Buasir lumrah ibu hamil

Panduan khas utk ibu2 hamil..yang pernah melalui situasi ini tahu betapa peritnya jika buasir mendatang sewaktu kehamilan seperti yg saya alami sekarang.

Saya anggap mungkin sedikit ujian dariNya….tanda Dia masih sayangkan kita namun tidak harus alpa atau ambil mudah….sebagai alternatif  harus dan perlu mencari penyelesaian terbaik.

Mulanya perasaan berbaur2 malu ada resah gelisah,ketakutan mula menlebungi mengenangkan apa akan jadi saat akhir kehamilan dan juga proses masa bersalin nanti…memang tidak mahu berkongsi rasa,cerita di sini tapi atas kesedaran bila membuat pencarian sendiri di laman2 web mahupun forum2…alahai ramai yang senasib rupa2nya mungkin cuma tidak ramai mahu membicarakan soal ini secara umum.

Ternyata begitu ramai yg mengalami situasi ini baik ibu hamil pasti lebih berisiko, anak gadis tidak terkecuali atau lelaki pun ramai juga…ada yg bertahun2,ketulan daging ada yg sebesar kismis,berbunga lima,ada yg sudah sebesar ibu jari…masya-allah ngeri pulak tgh2 mencari ilmu dan infonya dapat yg cerita begitu begini,ada yg berdarah memancut2 keluar(jenis dalaman..yg ini pun pernah saya alami tapi tak la sampai memancut keluar drhnya tp disebabkan sembelit kronik boleh jadi sampai berdarah…namun alhmdulilah ia tidak berlaku lagi sejak mengamalkn minum suplement alpha lipid) bila menqadakan hajat…pasti anda pernah menangis2..meluangkan berjam2 bahkan berhari2 di toilet tp tak selesai juga…seperti yg saya alami masa dlm pantang anak ke-3…Tuhan saja tahu betapa perit dan seksanya sakit semasa proses itu dan selepasnya diikuti rasa2 berdenyut2 dan perasaan tidak selesa serta stress yg boleh berpanjangan menjadi kemurungan bila memikirkan bila hendak ke toilet lagik.

Jika sebelum ini saya mengalami sembelit kronik semasa mengandung anak ke-3 dan selepas pantang..alhamdulillah selepas mengamalkan alpha lipid sembelit saya selesai jika diikuti amalan pemakanan yg baik dan berterusan.

Namun waalupun masalah sembelit sudah hilang tapi masalah buasir lebih kepada luaran pula muncul  bila  mengandung sekali  lagi anak ke-4 walaupun baru usia kandungan masuk 3 bulan… kali ini agak merisaukan  kerana ada ketulan daging sebesar biji delima akan keluar cuma selepas menqadakan hajat dan boleh dimasukkan semula dan yang pasti rasa tidak selesa,pedih menyucuk2 serta satu badan rasa lesu selepas itu.

Jadi dengan rasa gundah gulana bersarang di hati saya perlu mencari input2 yg berguna untuk rujukan,petua2 tradisional,segala pantang larang atau juga yg harus dibuat untuk mengelakkan melarat dan mengumpulkan di sini untuk panduan segala maklumat yang berkaitan.

Saya sedar sebagai ibu hamil sekali lagi saya berisiko menghadapinya kerana faktor tekanan janin yg semakin membesar pasti memberi kesan terhadap saluran vena(darah) .

Harap2 saya dapat tabahkan diri menghadapi dugaan seperti ini dan ia dapat dipulihkan kembali…terlebih dahulu kena berusaha cari jaaln penyelesiaannya pastu baru boleh nak tawakkal dan  berdoa moga2 Allah beri petunjuk,permudahkan segala urusan nak2 dibulan penuh berkat ini….aminnnnnn!!!!

Untuk Rujukan Ibu Hamil Terutamanya:

Pembesaran janin tekan saluran darah pada rektum menyebabkan bengkak, sukar buang air besar

IBU hamil dinasihatkan
mendpat rawatan di hospital
atau klinik sebagai
langkah pencegahan buasir.

TATKALA usia kandungan Tina mencecah enam bulan, dia mula mengalami kesukaran membuang air besar. Walaupun teliti dalam soal pemakanan serta mematuhi nasihat doktor, guru berusia 27 tahun itu tetap diserang sembelit.

Kesannya, selepas itu dia disahkan mengalami buasir. Masalah yang dihadapi Tina memang lumrah di kalangan wanita hamil. Buasir atau hemoroid boleh berlaku kepada sesiapa saja sama ada lelaki atau wanita tetapi risiko ibu hamil lebih besar berikutan faktor tambahan iaitu tekanan janin terhadap saluran vena (darah).

Perubahan hormon progesterone juga sering mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan. Berikutan 慿erja� penghadaman yang semakin lambat, lebih banyak penyerapan berlaku menjadikan najis bertambah keras.

Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Jameaton Abdullah, berkata tubuh wanita mengalami proses biologi sepanjang kehamilan berikutan perubahan hormon sekali gus mudah diserang pelbagai penyakit termasuk diabetes, tekanan darah dan hemoroid.

Katanya, pembesaran janin dalam rahim akan menekan saluran darah pada kawasan rektum (dubur) menyebabkan ia mula membengkak. Tekanan otot dubur pada bengkak pula menyulitkan proses pembuangan najis malah pendarahan boleh berlaku apabila najis keras bergesel dengan buasir.

揃ukan semua wanita hamil akan mengalami hemoroid, ia bergantung kepada pemilihan makanan, gaya hidup, baka dan sebagainya. Namun dalam sesetengah kes, masih ada ibu yang di-serang buasir walaupun corak pemakanannya seimbang.

揔ebiasaannya, tekanan akan berkurangan selepas kelahiran membolehkan kembali bengkak surut. Kadang kala ia semakin teruk hingga buasir boleh terkeluar ketika proses meneran untuk melahirkan bayi,� katanya.

Jenis buasir:

Terdapat dua jenis buasir yang biasa menyerang iaitu dalaman yang tertumpu di bahagian dalam saluran rektum serta luaran yang juga bengkak terjulur keluar dari lubang dubur.

Lazimnya, buasir dalaman atau prolaps tidak menyebabkan sakit atau gatal kerana ia terletak jauh di dalam saluran rektum. Namun kekerapan meneran ketika membuang air besar boleh mencederakan bengkak sedia ada seterusnya mengakibatkan pendarahan.

Buasir luaran pula cenderung kepada simptom sakit, pedih dan gatal. Andainya ia tersepit, bekalan darah ke saluran ini akan terhalang yang mencetuskan kesakitan berganda. Uniknya kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku serentak.

Begitupun, buasir tidak akan berlaku mendadak kerana prosesnya terjadi secara berperingkat. Tahap pertama barangkali hanya rasa gatal dan sakit tetapi jika tidak dirawat ia akan mencapai tahap kronik hingga berlaku pendarahan.

Dr Jameaton Abdullah

Pencegahan:

Dr Jameaton berkata, sebaik saja ibu hamil mendapatkan rawatan pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan, langkah pencegahan awal adalah memberikan mereka nasihat mengenai corak pemakanan sihat termasuk untuk mengelakkan buasir.

Antaranya mengetepikan makanan pedas serta mengutamakan kelompok makanan tinggi serat seperti buah, sayur dan bijirin. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari juga mampu mengelakkan sembelit.

揔aedah sama juga boleh diikuti biarpun selepas melahirkan walaupun sebilangan orang lama berpendapat minum air yang banyak kurang elok ketika menjalani proses berpantang,� katanya.

Faktor kebersihan pula tidak harus dipandang ringan terutama penjagaan pada bahagian dubur. Individu digalakkan mencuci bahagian ini sekerap mungkin dengan sabun dan air bersih. Penggunaan julap tidak disarankan kerana akan memburukkan keadaan.

Dr Jameaton berkata, aktiviti berendam di dalam tab mandi berisi air suam selama 15 minit, dua atau tiga kali setiap hari bukan saja menyegarkan badan malah mampu mengecutkan bengkak rektum.

Katanya, bagi mengurangkan kesan bengkak dalam kadar segera, penggunaan garam mandian yang boleh didapati di farmasi atau butik kecantikan cukup membantu. Fungsinya sama dengan air suam yang bertindak balas secara langsung iaitu mengecutkan bengkak.

Kaedah rawatan:

Ada di kalangan pesakit memberi tanggapan buasir sekadar masalah biasa malah ramai di antara mereka 憇egan� untuk mengakui situasi yang dihadapi. Namun dalam kes wanita mengandung, kebiasaannya panduan doktor mengi-ngatkan mereka supaya sentiasa berjaga-jaga.

Jika ibu berkenaan masih diserang buasir walaupun langkah pencegahan sudah diambil, rawatan konvensional akan dilakukan yang tidak membabitkan pembedahan. Penyakit ini bukan seperti diabetes atau darah tinggi yang memerlukan pembedahan kecemasan kerana membahayakan ibu dan bayi.

Beliau menjelaskan, buasir masih di bawah kategori penyakit biasa. Ibu hamil tidak perlu gusar atau malu berjumpa doktor untuk mengurangkan masalah mereka. Pada peringkat awal, mereka akan diberikan supposatomy untuk mengecutkan bengkak. Ubat melembutkan najis seperti lactulose juga membantu.

揃iasanya bengkak akan surut dengan sapuan krim. Benzokin mengurangkan kesakitan atau noradrenaline yang mengecutkan salur darah. Salap petrolatum (gliserin) pula dapat mengekalkan kelembapan kawasan hemeroid.

揃egitu juga selepas kelahiran, tekanan disebabkan pembesaran bayi membolehkan keadaan rektum kembali seperti sedia kala sekali gus menyusutkan bengkak. Kaedah pembedahan pula adalah langkah terakhir yang dilakukan sekiranya kaedah konvensio-nal tidak memberi kesan. Pembedahan rubber banding atau haemorhoidectomy dapat memulihkan pesakit,� katanya.

Dr Jameaton berkata, penyampaian ubat kepada buasir secara terus amat penting untuk menjamin pemulihan. Ubat akan disapukan ke bengkak buasir luaran manakala dalaman menggunakan ubat supositori atau paip.

Rawatan tradisional:

Penggunaan herba dipercayai dapat membantu menyelesaikan masalah penghidap hemoroid. Ia diedarkan dalam bentuk tablet tetapi sebilangan pengamal perubatan tradisional menggunakan kaedah bertangas. Daun herba pelbagai jenis termasuk pegaga akan direbus di dalam periuk dan pesakit buasir dibiarkan duduk di atas periuk berkenaan mengikut jarak bersesuaian. Wap daripada herba terbabit dikatakan mampu mengecutkan bengkak. Amalan tradisional lain adalah penggunaan minyak gamat asli yang sering digunakan bagi menyembuhkan luka. Malah bagi pengamal tradisional, kuda laut kering dikatakan antara ubat buasir.

Serangan semula???

Jika individu masih tidak mempedulikan soal pemakanan atau kembali kepada gaya hidup yang kurang sihat, potensi buasir kembali 慴ersarang� begitu besar. Begitu juga selepas buasir dipotong, jangan abaikan kebersihan diri. Seeloknya jangan culas mengikuti nasihat doktor biarpun anda sudah disahkan bebas daripada buasir.

Tanda Buasir:

Bengkak yang ketara.

Gatal pada lubang dubur.

Kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar.

Berdenyut-denyut.

Sukar membuang air besar.

Berasa tidak selesa selepas berdiri lama atau mencangkung.

Keluar darah ketika membuang air besar.


Punca:

Tabiat pemakanan yang kurang elok.

Kurang minum air.

Mengabaikan pengambilan zat tambahan.

Kurang bersenam.

Sembelit atau cirit birit.

Mengangkat benda berat.

Sentiasa duduk

Meneran (ketika najis keras atau sembelit)

Cirit-birit

Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama

Batuk yang teruk

Hamil

Bersalin


Petua tradisi dikoleksikan bersama2 disini selama pencarian saya di alam maya(terpulang nak cuba yg mana satu selagi kita nak berikhtiar dgn cara tradisional..mungkin kita boleh mulai dengan mengikut cara yg mana bahan senang diperolehi):

  1. Ambil gambir gosok2 kat belakang periuk tanah lebih sesuai atau kikis dgn pisau,serbuk itu basahkan dgn towel@sapu tangan dna tempek kat bahagian buasir luaran itu.
  2. Ambil 2 genggam daun inai,1 buku kunyit dan sebiji delima masak(ambil kulit).Kisar dgn air panas,tapis,minum 3x sehari.
  3. Minum air rebusan pokok belimbing tanah(ambil akar,batang serta daun sekali)
  4. Amalkn makan ubi sengkuang
  5. Ambil 7 biji ciku muda sebesar ibu jari,rebus dan minum air pada waktu pagi.
  6. Ambil tomato hampir masak,goreng dgn minyak yg sedikit,angkat dan sapu pada bahagian buasir.

Buah yg perlu dielak jika tahap kita merasa gatal2 dan amalan yg perlu dihindari:

  1. Nenas,keladi,kacang(tak pasti semua jenis kekacang or yg tertentu saja)
  2. Jangan berdiri terlalu lama.
  3. Jangan duduk juga terlalu lama(contoh setiap 1 jam cuba bangun berjln2)
  4. Hindari duduk bertinggung/mencangkung.(Jika guna toilet lebih baik guna yg duduk)
  5. Elakkan makan yg pedas2 juga berempah seperti kari dan sebagainya.
  6. Elak minum teh,kopi atau alkohol(boleh merangsang usus).
  7. Elakkan mengangkat bebanan yg agak berat.

Makanan yg disarankan untuk amalan:

  1. Kategori bijirin spt cornflake,oat,nestum.
  2. Roti gandum
  3. Sayuran2 berserat tinggi(rujukan:http://ksupointer.com/2009/bahan-makanan-sumber-serat).Cth :bayam,daun selada(lettuce),karot,buncis,sawi hijau,kubis,seleri,mentimun,labu kuning dan paprika)
  4. Buah2an berserat tinggi(Rujukan buah2an berserat tinggi(http://carahidup.um.ac.id/2009/08/buah-berserat-tinggi/) seperti tembikai,epal merah,melon,buah naga,belimbing,pir hijau,jambu biji merah,betik,nenas,pisang,avakado,laici,mangga dan tomato,buah tin segar dan masih basah jika dimakan dikatakan dpt menghilangkan buasir juga. Selain itu buah ara fig(fin)..namun tidak diketahui bentuknya atau nama lain juga dikatakan elok dimakan.

Ubat2an yg pernah digunakan sebagai alternatif merawatnya:

  1. TF Plus(dari pencarian harganya Rm228 utk ahli dan Rm 274 utk bukan ahli..ada yg kata bagus…TF Plus harganya RM228.00 (Harga Ahli) RM274 (bukan ahli)
    setakat ini kadar penyembuhan buasir adalah 95%, bermaksud, buasir itu hilang sama sekali tanpa perlu buat pembedahan. Untuk buasir ini, kebanyakkan orang belum habis sebotol (90 biji) dah sembuh terus.
    Rujukan:http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=300015&extra=&page=6)
  2. Luxor(kurang pasti in detail yg mana satu..tidak disebutkan jenis)
  3. Ubat khas buasir HPA(http://www.klik4sihat.com/buasir/….yg ni saya amalkn juga ambil yg khas utk ibu mengandung cuma ambil spirulina(RM24) dan Minyak But2 (RM8)..cuba ikhtiar sedaya mungkin..belum sesuai dan serasi)
  4. Produk Biovco(http://blog.biovco.com/2010/01/26/buasir-bahaya-darah-dalam-najis/)
  5. Alphalipid Lifeline bentuk  serbuk(yg saya amalkan bagus utk buasir dalaman khasnya juga sembelit kronik saya sudah hilang..alhamdulillah(Rm150 utk member & non member Rm180)

Sebahagian daripada contoh  peralatan yang digunakan
untuk merawat buasir.
Untuk rujukan semasa:

1)Rujukan foto buasir yg dah tahap kronik..ngeri pulak nak tayang terus2(sila melawat ke blog ini:http://buasirkronik.blogspot.com/)

2)Berkenaan rawatan pembedahan PPH(http://ttuyup.wordpress.com/2007/03/10/pph-bedah-buasir-tidak-menyakitkan/)

3)Pakej rawatan HEMOSOL DAN FICUS HPA(http://www.kedaiherba.com/01/produk?product_id=112&page=shop.product_details&category_id=21&flypage=flypage.tpl&vmcchk=1)

4)Peralaatan merawat buasir(http://www.sihatselalu.com.my/2009/03/cara-merawat-buasir.html)

About these ads

~ by sirasain on August 20, 2010.

6 Responses to “Buasir lumrah ibu hamil”

  1. istri saya pernah mengalaminya

  2. Saya berumur 28 tahun dan sudah berkahwin selama 3 tahun. Adakah kerana saya mengalami penyakit buasir ini memyebabkan saya sukar untuk hamil?.

  3. setau saya buasir takde kaitan sukar hamil..tp kalau dah semasa hamil sgt2 kena beringat2x sbb akan ia akan jadi teruk…amalkanlah alpha lipid dan lain2 langkah pencegahan……saya dah amalkn lebih 2 thn….berminat boleh sms 013-6406625 utk rundingcara produk!Tq

  4. tengah hamil dan alami buasir sekarang ni..(betapa sakit dan pedih.. :) )
    bermanfaat pula cara2 merawat buasir yang disarankan di atas.
    insyaAllah akan cuba amalkan seperti yang disarankan.

  5. Saya skrg tengah hamil 7bulan dan mengalami buasir..bagaimanakah kesannya,semasa proses bersalin berlaku,adakah ianya akan bertambah teruk keluar dari dubur atau mengancam nyawa(nauzubillah)mohon jawapan segera…
    >>Ibu yg sangat bimbang:-(..

  6. Puan harus rawati masalah sembelit terutamanya…cukupkan pengambilan air 2 liter atau lebih lebih baik…saya sejak sembelit teruk mengamalkan alpha lipid lifeline secara konsisten utk lancarkan pembuangan…sebab tau sakitnya bila ditoilet…boleh hubungi saya no hp 013-640 6625 & 017-362 0868…fb saya Arisahakusai Husain…bg tau kenalan dr blog…boleh sharing2x…kat sini tiada kesempatan membelek mesej/komen…sgt terhad masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,820 other followers

%d bloggers like this: