Jaundice/demam kuning???

•May 26, 2009 • 1 Comment

Untu rujukanku juga buat ibu2 bakal menimang cahayamata:

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -

  1. Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  2. Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  3. Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  4. Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
  5. Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
  6. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  7. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
  8. Keturunan.

Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.

Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.

Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

  • Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
  • Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
  • Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
  • Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
  • Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.

Rawatan lampu ungu
Pada bayi yang mengalami demam kuning atau jaundis biasa rawatan fototerapi akan diberikan bergantung kepada faktor-faktor seperti umur bayi, berat badan bayi, paras bilirubin dalam darah, dan lain-lain. Rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan cahaya untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya daripada tubuhnya.

Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.

Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.

Rawatan lampu ungu

Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapi G6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang

Rujukan :-

http://www.utoronto.ca/kids/mijaund.htm
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/demam_kuning.htm
http://www2.medsch.wisc.edu/childrenshosp/parents_of_preemies/jaundice.html
http://www.kidshealth.org/parent/pregnancy_newborn/common/jaundice_p2.html
Majalah Pa&Ma Januari 2001 Bil 4, “Jaundis gugat kesihatan bayi”, Dr Atiqah Ng. Abdullah, Ms 56-67

Sepetang yang mendebarkan

•May 15, 2009 • Leave a Comment

Hari ini ingin kukisahkan cerita yang agak mendebarkan perasaan pagi kelmarin…tup2 bangun aja tidur…terasa sakit bahagian perut belah kanan bila kutekan2 dgn jari…kejap ja kot!!!

Dek kesibukan menyediakan breakfast..rasa sakit dibiarkan saja.Biarlah suami pergi kerja dengan senang hati….waktu makan pagi hati mula merintih2…sakit apa pulak ni…Ya allah janganlah Engkau berati ujian yang tak mampu aku terima….tapi bila sampai ke tengah hari…cemas makin menjadi2…bila berjalan rasa sakit,membongkok juga terasa,mengangkat sikecik terasa2.Tunggulah..perlu selesaikan tugas memasak…sediakan makan tengahari utk anak2..Abg Long perlu kesekolah petang…ada exam…nanti kacau..buat2 biasa aja!

Kala selesai baru beranikan diri telepon abah bila risau mula bersarang di hati kalau melarat di malam hari(kang sudah kacau tidur suamiku…tanda isteri solehah agaknyalah..kuikuikui)…bertanya…kata abah mungkin apendik…melalui tanda2 yang ada.

Sekejap saja abah dah terpacul depan rumah jam 1….sementaraku sempat search info pasal penyakit ini untuk persediaan…baca2 kisah seorang pesakit apendik..ngeri pulak…apapun kena makan tengahari dulu..bagi diri bertenaga..makan masih berselera..huhuhu.

Kami ke Klinik Kesihatan Bangi…lupa pulak waktu break..dah kena menunggu…nasib baik sakit tidak melarat2.Bila doktor buat pemeriksaan…tekan2 perut..mmg sakit…spontan melonjak badan..ambil tekanan darah…check dahi..demam rupanya yg tak kusedari…manakala ujian air kencing pula agak samar2…dah nak kena refer kat Emergency Department(ED)  s/ada Putrajaya,Serdang or Kajang…utk tindakan lanjut kena tahan wad ke atau camana….aaaaah risaunya ngan ada anak kecik yang menyusu badan ni….anak nak exam lagi…harap2 tidak!

Abah memilih Kajang…sampai2 aja di sana…perlu masuk bilik 5 utk ambil tekanan darah,chek telinga lagi….ditanya sejak bila demam…selamba kujawab…bila doktor kat klinik Bangi chek baru sedar.

Jenuhnya menunggu utk ke bilik seterusnya…lebih sejam…lagik sekali tekan2 perut…ujian air kencing…plus ujian darah pula…dah kena tunggu result sejam dua pulak…masa tu dah 4:30 ptg. Siap pesan boleh pergi makan2 dulu sbb lama nak menanti result.

Pergi makan2 jap..lagi pula Kak Ngah pantang offer makan..nak saja…ambik roti canai.Nasib baik adik Naurah tidak meragam sangat…didukung abah.

Lamanya menunggu jam 6 belum kuar2 keputusan siap tanya nurse yg bertugas kat kaunter…risau fikir2 Abg Long kejap lagi pulang dari sekolah…telepon jiran…minta tengok2kan kot tak sempat balik..,memang ya pun…tima kasih Zah..budimu tak kulupa di saat cemas begini.

Dua jam lebih baru dapat result…tapi tupun doktor masih tak sure sakit apa…siap refer doktor sorang lagi..dok ckp2…semacam apendik…tapi yg peliknya tak sakit teruk,muntah2 takde pulak. Mungkin juga air kencing kotor(tapi takde pulak sakit masa nak membuangnya) atau sebab keputihan…atau lain2 sebab.Ibu cuma diberi ubat tahan sakit bentuk tablet dan ubat minum.

Syukur…. lega bila selesai dan boleh balik yang paling penting sekali bila saat2 anak2 masih perlukan perhatian di rumah.Alhamdulillah Ya-Allah Engkau permudahkan urusan kami sepetang ini.

Sejurus sebelum Maghrib sampai di rumah…lega sangat2 walau sakit belum hilang…walau jalan masih tidak seperti sediakala.

Kini 24 jam tempoh yg diberi doktor untuk pemantauan jika sakit berlarutan kena datang lagi…harap2 tidak jejak ke sana lagi.Makan ubat hospital sudah tentu…nasihat abah pasti kupatuhi..tambahkan skop Alpha lipid sebagai persediaan pertahanan badan as breakfast dan penutup malam hari….mungkin juga bila demam sikit pun tak terasa hingga tak kusedari.

Pagi ini rasa sakit masih ada…sakit bila ditekan2…tenguklah dalam tempoh 24 jam ini pula bagaimana keadaanku….kena kuatkan semangat dan jiwa walau tak kuat manapun….haruuuuuuu!!!

Sayangkan anak jangan timang tinggi2!!!

•May 10, 2009 • Leave a Comment

Terlebih dahulu diucapkan “HAPPY MOTHER’S DAY” untuk semua insan sama ada yang baru bergelar ibu iaitu baru saja menimang cahayamata atau sudah bertahun2 memiliki anak kurniaan Illahi yang teramat tinggi anugerahnya.

Hari ini ingin kuberkongsi cerita yang baru diperolehi dari emel …kiriman sahabat Dr.Latina(ukhuwah dari negara negara jepun..alhamdulillah)…mengenai cerita timang tinggi2.Terima kasih kepada penulis cerita yang bernama Ummusaif..moga lebih ramai ibu diluar sana yang dapat manfaat hasil dari cerita beliau ini.

Moga kita juga akan menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita…marilah ambil iktibar cerita ini sebagai tauladan dan sempadan yang patut dielakkan dalam mengharungi kehidupan kadang kita diuji dengan berbagai cubaan.

Saya pulang semula ke yellow zone pada pukul 10 pagi. Sesampai sahaja di situ, saya terus dipanggil oleh TL Resus MO (pegawai perubatan yang menjaga Red Zone). Didapati seorang pesakit dalam keadaan kritikal sedang dirawat. Tak lama kemudian seorang lagi pesakit ditolak masuk ke dalam resus. Seorang demi seorang pesakit kritikal ditolak masuk ke dalam resus. Hinggakan kami kekurangan tangan. Mujurlah beberapa orang pelajar akhir sarjana perubatan kecemasan yang sibuk dengan persediaan peperiksaan akhir datang membantu.
Sebanyak 11 orang pesakit kritikal telah ditolak ke dalam resus dalam tempoh 5 jam, sehinggakan seorang pesakit terpaksa ditolak keluar ke yellow zone disebabkan kekurangan katil resus. Pesakit itu kelihatan stabil dan sedang disoal sejarah perubatannya oleh pegawai perubatan unit jantung (CCU MO). Beliau telah tidak sedarkan diri (collapsed) dengan asystole kelihatan pada monitor jantung sewaktu sedang berbicara dengan doktor berkenaan. Astaghfirullah! ! Menyesal kami semua. Tapi, mengenangkan latar belakang sakit jantung yang pesakit itu hadapi, kami sejurusnya tidak terlalu terkejut dengan kejadian itu. Cuma sedikit terkilan kerana beliau collapsed di luar resus seolah-seolah beliau stabil dan tidak dijangkakan akan meninggal dunia.
Secara totalnya, kami telah mengintubasi 7 daripada 11 pesakit tersebut pada syif pagi (dalam tempoh 5-6 jam) hari ini. Fuhh!!
SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

