Bayi anda bermasalah kurang berat badan???

Setelah sekian lama membiarkan blog ini bersawang kerana melebihkan masa utk baby HADI NAUFAL…hari ini tergerak hati berkongsi cerita di sini…untuk input diri sendiri bila anak ibu yg ke-4 ada masalah seperti ini…walau ujian sekecil ini hati ibu mula dilanda kebimbangan…perlu lakukan sesuatu utk menanganinya sementelah usia anak ibu sudah cacah 1 tahun pada 14 Ferbuari lalu namun masih kurang berhasil(rutin ke klinik Rincing Tengah berjalan seperti biasa,rujuk doktor kat klinik Beranang pun telah ibu jumpa,ke hospital untuk rujuk doktor yg dikatakan pakar pun sudah asyik2x memberi mereka info yg sama seperti rewind cerita basi pulak jadinya setiap kali bertemu,diberi info detail oleh pakar pemakanan pun sudah dipenuhi temujanji pertama cuma menanti ulangannya pada 10 April nanti tgk apa katanya,ulangan demi ulangan dgn mereka yg dikatakan pakar pun terlaksana namun masih sama resulnya kini sedang menunggu result darah yg di ambil bersama urin belum ketahuan)…bertemu dgn ibu2x yg segeng@senasib pun sudah dikorek2 kenapa dan mengapa anak kita jadi begini…usaha demi usaha sedang berjalan namun belum ada kesudahan yg pasti….cuma ke mana harus lagi usaha yg perlu dipanjangkan dan sehingga bila menjadi tanda tanya???

Mudah2xan dgn terhimpun info di sini…senang utk ibu merujuk balik…atau juga utk tatapan ibubapa yg ada masalah yg sama boleh baca2x di sini….insya-allah di lain waktu akan share lagi cerita ,ilmu mahupun pengetahuan yg diperolehi dr pelbagai sumber2x di sini!!!

Cuma keterbatasan dari segi masa ketara kini tidak seperti dulu disulami dengan emosi yg semakin tidak menentu membataskan masa untuk berblog di blog kesayangan ibu sementelah kesibukan bertambah bila tahun ini Abg Long akan hadapi UPSR(banyak rentetan yg perlu dipenuhi jadual tuisyen)….mudah2an masih ada sisa kekuatan untuk bercerita…mampu untuk meluahkan yg terpendam di hati melalui blog ini terlaksana jua…aminnnn!!!

INFO 1:

Penjagaan Bayi Yang Pramatang Dan Kurang Berat Badan (Low Birth Weight (Lbw) )

4 September 2001

S1 : Apakah definisi bayi yang kurang berat badan (LBW)?

Bayi yang lahir berat badan yang kurang daripada 2500 gram. Bayi yang berat badannya kurang daripada 1500 gram dipanggil Very Low Birth Weight (VLBW). Yang lahir kurang daripada 1000 gram di panggil Extremely Low Birth Weight (ELBW)

S2 : Apakah kekerapan berlakunya kelahiran yang LBW?

Di Semenanjung Malaysia pada tahun 1989 kadar kelahiran LBW ialah 8% (daripada jumlah kelahiran sebanyak 374,920) dan kadar kelahiran VLBW ialah 0.5%. Di hospital-hospital besar kadarnya lebih tinggi sebab tempat-tempat ini merupakan pusat kelahiran risiko tinggi, umpamanya di Hospital Bersalin KL, kadar kelahiran LBW (1991) ialah 11.6% manakala kelahiran VLBW ialah 1.4%. Dinegara-negara maju kadar kelahiran LBW antara 2-5%. Di Malaysia kadar kelahiran LBW paling tinggi di kalangan bayi India dan paling rendah dikalangan bayi Cina.

S3 : Apakah jenis bayi yang lahir LBW?

2/3 daripada bayi LBW adalah bayi yang lahir pramatang iaitu kurang daripada 37 minggu gestasi. 1/3 pula adalah bayi yang Small For Gestational Age (SGA); bayi yang kecil untuk umur gestasinya (berat badannya kurang daripada persentil ke 10 untuk gestasinya)

S4 : Mengapakah kita memberikan perhatian terhadap bayi yang LBW?

Bayi yang LBW merangkumi 60-70% kematian bayi-bayi pada minggu kelahiran yang pertama. Bayi-bayi LBW juga mengalami risiko yang tinggi terhadap berbagai-bagai jenis penyakit dalam beberapa hari pertama kehidupan dan juga pada jangka masa yang panjang.

S5 : Apakah sebabnya berlaku kelahiran yang pramatang?

