Cerita Ceriti Dalam Pantang
Edisi tertangguh sejak melahirkan baby nih…masa tidurku dah lariiiii….so waktu menulis pun agak susah dicari walau banyak nak kongsikan cerita terutama cerita org2 perempuan dalam pantang….
Bermula cerita pasal sakit rengat…
Ooooo sakitttttnya….dah lepas sakit nak beranak hilanggggg datang pulak sakit nih….hari itupun hampir 4 hari juga nak hilang….apa yg penting amalakn setiap hari bertungku….dan lebih kerap supaya rahim yg nampak timbul2 kat perut tu boleh surut…lagi satu petua kena kerap menyusu baby….
Amalan bertungku:
Elok diamalkan untuk mengecutkan rahim…buat kalau boleh 2 x sehari terutama minggu pertama dan kedua dan kalau rajin sehingga habis pantang…lagi bagus!!!
Berurut:
Sempat 2 kali baru berurut….minggu pertama bagi bersalin normal tanpa jahitan boleh terus beurut…kalau yg kena jahit tu…paling penting pastikan tempat jahitan dah ok….masuk minggu kedua biasanya jahitan dah baik….yang syok kali ni dpt tukang urut betul2 orang lama so banyak petua diturunkan…sambil urat2 dibetulkan sambil tu menimba ilmu dari orang lama…dari Hajah Nonyah dari Kg Dato Abu Bakar Baginda…tukang urut berumur 79 tahun tapi masih kuat kudratnya….banyak petuanya yg diturunkan ……adik2 sekitar Bangi dan Kajang yang berminat nak dapatkan khidmatnya bolehlah sms saya yer…boleh jadi tukang promote…amik komisen gitu…JANGAN…asalkan dapat pahala sikit2 pun jadilah… kongsi2 info untuk ibu diluar sana!!!
Ubat Bunjut:
Ada lagi satu petua belum tulis…hampir terlupa(foto belum diupload)…kali ini baru dapat tau darinya petua untuk keluarkan bau darah yg hanyir dan sempitkan faraj…boleh beli darinya…berupa ala2 sup bunjut utk dimasukkan dalam faraj dalam tempoh 4 jam…so nanti akan dapat tgk resultnya serta merta selepas itu…beli aje…utk kebaiakn diri…ambil 10 uncang!!!
Mandi Dalam Pantang:
Bahan2 mandian jika ada:
Daun serai wangi,daun lengkuas,daun pandan,daun kunyit,bunga kantan,mengkudu,daun limau purut,sireh,tulang2,halba,tawas,sedikit garam….
Petua banyakkan air susu..makan..menu perlu ada lobak putih!!!
Pantang larang:
Air Nira JANGAN sekali2 pandai2 nak minum semasa pantang…bahaya walaupun peranakan kita..boleh terkeluar dari tempatnya…paham2 ajelah bak iklan Adibah Noor kat tv tu…huhu(terutama utk ore Kelate yg suka minum2…since dia tau ku org belah sana)
Untuk menu dalam pantang boleh rujuk sini….
Ok la itu serba sedikit cerita…ada soklan boleh kita bual bicara..panjangkan cerita ini!!!













bleh bg contact no tukang urut tu x….
nanti emailkan kt syuhada123@yahoo.com…
dh pening cari tukang urut ni….