sbs

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
  1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
RUJUKAN
  1. www.medicinenet. com/shaken_ baby_syndrome/ page2.htm
  2. www.nlm.nih. gov/medlineplus/ ency/article/ 000004.htm
  3. www.dontshake. org
  4. en.wikipedia. org/wiki/ Shaken_baby_ syndrome

Shogakko no Matsuri

•May 8, 2009 • Leave a Comment

Kenangan Abg long di sekolah tadika dan ada pesta Shogakko no matsuri

p/s:terbelek2 video lamaku yg terhasil di jepun…tangkap syahdu lak…nak tgk kena klik citer di atas!!!

Naurah 9 month

•May 4, 2009 • Leave a Comment
main ngan toy

main ngan toy

Diam tak diam…masuk bulan ke-9 dah anak ibu..semakin berkeletah,aktifnya tak boleh nak jangka…terlebih power agaknya.

Pandai keluar dari walker…nak panjat sofa….ada hati ..terkejut jugak ibu sekilas tak pandang….dah macam2…lagak macam anak laki2 pun ada…Abg Long dulu pun tak macam ni…sekarang hobi dari walker terus nak panjat meja jepun ibu…berjaya pulak tu.

Hobi2 yang biasa masih tak ubah..suka sangat makan kertas..pantang nampak. Semalamnya sian adik terkena mungkin tidak…nangis sedikit terkejut(ibu tak nampak sbb baru nak “landing” di sofa) barangkali terkena sipi dek buku2 dan album oleh kerana kecuaian Kak Ngah dan Abg Long yang terlalu seronok main chaaaakkkk balik bookshelf hingga tak sedar tertolak buku sekali…sib baik tak apa2…tak pasal2 dua2 kena naik tidur awal sebagai denda.

Pastu dia ternampak ulat gonggok semasa merayau2(merangkak)…menatang aper agaknya erkkkk…disentuh2nya…bergulung2 lak tu….takut diambil …dimakannya..baik ibu terus angkat bawa dia lari ketempat lain.

Nampaknya lebih pemantauan terpaksa diberikan al-maklum anakanda ibu semakin aktif kelakuannya…pantang kalau sekali lalu ka..ada aja benda dah tercapai…termakan ..dibuatnya.

Lagik satu suka sangat korek2 segala “matneka” aksesori dalam handbaggggg ibu…huhuhhu..sabor ajelah…kalau kuar duit berkepul2 takpe jugak kan..ini mcm2 adaaaaaa…hahaha!!!

Kurang 1 minit

•April 29, 2009 • Leave a Comment

Hari ini menerima emel lagi dari seorang kawan saudari Sabihah yang berterima kasih kerana artikel yang dimuatkan di sini…terharunya saya…Alhamdulillah jika perkongsian saya dapat menyumbang ilmu kepada kawan2 di luar sana.

Juga ada komen2 sebanyak 115 masuk spam…maafkan saya…memang ada yang tak dapat dibaca.

Namun nak saya nyatakan di sini saya bukan seorang USTAZAH…dan saya tak LAYAK punnnnn….namun ramai memanggil panggilaan itu…aminnnnn mudah2an hati saya lebih baik dari hari2 semalamnya utk berhijrah menjadi muslim yang lebih baik…tapi tu la saya takde background pendidikan agama pun..sekolah biasa…cuma niat di hati ingin berkongsi pengalaman,mencari sedikit ilmu dan menghimpunkannya di satu tempat untuk memudahkan saya juga kalau ia dapat membantu kawan2 di luar sana yang buntu dan bermasalah…alhamdulillah…satu jihad kecil mungkin yang telah saya lakukan!

Cuma hari ini ingin saya berkongsi satu lagi cerita…mungkin lebih kepada cerita untuk keluarga dan lebih2 lagi khasnya untuk wanita bergelar ibu…komplikasi sewaktu mengandung dan selepas melahirkan boleh menjadi trauma dalam hidup kalau dibiarkan melarat dan berulang2 terjadi.

Begini ceritanya:

Sejak tahun lalu semasa mengandung lagi …juga setiap kali mengandung…saya mengalami masalah sembelit yang kronik dan kali ke-3 ini berlarutan sehingga selepas melahirkan.

Alhamdulillah sejak menggunakan dan mengamalkan susu Alpha Lipid Febuari lalu sebagai breakfast drink…sembelitku yang teruk itu makin mengalami proses pemulihan.Itu yang kusedari…dari amalan makan oat setiap pagi dah boleh kurangkan..kalau lupa pun dah ok…kurang minum air pun tidak menjadi masalah…kalau tak sebelum ini…mimpi ngeri berulang lagi ler dalam toilet.

Baru tadi menunaikan qada hajat dalam bilik air(bukan suka2 nak citer kisah begini)…walau terlupa makan oat yg terkenal dengan fiber yg tinggi supaya menyenangkan proses…kini cuma kurang 1 minit…bukan lagi 10 hari…lega sangat2…kerana setiap kali masuk ke bilik air cam trauma…teringatkan kisah ngeri masa dalam ketiga2 pantang…dan kisah ngeri berlanjutan menyumbang jadi sakit lain lagi…stressnya masa tu.

Sejak dari tahun lalu..cuba usaha sendiri mencari penyelesaiannya..godak2 internet…jumpa info..amalkan..tak juga baik sepenuhnya…buang air kadang dah berdarah…kuar ketulan kecil…takutttnya.Tak pula kujumpa testimoni pengamal alpha lipid ataupun mungkin mereka malu nak berkongsi cerita.

Bila diperkenalkan susu kolostrum ini Febuari lalu …kira ikhtiar lagi…so far..amat memuaskan…bila kesihatan bertambah baik terutama ususku yg bermasalah ini…jadi bertambah2 yakin dengan produk ini.Kami terus jadi pengamalnya…minum pagi masa perut kosong..kadang tahan lapar sampai tengahari..lupa nak makan…jam 11 lebih baru nak cari makan.

Sekarang dah jadi pengguna setia..insya-allah..dan ku… serta suami menjadi pengedar atas keyakinan kami menggunakannya sendiri untuk mengatasi dan memperbaiki masalah kesihatan kami sekeluarga.

Jadi jika ada kawan2 yg hadapi masalah seakan2 sama..disyorkan…belilah dari keluarga..ataupun kawan2 terdekat yg jadi pengedar susu kolostrum Alpha lipid…gunakan…amalkan sebagai breakfast drink anda..saya menulis bukan untuk menjadi kaya…tapi atas sifat prihatin kepada yang senasib..jika ada rezeki yang Allah tentukan untuk diri melalui perniagaan yang kami ceburi ini…Alhamdulillah itu bahagian kami yang Dia beriakn…sedikit sebanyak dah dapat hasilnya!

Selagi kita berusaha,berikhtiar..Insya-Allah akan ada jalan penyelesaiannya(ku dulu seorang yang berfikiran negatif)…sama ada ingin meningkatkan taraf kesihatan keluarga atau juga masalah kewangan yang membelenggu diri serta keluarga.

Jika ada yang mengatakan harga runcit RM180 adalah mahal(memang ada pun…punyai gaji/sumber pendapatan 2 pihak…ada yg sayang duit tapi bila masalah kesihatan mengundang…adakah duit tidak menjadi ukuran lagi waktu itu!!!).

Oleh itu saya menyangkal kerana kebaikannya serta khasiat lengkapnya yang dapat memperbaiki taraf kesihatan kita.Jika minat berbisnes ambil tindakan bijak dengan menjadi ahli untuk belian 3 tin ke-atas…pasti dapat harga ahli RM150.

Kami juga hidup serba sederhana…semata2 mengharap gaji suami…juga bukan dari keluarga yang senang…di hujung bulan..tersepit jua…dengan anak2 nak itu nak ini…tapi keperluan membeli susu ini perlu kami dahulukan kerana manfaatnya yang besar dan sangat bererti bagi kami.

Terbukti untuk kami sendiri malahan anak2 kami…alhamdulillah dalam 3 0rang…abg long paling mudah terkena sakit….mudah2an dengan meminumnya setiap hari sebelum berangkat ke sekolah agama..anak ibu lebih kuat antibodi…yang masih dan sedang dalam pemantauan ibu.Jarang2 lagi kedengaran batuk kami anak beranak yang bersahut2an sejak menjadi pengamal Alpha lipid…kalau tidak berderet ubat dgn nama masing2.

Untuk yang mahu merubah taraf kesihatan hidup keluarga…ayuhhhhh silakan berbuat begitu sekarang juga..ambil tindakan yang tepat.Anda sebagai ibu atau bapa yang berhak merencanakan kehidupan keluarga anda.Saya menulis bukan untuk mengemis tapi atas dasar keprihatinan bila mendapat banyak pertanyaan tentang masalah kesihatan yang dideritai.

Marilah kita sama2 merubah cara pemikiran dan mentaliti terutama kita sebagai seorang MELAYU…mahu yang murah,senang,free memanjang kalau bolehhhhh…jangan kita mudah layu…kerana mungkin kita  senang sekarang..tapi fikir2kan untuk jangka panjang!!!

Bersediakah kita???

Adakah kedatangan Swine flu yang bermaharajalela kini..mampukah kita berselindung dengan duit yg kita sayang itu utk tukaran dengan minuman kesihatan…mampukah wabak ini ditangani segera oleh pihak berwajib…ataupun bawa lari keluarga ke luar negara(itu lagi buang duit)…yang sana sini dah merebak.

Sekurang2nya kami dah mulakan amalan hidup sihat….mencari penyelesaian…jadikan amalan breakfast drink…insya-allah antibodi dalam susu kolostrum ini yang lengkap dan terbaik…kehidupan memang Allah yg tentukan waktu sihat sebelum datang waktu sakit…..tapi adakah kita berusaha untuk menghindari…mencegah pastinya jauh lebih baik dari mengubati!!!

walalhua’lam……

p/s:maaf jika ada yang tidak setuju dengan pendapat saya…sekadar luahan rasa diriku seorang perempuan,isteri, ibu dan warga Malaysia yang prihatin dan inginkan yang terbaik terutama untuk keluargaku.

Banyakkan bersyukur!!!

•April 21, 2009 • Leave a Comment

p/s:Pasti menyentuh hati sesiapa yang menonton kisah benar ini..kalau belum tersentuh hati..tak tau nak kata..sendiri mau ingattt!

Bisnes Alpha lipid

•April 20, 2009 • Leave a Comment

Dalam tempoh 2 bulan ini begitu sibuk dan komited terhadap biz ini.Mana taknya bila cepat dapat modal balik…siapa yang tak suka…tentulah sebab produknya memang  bagus..jika dihitung untung runcit..RM900…ditambah bonus pulak…dah RM1200…rasa seronok dihati.

Kesihatan keluarga lebih baik dari sebelumnya…Alhamdulillah..sebab itu kami suami isteri nekad..sambil minum boleh dijadikan part time biz yang bagus. Tak hairan jika ramai dah buat full-time biz ini…sebab plannya yg bagus..killer produk pulak tu.

Jadi blog biz khas untuknya didedikasikan..HOUSE OF POWER ALPHA LIID…walau baru seminggu cuma usia…semangat nak menulis berkobar2..berkongsi cerita…untuk sesiapa yang inginkan..better health…better financial…itulah serba sedikit yg boleh dikongsikan di sini.

8 months all about!!!

•April 10, 2009 • Leave a Comment

Dah pun masuk bulan ke-8 anakanda ibu….dalam bulan ini banyak juga perkembangan terbaru yg adik Naurah yang dah boleh dibuatnya.

Gigi dah tumbuh 2,duduk,merangkak dan terus berdiri tepi2 meja..kalau cam gini..ada cannnnn nak boleh berjalan cepat gitu.Walker bukan main dibawa ke sana-kemari..menyelongkar tempat2 tak sepatutnya pergi..masa tulah nak enjoyed jalan2 dlm walker..kan..kan..nanti ler bila dah dapat kaki…tak larat pulak ibu nak kejarrrrrrr!

Naurah 8 month

Gambar kenangan….leceh betul problem pulak nak upload..so ketinggalan lagi..bilalah pulak ada masa nak update foto2 kalau asyik meragam.

Lagi2 masalah sembelit

•April 8, 2009 • Leave a Comment

Actually baru saja dapat info ini dari brochure dan terpanggil untuk menulis sesuatu moga ramai dapat manfaatnya:

Salah satu tanda penyakit berkaitan usus bertoksin ialah sembelit dan boleh meyumbang pelbagai jenis penyakit lain lagi. Oleh itu ia tidak boleh dipandang rendah atau dianggap remah-temeh.

Sebelum itu kita kena tahu terlebih dahulu tanda2 usus besar yg sihat macamana??Ouhhhh banyak yg ku tak tahu rupanya….

  1. Buang air besar 2-3 kali sehari.
  2. Air besar haruslah dibuang selepas makan.
  3. Pembuangan air besar mestilah lancar dan senang.
  4. Najis mestilah berwarna perang,panjang,berdiameter besar dan lembut.
  5. Najis mestilah terapung di permukaan air.
  6. Najis mestilah tidak berbau.
  7. Najis mestilah hancur semasa tarik air/flush.

p/s:Feedback berkenaan sembelit yang diterima dari  emel perseorangan mengenai pertanyaan berkait rapat tentang masalah sembelit mendapat perhatian saya walau bukan seorang pakar cuma sekadar berkongsi rasa bila kita dilema masalah kesihatan yang berpanjangan ini.

Masalah ini kritikal jika dibiarkan dan boleh mudaratkan hingga terjadinya buasir kepada wanita semasa mengandung dan juga boleh berlarutan selepas kelahiran.Oleh itu semoga segala permasalahan bagi mereka yg hadapi ini,harap2 info ini dapat membantu serba sedikit dan akan ditambah jika ada maklumat baru!!!

Apa yg saya buat dan boleh dikongsikan….hasil cari maklumat sana sini….setakat ini saya cuba amalkan sendiri..Alhamdulillah banyak perubahannya.

1) Amalkan makan 4-5 oat plus nestum…bancuh dgn air panas setiap pagi…bagi yang agak  teruk boleh ambil malam sekali lagi sebagai penutup.(sekarang saya dah boleh kurangkan 2-3 sudu pun dah ok..dan makan sebelah  pagi aja…susah nak telan woooo….bukan peberetku)
2) Minum teh herba mas cotek..jarang2 pun takpa….baik untuk kesihatan wanita juga.
3) Ambil susu kolustrum alpha lipid…minum pagi2.(baru tau kebaikan produk ni…takde orang pun kasitau…huhuhu..masih baru lagi kuamalkan..hampir 2 bulan…sekarang sambil minum sambil wat bisnes gitu….paling penting ia boleh perbaiki usus kita..mmg byk manfaatnya yg lain2)
4) Elakkan makan yg pedas2 dan berminyak terlalu kerap…kerana ia faktor penyumbang juga.Namun nasi lemak mana boleh tinggal terus…kan..kan…kan…cuma kena berpada2..sendiri mau ingat..kita juga yg sengsara!!!

Jika ada info2 menarik lagi bermanfaat…Insya-allah akan ku update kat sini.

Sekian,Wassalam.