(a) Faktor-faktor seperti darah tinggi, kencing manis, pendarahan, pangkal rahim yang tidak kuat, pecahnya air ketumban secara pramatang (premature rupture of membranes), jangkitan kuman dan lain-lain.
(b) Faktor-faktor janin seperti kelahiran kembar, janin yang tidak sempurna
(c) Faktor-faktor berkaitan seperti keadaan sosio-ekonomi yang rendah, kurang penjagaan prenatal.
(d) 50% kes-kes kelahiran pramatang, kita tidak tahu apakah punca sebenarnya. Ia mungkin berkaitan dengan tekanan emosi ataupun jangkitan kuman dibahagian saluran kelahiran.

S6 : Apakah komplikasi-komplikasi awal yang mungkin berlaku ke atas bayi yang lahir pramatang?

(a) Saiz – disebabkan saiz bayi yang kecil dan bekalan glikogen dan lemak yang kurang, mereka sering mengalami hipotermia (suhu badan < 35%)
(b) Infeksi – sistem pertahanan mereka kurang matang dan paras immunoglobulin juga rendah, ini meningkatkan risiko dijangkiti infeksi
(c) Sistem saraf pusat – Kadar apnea dan bradikardia tinggi daripada biasa. Kemungkinan mengalami pendarahan dalam ventrikel (IVH) meningkat. Bayi tidak menzahirkan refleks-refleks seperti menghisap dan menelan dan mereka perlu diberi susu melalui tiub ataupun cecair intravena.
(d) Sistem pernafasan – kurangnya surfaktan menyebabkan penyakit membran hialin.
(e) Sistem kardiovaskular – kadar persistent duktus arteriosus lebih tinggi
(f) Sistem gastrointestinal – kemungkinan berlakunya ileus dan necrotising enterocolitis (NEC) juga meningkat
(g) Hati yang kurang matang menyebabkan insiden jaundis yang lebih kerap
(h) Masalah metabolik – mereka lebih kerap mengalami hipoglisemia, hipokalsemia dan hipomagnesemia

S7 : Apakah komplikasi jangka panjang yang mungkin dialami oleh bayi-bayi yang pramatang?

Kebanyakan daripada mereka akan membesar dan perkembangan mereka seperti bayi-bayi biasa. Tetapi terdapat beberapa komplikasi jangka panjang yang lebih kerap dialami oleh bayi pramatang jika dibandingkan dengan bayi yang matang dan tidak LBW

(a) Sistem urat saraf pusat – 10-15% bayi pramatang terutamanya yang kurang daripada 28 minggu gestasi dan berat badannya kurang daripada 1500 gram mengalami komplikasi palsi serebrum, terencat akal, epilepsi atau hidrosefalus natijah daripada pendarahan dalam ventrikal
(b) Pembesaran – ada sebilangan kecil tidak membesar seperti sediakala (failure to thrive), mengalami rickets and anemia pramatang.
(c) Sistem kardiovaskular – persistent duktus arteriosus (PDA) berterusan dan memerlukan pembedahan untuk mengikatnya.
(d) Masalah iatrogenik – kesan sampingan oksigen kepada mata menyebabkan retinopati pramatang (ROP) dan kepada paru-paru menyebabkan bronkopulmonaridisplasia (BPD), dan jika bayi telah dibantu pernafasannya melalui tiub endotrakeal ia boleh menyebabkan stenosis subglotik.
(e) Masalah psikososial – disebabkan rawatan yang lama diunit rawatan rapi bayi dan pemisahan diantara ibu dan bayi, ini boleh menyebabkan perhubungan yang kurang baik diantara ibu dan bayi dan boleh mengakibatkan bayi tidak disayangi, terbiar dan juga penderaan anak. Bayi-bayi pramatang juga kumpulan risiko tinggi mati tanpa sebab (sudden infant death syndrome)

S8 : Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan kelahiran small for gestational age (SGA)?

(a) Faktor ibu – saiz ibu yang kecil, ibu yang umurnya kurang daripada 20 tahun ataupun lanjut daripada 35 tahun, ibu mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, sakit buah pinggang dan ibu-ibu yang mengambil dadah, merokok ataupun minum arak.
(b) Faktor janin – seperti kelahiran kembar, masalah kromosom yang tidak seimbang, janin yang tidak sempurna, infeksi congenital seperti rubella dan virus sitomegalo
(c) Faktor sosioekonomi – status sosioekonomi yang amat berkurangan dan kekurangan makanan.
S9 : Apakah masalah yang mungkin timbul untuk bayi SGA ini?
(a) Risiko berlakunya kematian janin dan keguguran lebih tinggi daripada biasa
(b) Saiz-saiz mereka kecil dan kurangnya stor glikogen serta lemak meningkatkan kemungkinan hipotermia
(c) Asfiksia – mereka mengalami keadaan hipoksia yang kronik tatkala di dalam rahim dan proses kelahiran merupakan suatu tekanan terhadap mereka yang meningkatkan risiko mereka mengalami lemas (asfiksia)
(d) Sindrom aspirasi mekonium (Meconiumm aspiration syndrome – MAS) – proses hipoksia menyebabkan bayi ini mengeluarkan mekonium yang boleh masuk ke dalam paru-paru sibayi
(e) Polisitemia – hipoksia di dalam rahim juga menyebabkan ransangan kepada tulang sum-sum untuk mengeluarkan sel darah merah yang berlebihan. Ini menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan boleh menyekat saluran darah kepada organ-organ badan.
(f) Metabolik – kekurangan stor glikogen dan lemak juga meningkatkan risiko berlakunya hipoglisemia
(g) Pendarahan dalam paru-paru – kesemua faktor-faktor di atas boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pulmonary

S10 : Apakah kesudahannya untuk bayi yang SGA?

Ianya bergantung kepada masalah dan komplikasi yang dialami pada permulaan hidup dan mutu rawatan intensif yang diberi kepada bayi-bayi ini. Secara umumnya kebanyakan mereka membesar seperti biasa dan perkembangan mereka juga normal. Terdapat segolongan kecil bayi SGA yang tubuh badan mereka terus kecil sekitar persentil ke 10.

S11 : Apakah prinsip-prinsip penjagaan bayi LBW?

Anda telah pun mengenali masalah-masalah yang mungkin timbul dikalangan bayi yang pramatang ataupun yang SGA, maka anda boleh mengatur penjagaannya dengan lebih khusus dan berkesan. Berikut adalah beberapa sasaran kejururawatan untuk setiap bayi LBW :

(a) Pemerhatian bayi yang rapi
Pastikan warnanya kemerahan dan tidak biru ataupun pucat. Pasangkannya kepada monitor ECG dan tentukan kadar nadinya diantara 120-160 seminit. Monitor itu juga akan menunjukkan kadar pernafasannya yang biasanya kurang daripada 60 seminit dan tentukan alarm apneanya pada 20 saat. Monitor saturasi perlu untuk memastikan saturasi oksigen diantara 90-95%. Pastikan tekanan darahnya normal, iaitu sistoliknya tidak kurang daripada 40 mmHg dan tidak melebihi 90 mmHg. Sebaiknya kesemua pemerhatian ini dilakukan secara berterusan kerana ini akan mengurangkan anda memegang bayi dan kita boleh lihat haluannya. Masukkan semua maklumat ini ke dalam carta.

(b) Pastikan suhu badannya normal
Disebab risiko kesejukan, pastikan suhu badan bayi normal diantara 36.5 – 37.0C. Mereka perlu dijaga dalam incubator pada permulaannya. Anda boleh gunakan kaedah servo control ataupun manual control. Cara-cara lain untuk menentukan bayi tidak sejuk termasuk mengguna Perspex shield, mengguna plastik ‘cling wrap’ atau foil aluminium. Pastikan bayi tidak basah dan kepalanya ditutup dengan topi (bonnet).

(c) Pastikan pemakanannya
Mereka memerlukan pemakanan yang awal. Jika keadaannya tidak stabil terutamanya bayi pramatang, cecair intravena yang mengandungi dekstros perlu dimulakan. Bayi SGA selalu boleh hisap dan mereka boleh dibenarkan menyusu, sebaik-baiknya susu ibu. Jika tidak, berikan susu melalui tiub nasogastrik.

(d) Cegah daripada jangkitan infeksi
Anda mestilah prihatin terhadap tanda-tanda awal berlakunya jangkitan kuman. Apabila memegang pastikan tangan anda sudah dibasuh dan sentiasa guna kaedah-kaedah aseptik, Ramai daripada bayi-bayi ini terutamanya yang pramatang dimulakan dengan antibiotik kerana sistem ketahan mereka yang berkurangan dan disebabkan oleh risiko tinggi infeksi daripada kateter di pusat, infusi intravena, nutrisi parenteral dan tiub endotrakeal untuk membantu pernafasan.

(e) Jaga kebersihannya
Kurangkan sentuhan bayi kepada yang minima kerana ini boleh mengakibatkan serangan hipoksia, sianosis dan apnea. Beri perhatian terutamanya kepada bahagian pusat, mata dan bahagian lampin apabila melakukan “top dan tail”

(f) Pastikan dia tidak kurang oksigen (hipoksik)
Jika perlu berikan oksigen melalui kotak kepala ataupun melalui alat ventilator. Pastikan oksigen itu dihangatkan dan dihumidikasi. Oksigen yang diberi mesti selalu dianalisa kandungannya disebabkan masalah kerosakan otak jika oksigen berkurangan dan kesan sampingannya jika berlebihan. Gas darah arteri (Arterial blood gas) perlu diambil dan dikawal pada tahap yang normal.

(g) Penjagaan bayi yang dibantu dengan alat ventilator
Bayi-bayi ini terutamanya yang pramatang seringkali memerlukan bantuan pernafasan dengan alat ventilator. Mereka memerlukan rawatan kejururawatan yang intensif diunit yang lengkap dengan alat serba canggih.

(h) Bantu untuk mengeratkan hubungan bayi dengan keluarga

Pastikan ibu dan bapa boleh mengunjung dan melihat bayi pada bila-bila masa. Berbual dengan ibubapanya dan berikan maklumat yang terkini mengenai perkembangan keadaan bayi. Cuba fahami kerunsingan ibubapa dan masalah sosio ekonomi yang mungkin ada. Fahami dan sampaikan kepada doktor-doktor kehendak keagamaan ibubapa seperti keinginan untuk azankan anak. Tanyakan nama bayi dan galakkan ibubapa untuk bercakap dengan bayi dan menyentuhnya dan bagi si ibu untuk melibatkan diri dalam penjagaan bayi. Galakkan ibu untuk memberi susu ibu.

oleh:Dr. Musa Md Nordin

INFO 2:

Kredit to: http://www.mysupervitamins.com/2011/01/atasi-bayi-kurang-berat-badan.html

“Before ini Yus bawa baby for check up and doctor kata baby Yus underweight. Then doctor tu kata nutrisi dalam susu badan Yus yang kurang…tapi sejak Yus makan vitamin Shaklee ni nampak pertambahan berat baby Yus. Sebelum2 ini selalunya dia naik 100mg atau 200mg sahaja. Baru2 ni g check up baby Yus naik 500mg”

Sebenarnya ibu mengenali auntie Yus semasa bulan puasa baru ini..beliau mendapat no telefon ibu dari sebuah forum. Setelah sebulan mencuba produk Shaklee, beliau mendapati anaknya masih bermasalah berat badan yang tidak ideal. Beliau meminta consultation ibu mengenai hal ini dan ibu mencadangkan agar beliau mengambil 2 multivit sehari iaitu pagi dan malam. Dan alhamdulillah kini beliau sangat berpuashati dengan apa yang beliau amalkan dengan pemakanan yang sihat menghasilkan susu yang penuh nutrisi.

Benarlah term yang digunakan oleh doktor tersebut…seandainya bayi itu mengalami berat yang tidak ideal atau erti kata lain underweight dan ianya berlarutan maka dapat disimpulkan bahawa susu ibu itu BUKAN tidak berkualiti TETAPI HANYA KURANG NUTRISI. Maka untuk memastikan susuibu penuh nutrisi pastikan kta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat selain pengambilan vitamin yang bersesuaian. Jika anda mempunyai masalah untuk membeli vitamin maka boleh dapatkan daripada horpital kerajaan kerana kerajaan juga prihatin dan tidak mahu rakyatnya hidup dengan kekurangan zat. Namun jika anda berkemampuan, tidak salah kita memperuntukkan sedikit kewangan untuk memberikan tubuh kita serta anak dengan sesuatu yang baik.

INFO 3:

Rujukan:

http://pama.karangkraf.com/mobile/bayi/anak-enggan-makan-1.20952

Oleh: Editorial PaMa

Tarikh: January 30, 2012

Ramai kanak-kanak suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jika itu halnya, adakah kuantiti yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.

Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.

Tip Makanan Untuk Anak Kurus :

♦ Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
♦ Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
♦ Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
♦ Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Panduan Menggalakkan Anak Makan :

♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.

Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :

♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.

Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?

♦ Bermasalah dengan gigi.
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.
♦ Terlalu banyak bermain.
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
♦ Tidak berselera untuk makan.
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.

About these ads

~ by sirasain on March 8, 2012.

4 Responses to “Bayi anda bermasalah kurang berat badan???”

  1. Bb sy ms lahir tu 2.440kg jer. Sy risau gak. Skrg die baru jer 5bln 3hari. Berat die cuma 5.22kg jer. Normal ke kak?

  2. emmm masih lagi ok tu berbanding anak saya…yg penting harus ada follow up dr pakar utk tindakan seterusnya

  3. bb sy lahir 3.1kg tp until dia 5bln weight ok. tp perubahan mendadak bila masuk bln ke 6 spai lah skrg dh 11bln, berat hanyalah 6.6kg. semua cara dh ikut yg disarankn baik dr doc pakar or govt. google tips2 kt internet. semua usaha dh buat tp still xde perubahan. sedih hati bila org kata bb sy tak normal. tak tau nk buat ape dh……

  4. kemungkinan masalah sama dgn anak saya…anak saya dah confirmed carrier thalasemmia…disebabkan masalah kurang berat badan kami terpaksa refer ke hospital..cuma masa umur hampir 2 thn baru dpt confirmed…setelah puas jumpa dietian ikut saranan kurang berhasil…kes ni sebab dia carrier thalasemmia….better refer hospital utk lebih lanjut susulan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,820 other followers

%d bloggers like this: