat yang melarang bersetubuh mengqiyaskan wanita yang beristiadhah dengan wanita yang haid. Ini adalah qiyas yang tidak benar kerana wanita istihadah dan wanita haid adalah dua kes yang saling berlainan.


[1]           Maksudnya, jika persoalan ini dibiarkan kepada adat kebiasaan wanita, ia akan terdedah kepada pelbagai pendapat dan hukum yang tidak benar. Justeru lebih baik menggunakan hadis di atas sebagai rujukan. Sekalipun ia memiliki perselisihan pendapat dari sudut kekuatannya, maksudnya tetap selari dengan lain-lain petunjuk syari‘at sehingga menjadi amalan para ilmuan sejak dari dahulu. (penyunting)

[2]           “Para wanita lain” ini hendaklah memiliki tempoh dan putaran haid yang normal. Sebagai contoh, jika seorang wanita menghadapi kes ketiga ini, hendaklah dia merujuk kepada tempoh dan putaran haid yang lazim bagi adik beradiknya yang lain. Jika mereka didatangi haid selama 10 hari setiap satu bulan, maka tempoh 10 hari tersebut menjadi ukuran bagi dirinya juga. Maka bagi pendarahan berterusan yang dihadapinya, 10 hari setiap bulan dianggap sebagai haid manakala selebihnya dianggap istihadah. (penyunting)

[3]           Atau tuala wanita (penyunting).

[4]           Maksudnya, satu wudhu’ bagi satu solat. Hukum ini khusus sebagai satu kemudahan (rukhsah) untuk kes ini sahaja supaya apa-apa yang mengalir keluar dari faraj tidak dikira membatalkan solat. Justeru tidak boleh menggunakan wudhu’ yang sama untuk dua solat, seperti menggunakan wudhu’ yang sama untuk menunaikan solat Maghrib dan “menyimpannya” untuk solat Isya’ kemudian. Juga tidak boleh berwudhu’ jauh sebelum waktu solat, seperti mengambil wudhu’ pada pukul 6 petang untuk solat Maghrib pada pukul 7.30 malam. (penyunting)

Peserta Batch Pertama STEP

•June 11, 2015 • Leave a Comment

Assalamualaikum.

Untuk perkongsian info biz.

Alhamdulillah 30 Mei lepas dah pun jadi peserta STEP utk batch pertama.Now siri kedua akan menemui anda yg tercari2x halatuju biz.Anjuran sahabat baru bertentang mata tp dah lama berukhuwah alam maya actually sejak kami sama2x merantau…adik Ustaz Asrulnizam(ustaz TV9)…yg dah bergelar uztaz juga pakar motivasi juga dah jadi usahawan juga.

IMG_20150530_090535

IMG_20150530_094441

Antara produk menarik

Antara produk menarik…

Sgt sesuai utk anak ibu yg bakal hadapi exam

Sgt sesuai utk anak ibu yg bakal hadapi exam

Detail program;

[STEP PROGRAMME]

Smart Trader Entrepreneurship Programme

Berniaga itu susah? Memang susah jika mula berseorangan. Tetapi yang susah akan bertukar jika berniaga dilakukan dengan jemaah yang betul, cara yang betul, produk yang sesuai, sistem yang membantu dan tekad yang tinggi.

Untuk next batch;

Pada: 15 Ogos 2015 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Lokasi: No.13-1 Jalan Taman Kajang Impian 1/11, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi.

Siapa perlu hadir???

* Anda yang ingin mengenali dunia keusahawanan

* Anda yang ingin belajar-belajar berniaga

* Anda yang menganggur

* Anda yang pentingkan produk HALAL

* Anda yang ingin membina silaturahim

* Anda yang tiada apa nak buat kat rumah

Hanya untuk anda! Siapa berminat Whatsapp “HADIR STEP PROGRAM” ke 013.314.7076

P/s:Anda yang berminat niaga tanpa modal boleh risik2x produk pilihan di sini…https://hemico4u.com/u/Sirasain

Sambil jadi pengguna sambil promosi biz…semudah A,B,C pilihan dgn modal mahupun tanpa modal!!!

Boleh wassap my hotline 012.4774 753 utk pencerahan detail ttg biz ini okeh!!!

Geng Wassap FOOD BIZ KAJANG SEMENYIH

•April 27, 2015 • Leave a Comment

Assalamualaikum to ohayo…

Letak & save kat sini elok2x senang ku nak merujuk…senang juga utk anda di luar sana yg mencari2x makanan terbaik sekitar Semenyih,Kajang & Bangi pun ada…yang terbaik…in shaa Allah sebab semua saling upgrade biz utk jadi terbaik…highly recomendded tau.

SENARAI GENG FOOD BIZ:

1. Nini Dzu
Kyros Kebab Wfarta Bangi
FB : Nini Dzu
HP : 019 7347597

2. Zila & Azwan
Street Cafe on Wheels
(SCOW)
NASI KUKUS TOK’ WE
ayam goreng berempah
Lokasi: Tesco Semenyih
FB: zilasafein
(page: http://www.facebook.com/
streetcafeonwheels) hp : 0193001230

3. Intan (xde kedai)
Stokis Hot Crunchy
FB : khairun.nissak9
HP : 0123909631

4.amy
Nasi lemak,nasi campur,pulut kuning dgn pelbagai lauk
Fb:melayu klasik enterprise
0142650773

5. kajang Yong tau foo
Bukit mewah Kajang
(Brhdpn pee tomyam)
FB : Kajang Yong tau foo
HP : 018 240 1630

6. Hasira & Azhar(ini kami punya biz)
Oishii Takoyaki 4774/Semenyih
Fb:Arisahakusai Husain
Fb:Enche Takeo
Fanpage:Mr & Mrs Takoyaki 4774
Hp:012.4774 753/012.4103877

Emel:takoyaki4774@gmail.com

Misi Biz:Menjadi pelopor juga pembekal produk takoyaki dari kalangan Bumiputra.Kami menerima tempahan juga mengeluarkan tepung ready mix Takoyaki No Ko 4774 & sos my homemade dgn jenama Arisa Takoyaki Sos yg tiada ditempat lain.The only one in Malaysia tau.
.
7. Mazlan Bin Hj Osman
Pemborong dan Penjual Buah buahan
Alamat Sg Kantan( Berhadapan Restoren D bawal )
Fb : mmazlan bin hj Osman

8. Lynnda
Restoran berkat syukur n katering prima saujana
FB : Lynn lynnda
HP : 01118525092

9. Idham@Am
RotiJohn & TauhuBakar
Fb: Roti John & Tauhu Bakar Warisan 114 Station
Phone : 0193057960
#sementara ni homemade,tapak skrg sedang proses permit
Lokasi : Kolej KPM Beranang

10. MIDAH HASHIM
PINK CAKE HOUSE
PRIMA SAUJANA KAJANG.
FB: Midah Hashim

11 – sarina saary
-menerima tempahn serunding ikan .,kuih muih basah..Dan biskut raya homemade
Lokasi: semenyih
Jom like page: Farina kueh muih

12-ijal bob SUSU KAMBING HAYYGOAT
HAYYGOAT MARKETING BB.BANGI
tel;017-7287382
010-4021600

13. Noorhafizah
Pelbagai jenis roti,apam polkadot,kek coklat moist n pizza homemade/Semenyih
Fb: Noorhafizah Abdul Hamid
Hp:0122547092

14.Noi Corner
Nasi campur n ABC & Cendol
13 Gerai Belakang Pasar Semenyih
FB iejaamai
0136322846

15. Mohd Zahid
Nasi Kerabu Cholleey (Nasi Kerabu Ketam)
Lokasi Kedai : Taman Bukit Kajang Baru & Kampung Sungai Balak
No Hp : +60179407769
Fb Pages : Nasi Kerabu Cholleey
Insta : #Nasikerabucholleey

16. Anuar & wati
Cucur Udang,Cakoi,Karipap,Donut&Pisang Cheese
Maza Red Station
Gerai No.2, MPKJ-MPUD
Jalan Besar Sg. Jelok
43000 Kajang
FB:Maza Red Station
HP: 012 2056376
Sedia menerima tempahan…terima kasih

17.fathiah@tiah(xde kedai)
Pembekal keropok keping🐠 tamban trg asli
No.hp(019-3344277)

18. Shiekin & Ajib
Karipap panas Kesuma a.k.a Kesuma Homemade
Karipap ayam, sardin & kentang/kuih muih talam/bingka/pecal
Tesco Semenyih
HP: 012.295 3566
FB: karipap PANAS kesuma

19. Zieyla Rahman(khemah je)
Quarters Penjara Kajang, Jln. Sg. Jelok
Ice blended, dadih, mi hoon sup, roti jala
Hp : 0177025337

20. Adlina & Romi
– FB : Adlina Abdullah /Romi Suhaimi /RAS SUFI Whole Lamb & Kambing Percik Golek
– Tempahan kambing golek akikah / frozen, frozen & cooked Cheezy Lamb Chop & Cheezy Chicken Chop.
– Peanut butter cookies ( tempahan hanya utk musim perayaan)
– Stall: Restoran Sate Jamil, pekan Semenyih. Depan pejabat pos Semenyih.
– HP: 0162503575 / 0162503515

21. Nis Hada
Fb: Nis Hada Ahmad Radhi
Vitagen, Marshmallow, Coklat homemade (choc badam, choc jari, choc oreo, choc marie), Biscoti almond, tart nenas gulung, brownies, kek batik, puding koktail dll
0196581709 – semenyih

22. Rose rich
Membekal almond cookies dan pemberi peluang menambah pendapatan kepada wanita/surirumah untuk dari biasa biasa menjadi luar biasa.
Variety product di musim perayaan.
Fb: rose rich
Page : rosemuliy
Insta : roserich81
Hotline: 01118814025
Semenyih

23. Sham dan shida
Specialist on catering, wedding planner, decorater and event management.
http://www.djariartz.com
Fb pages.
– djari artz
– djarilicious
– achar makngah
– dewan ar raha
Instagram.
– djari_artz
– djarlicious_catering
-achar_makngah
Email. djariartz@live.com
[4/27, 08:09] ‪+60 17-507 2054‬: Kedai makan sebelah shell taman muhibah / sim
pang balak

24.rosli& haulah
Nasi lemak kukus berlauk
– taman pelangi semenyih
-sedia menerima tempahan
-mee kari,laksa,nasi tomato,
-nasi ayam,nasi putih dan lauk..dll
Hotline:0175072054
0126530573

Nano Centa Suplemen Utk Kesihatan Dalaman Juga Luaran

•April 24, 2015 • Leave a Comment

Assalamualaikum…

Sharing2x produk yg sedang ku guna…minggu ni masuk minggu ke-3…Alhamdulillah so far so good…

Asyik tgk testimoni org je…
Ku pun nak tgk result…
Power x power…
Baru yakin nak jual kat orang…

Ok berbalik result…
Chek rechek…
Strechmarkku yg lama dibela semakin pudar juga hilang…
Kulit muka pun semakin tampak bersih sekata…
Kulit muka rasa gebusss je…moist gitu…sedap sentuh.

Alhamdulillah mmg x skipped sbb suka dgn result melainkan bila period baru kena stop…

Tak sabar tgk hasil dari hari ke hari….yg penting produk mmg terbaik…minum pun sedappp…extra bonus..lg mudah nak konsistenkan diri.

Jom cuba…pasti x menyesal!!!

Nak ode..pm je no ni 012.4774 753(Hasira)

Alami keajaiban bersama Nanocenta...

Alami keajaiban bersama Nanocenta…

Gabungan sunnah & nutrisi yg baik

Gabungan sunnah & nutrisi yg baik

Panduan minum dengan betul

Panduan minum dengan betul

Testimonial slim dengan GCT

•March 24, 2015 • Leave a Comment

Assalamualaikum…

Terus kepada foto bergambar…masa amat mencemburui ambo…hukhuk

1 bulan

2minggu 3kg

7hari 3kg

lurang buncit

88-83-79

Wah banyak dah ni…cukuplah dulu..mataku mula mengantuk…jam sudah 12:40 malam…di lain waktu kita ketemu lagi…peace yo.

Trial Pack GCT

•January 26, 2015 • Leave a Comment

Assalamualaikum…

Salam pagi Isnin kawan2x…
Berita baik nak announce…bg yg takut2x nak membeli GCT sekotak.Nah saya repack utk anda.

Jgn risau..ada pack khas lg cumil utk anda…murah murah aje…

Jom try pakej trial pack...

Trial pack rm28 mengandungi 10 sachets…

↔↔RM28 shj
↔↔RM28 shj

HARGA 1 KTK RM130.
STOK 2 BULAN

Kita buka tawaran belian TRIAL PACK khusus utk yang CUAK !! 

��TAKUT PAHIT
��TAKUT KELAT
��TAKUT NAK TERMUNTAH

RM22/10 uncang
RM44/20 uncang
RM66/30 uncang
***excluce postage

Siapa boleh minum GC Tea (Glucos Cut) 

[ ✔ ] Pesakit diabetes aka kencing manis
[ ✔ ] Mereka yg ingin menurunkan berat badan, pendek kata nak kurus
[ ✔ ] Mereka yg ingin kekal langsing
[ ✔ ] Mereka yg ingin menjaga kesihatan

Respon pantas; 

Whatsapp 012 4774 753
Whatsapp 012 4774 753
Whatsapp 012 4774 753