Minggu yang suram dan kelam..

Minggu ini minggu yang agak kelam kabut…bukan apa…tup2 dapat berita pemandu bas sekolah anak2 yang pada mulanya diketahui tidak sihat dari minggu lepas lagi…dah jadi macam insiden drama swasta la pulak.Jumaat lalu dah pun kelihatan pemandu lain yang memandu basnya sedang dia…CUMA memberi arahan di sebelah…dengar khabar pening2 kepala bila buka mata sehingga tidak boleh memandu…AWASSSSS..bahaya tuh!!!

Cik abang dah agak2 mesti ada darah tinggi ni gayanya bila bercerita kat dia.

Bila tiba Isnin lalu….kelibat bas tidak datang seperti yg diharapkan pada waktu pagi2 di area taman Seksyen 8.Van pula yang datang mengambil Abg long muncul di tepi jalan…sudah agak lewat.Kak Ngah pula hampir2..nyaris2..ketinggalan bas…rupanya anak pemandu bas yang menggantikan ayahnya yg dimasukkan ke wad kerana darah tinggi…tunggang langgang jadinya…nak marah pun kesian…waktu orang susah…harus ambil iktibar.

Insiden ketinggalan bas berulang lagi keeokan harinya…yalah orang baru…namun dgn tindakan pantas ibu….dapat juga Kak Ngah…itupun berlari2..jenuh menahan bas yg kami bayar yg memecut laju di jalan besar terlupa akan ada anak tadika yang bersemangat waja nak ke sekolah yg perlu diambil.

Disebabkan itu minggu ini agak kelam kabut…insiden demi insiden anak2 dikejiranan kelewatan pergi..belum cerita pulang dari sekolah yang dah lari dari kebiasaannya….yang kena diahntar sendiri.Haru biru sekejapppppp…..dipendekkan cerita bila pemandu bas jatuh sakit…semua aktiviti persekolahan lari dari jadual kebiasannya.

Itulah realiti kehidupan kita mencari rezeki…seperti pemandu bas sekolah kami yang berkejar2 diwaktu pagi…trip menghantar pergi dan pulang anak KAFA,sekolah kebangsaan,tadika.Pastinya tidak lari dari stress,makan entah sempat kekenyangan entah tidak,waktu rehat belum tentu…tiba2 tup dapat berita..masuk wad akibat DARAH TINGGI…kesian juga tengok dia berkejar2 ngan trip ala2 pecut memanjang.

Antara mahu atau tidak tanpa mengira walau apapun pekerjaan…itulah tuntutan rezeki sama penjawat awam atau bekerja sendiri …duit belanja yang perlu dicari untuk sesuap bekalan anak isteri masing2 ada cabaran tersendiri..bukan untuk KAYA…tapi sekadar cukup makan pakai…hendak berlebih mungkin tidak…mengingatkan kesusahan kami sekeluarga pun sudah cukup…keperluan anak2 yang diutamakan dahulu.

Mahukah kita bekerja bagai nak rak…dengan gaji tak seberapa…dihujung bulan tersempit jua…malah itulah realiti yang berlaku hari ini…belum ditambah cerita sakit demam,dugaan yang datang bermacam2…dilema pasti menghantui.

Masuk pula cerita hangat dari Abg Long semalam…sekolahnya dah ada budak darjah 4 kena virus H1N1….lagi takut dikhabarkan berita sebegini.Dilema…dilema…dilema…persediaan mental dan fizikal nak menangani wabak ini….janganlah kita mengharap kerajaan semata…kempen pun baru nak mula….sedang wabak dah bermaharajalela.

Apa lagi langkah pertama yang kami dah mulai beberapa bulan lepas…tingkatkan antibodi anak2…HARUS mereka minum 1 gelas ALPHA LIPID sebelum berangkat ke sekolah…jangan memandai nak skip 1 hari…kena paksarela…only jika kehabisan stok..itu aja….part paling risau..jangan ada insiden kehabisan stok..bila stok yang ditunggu tak kunjung tiba pulak .

Untuk pemandu bas sekolah anak2 kami ..insya-allah ada peluang…akan diajak…diberitahu ….walau sudah diedar flyer…mungkin tidak cukup kesedaran…WAJIB untuk dia mendengar sendiri kehebatan susu kolostrum ini sebagai ikhtiar..penawar berbagai penyakit sebab produk ini bukan untuk cuba2 lagi….testimoni orang ramai untuk DARAH TINGGI….memang ajaib bila dicuba!

Cerita hari ini bukan untuk membuka pekung sesiapa…minggu yang agak suram…tapi perlu dikongsi sekadar menyeru kita sama2 berfikir akan realiti kehidupan..dalam tuntutan mencari rezeki kadang kita ALPA pada amanahNya menjaga kesihatan diri dan keluarga…makin tua diri kita semakin kurang nutrien yang perlu ada dalam badan..apa tindakan kita untuk menangani keadaan ini.Makanan seimbang yang perlu diambil dengan kadar2 tertentu sahaja yang boleh diambil…apa bentuk makanan yang perlu dihindari!

Ambillah langkah berjaga2 hari ini juga…kerana itulah diri kita,keluarga kita untuk 5,10 ,15 atau 20 tahun akan datang dan jika dipanjangkan usia kira Alhamdulillah…kita boleh tentukan dengan cara ikhtiar sama ada mahu dalam keadaan sihat walafiat atau sebaliknya setelah berusaha sedaya mungkin menjaga amanahNya sebaik mungkin untuk hidup di muka bumi ini.Jika ada cubaan atau dugaan…mungkin tidak seberat mana..jua tanda dariNya untuk peringatan yang perlu kita sedari.

About these ads

~ by sirasain on July 10, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,263 other followers

%d bloggers like this: