Anak anda pengidap G6PD???

Info ini khas utk rujukanku sebagai ibu kepada seorang anak pengidap G6PD!!!

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.


Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.


Info lain:
// <![CDATA[//

‘GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ atau lebih dikenali sebagai G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).

Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan?

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi.
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang.

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria.
Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.

Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi

Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan

Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas. Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.

About these ads

~ by sirasain on May 28, 2009.

110 Responses to “Anak anda pengidap G6PD???”

  1. kedua-dua anak lelaki saya mengalami g6pd.

  2. direkomenkn sgt2 dari pengalaman peribadi menguruskan anak saya pengidap g6pd…amik la suplement alpha lipid utk antibodi mereka…supaya jrg demam,batuk2 or flu…utk memperkuatkan lagi pertahan diri anak2!

  3. Bayi saya skrg berumur 1thn 6bln mgidap G6PD. Ada dr. pakar mnyenaraikan “Halia” adlah 1 drpd senarai yg boleh membawa komplikasi. Adakah “halia” tidak boleh brada dalam makanan bayi sy??
    Bayi sy menyusu badan, sekiranya ibu memakan kacang parang adakah bayi akan kena komplikasi akibat ibu yg makan..

  4. baby sya berumur 5 bulan mghidap g6pd,sya pernah dberitahu oleh pakar ketika mbuat rawatn bahawa pghidap g6pd tidak boleh mgunakan VICKS.bgaimana dgn pgunaan ubat lain sprti minyak yu yee,minyak angin.jika baby myusu badan,adakah kesan sampingan untuk baby itu jika si ibu memakan ubat2an sprti manjakani.kami tinggal d kem,selang 2 ke 3 hari ada orang myembur nyamuk,adakah kesan untuk baby sya jika bau memenuhi ruang dalam rumah,jika ya apa yg patut sya buat.

  5. thanks for sharing…ouh VICKS pun ye kira info baru buat saya…setahu saya mostly ubat2an hospital ada yg perlu dielakkan…biasa diberi list kpd parent….dan setiap kali ke klinik MESTI mention anak pesakit G6PD…untuk minyak2 sapuan saya tidak berapa pasti….pernah guna juga…seperti juga ubat2an kg…saya masih mengamalkn dulu2…better elakkn semburan ubat nyamuk di dlm rumah,ubat gegat…kesannya saya tak pasti tp kalau yg melibatkan food..cth kacang parang..kesannya agak cepat….air kencing boleh berdarah…mudah2an kita menjadi ibubpaa yg prihatin sentiasa yer..namapknya…lepas ni saya kena wat research lagi!!!thanksssss…

  6. saya tak pasti tp bila biasanya apa yg kita makan…itulah khasiat yg baby dpt..betul x? better elakkan…berikanlah alpha lipid…utk bayi takde masalah since boleh minum…nak pakai botol or cawan…boleh dibancuh dgn jus juga utk lebih sedapppppp!!!

  7. ank sye 11 bulan menghidap g6pd…adkh penyakit g6pd ini xboleh di ubati sampai ke akhir hayat?apakh kesan2 ank jikalau trkena ubat larangan dirumah seperti ubt gegat,nyamuk dan sbgainye untuk tindakn ibu bapa….(cnth jkalau terkena ubt larngn ank jd pucat ke atau sebagainye)berikan ksan2 atau reaksi ank jklau ank terkne ubt lrangn…pngambilan alpha lipid ni bleh mgurangkan atau mymbuhkan penyakit g6pd ke?kebaikan alpha lipid?

  8. g6pd ini mrupakn sjnis enzim keturnan yg trdapt dlm sel drh merah….stahu sye dn isteri..kedua2 fmly kmi xada pyakit g6pd,jd cm ne ank bleh kne g6pd…adakh g6pd xmgra ktrunan atau bleh trkne kpada sesiapa sje?…

  9. bolehkh bayi g6pd menggunkn vicks dan minyak yu yee…apakh kesan sampingn nye…atau bayi g6pd boleh meneruskan penggunaan vicks dan myak yu yee?sye slalu menggunkn myak tersebut untuk bayi sye dirumh,,tkt jg kalau vicks dan yu yee xbleh dgukan…

  10. ok setakat yg saya ketahui ia tidak boleh diubati hingga dewasa…apa yg penting…oleh sebab itu memang kita sebagai parents kena alert dgn ubat2an dan food tertentu….kena terangkannya dari kecil hingga dia cerdik…kenapa dan mengapa tak boleh….
    setahu saya juga antibodi badan mereka amat lemah sebab itu saya suggestkan amalkan minum suplemen alpha lipid utk daya ketahanannya lebih kuat…cam anak saya sejak dari kecil….saya dapati dia mudah demam,batuk dan flu dan menjadi2 semasa kami di negara jepun(mostly bila season bertukar kem usim sejuk)…alhamdulillah bila pulang saya dikenalkan dgn susu kolostrum ini dan saya lihat perkembangannya sgt bagus hingga kini….saya kini serius menjadi pengedar utk sambil minum sambil bisnes….boleh baca link dibawah saya detailkan…moga kita berusaha yg terbaik demi kesihatan anak2 bg jangka panjang…

    http://alphalipid-powerbiz.blogspot.com/2010/12/fakta-yang-perlu-diketahui-jika-bayi.html?spref=fb

  11. Larangan yg umum diketahui:

    # kacang parang
    # ubat gegat
    # anti malaria
    # ubat gatal
    # sulfonamides
    # dapsone

    Tanda:

    # kencing berdarah
    # kuning

    Jika ada tanda/kesannya berikut kemungkinan ya tp saya tidak ketahui dgn jelas kandungan apa yg terdpt didalamnya:

    # sesak nafas
    # pitam
    # demam
    # sakit belakang
    # pening
    # menggigil
    # pneumonia

  12. anak saya dah 7 tahun dan 3 tahun. dua dua ada g6pd. so far tak de masalah, setiap kali ke klinik memang selalu mention g6pd. kalau anak lelaki dan perempuan kena, ibu dan ayah memang ada g6pd. normal mcm biasa, just elakkan makan kacang parang, tempat ubat gegat berlebihan (nanti pening), tak tahan ubat nyamuk, buah kuinin tak boleh. selalunya akan pening kalau kena sikit sikit.

  13. moga kita selalu jadi ibubapa yg prihatin k…tq utk perkongsian!!!

  14. saya gah 17 tahun pd 2011 . saya menghidap G6PD smsa kecil . kawan2 kat sekolah selalu cakap muka saya sering pucat . adakah G6PD ini blnjutan hgga ke dewasa ?

  15. ya adik Miera..kena awasi hingga dewasa apa yg boleh dan yg tidak boleh dr segi makanan dan ubat2an utk pengidap G6PD…memang akan kelihatan pucat….lebih2 lagi termkn makanan terlarang akan berisiko lebih besar!!!
    p/s:macam anak akak…diberi suplemen alpha lipid untuk membantu melengkapkan suplemen keperluan badan kerana anak2 G6PD…agak lemah dr segi antibodi…mmg perlukan suplemen!

  16. Anak saya positf g6pd ini adalah kali pertama berlaku kepada keluarga kami. Terima kasih kerana berkongsi informasi sekurang-kurang saya dapat mengambil langkah pencegahan

  17. ANAK SY MENGIDAP G6PD..SKANG NI BARU 1 BULAN..BOLEH KE IA MINUM SUSU ALPHA LIPID LIFELINE NI ERK…

  18. ya mmg boleh…since klu dah pandai menyusu botol….baik utk anak2 g6pd sebab ia menjadi antibodi..insya-allah mujarab sbb anak saya dah 2 tahun saya memberinya minum pagi2 ke sekolah dan sudah pasti byk perbezaan yg saya lihat padanya!!!
    klu dulu2 dia mudah demam,batuk dan flu…alhamdulillah jarang sekali bahkan adiknya pula yg jrg2 minum susu kolostrum alpha lipid mudah terkena…perbezaan bila kita selalu amalkan dgn yg jarang2 minum…itu yg saya lihat!!!

  19. terima kaish kembali…ya alhamdulillah jika sekurang2nya dpt saya panjang2kan sharing apa yg patut…utk maklumat saya sendiri juga rujukan kawan2 yg senasib khasnya…

  20. Ank lelaki sy 7thn positif g6pd sjk lahir. Sedih n takut nk mmbsrknnya. Always think -ve. Terlalu bjaga2. Skrg sy tau, sy kena cari mklumt yg tepat bgaimn nk mnjaga Ank sy. Elakkn smburan aerosol bhmpirannya, kcg prg n ubat gegat dlarang sama skali. Mklumkn kpd doc yg mrwt ank sy, kpd pihak skolah n family. Jauhkn ank Dari smburan fogging. Alhmdulillah stakat ini ank sy sihat. May god bless him always…

  21. ya itulah yg sepatutnya puan ida…insya-alalh takde masalah selagi kita berhati2 dgn apa yg x boleh…sementara itu anak2 pengidap g6pd juga diberitahu sewaktu pembesaran kenapa dan mengapa ia menjadi larangan(sentiasa bercerita)…apa yg patut mereka ketahui…sebab ia bukan penyakit merbahaya!!!

  22. saya baru shaja melahirkan bby boy yg mengalami G6PD..baru berusia 2 minggu dan telah di tahan wad selama 10 hari. pada hari ketiga kandungan darah bby saya bacaan nya 265,dn doktor khuatir boleh naik ke 270. keluarga mencadangkan supaya memberi jus anggur hijau yg diperah dan diberi pada bby saya. keptusan nye dari 265 ke 250, turun ke 200,hanya bagi 3 biji jus buah anggur sehari,dan hari terakhir turun pada 199.ia amat berkesan..tapi Sejauh mana kebenaran saintifik ni??

  23. Anak saya yg baru lahir kelmarin juga disahkan g6pd… mula2 agak panik dan tertekan. tapi lepas saya buat researh dan bincang ngan doktor barulah sya lega.. lepas tgk komen anda semua saya lebih confident dan ade sedikit panduan untuk membesarkan anak saya…

  24. Sejak lahir anak saya disahkan g6pd def..risau juga. Tapi atas penerangan dr baru lega sikit. Dr juga menyarankan saya untuk buat ujian darah baby saya ketika dia berusia 6 bulan. baru baru ini saya telah melakukan ujian darah untuk baby saya ini dan didapati g6pdnya adalah normal. bolehkah ini berlaku?

  25. Sy dah berusia 29 thn dan disahkan mengalami G6PD, sy nak tau macam mana nak dptkan “rantai perubatan” tersebut.

  26. anak lelaki saya dah 8thn.g6pd dari lahir ,alhamdulillah…x ada apa2 kesan sampingan.cuma beringat x bg mkn kacang parang je..
    dia skrangni aktif bermain,mcm kanak2 normal yg lain..saya sebagai ibubapa kadang2 x teringat pun yg anak saya g6pd…

  27. Anak saya yang baru lahir disahkan +VE G6PD, adakah ubat nyamuk jenis cecair yg meruap (Jumbo Liquid 60 night FUMAKILA) yang mengandungi perawis aktif prallethrin boleh digunakan unt mengusir nyamuk?

  28. Hai, anak saya puny kes agar pelik sikit. Semasa bay dia di istihar Ada g6pd. Namun masa beliau berumur 10 thn saya membuat ujian darah sekali lag. Tapi, now report kata take de pulak… Now dah berumur 14 walaubagaimana sekali pun, alhamdullilah.

  29. alhamdulillah jika begitu..saya pernah terdgr kes begini….as long kita amik perhatian apa yg boleh dan tidak…rasanya ok…
    p/s:terbaru yg saya dpt tau dr seorg nurse yg dtg wat lawatan ke rumah….anak buahnya termkn bubur kacang merah pun boleh sebabkan pengsan dan jadi biru…moga kita ambil iktibar.

  30. saya pun gunakan….tp kalau masih baby lagi saya rasa better jauhkan/jarakkan….jgn terlalu dkt dgn sumber.

  31. saya kurang arif pulak…tp alhamdulillah jika usaha membuahkan hasil….

  32. so far saya tidak pernah diberi rantai perubatan utk anak sejak lahir….tp cuma senarai ubat2an dan food yg terlarang..mungkin boleh rujuk kpd hospital utk dptkannya???

  33. saya baru dapat baby dalam 2 hari dan di sahkan mengidap g6pd terima kasih atas respon semua sebsb saya tak tahu komplikasi penyakit ini kepada semua yg info kat sini sy ucap terima kasih dan selepas ini sy akan jadi bapa yg lebih bertanggungjawab kepada anak sy…

  34. tahniah redzuan..insya-allah mudah2an kita semua jadi ibubapa yg prihatin yer!

  35. hari ni baru saya tau yg masa kecik saya ade penyakit g6pd ni. itupon kakak yg bgtau since anak die yg baru lahir didapati positif. tp sy rase sy xpernah pucat2 kecuali x tahan dgn sejuk. adakah sy masih berisiko dgn penyakit ni? plz share…thanks

  36. sye dah 19 thun mengalami g6pd..knp mkin meningkat usia mkin sakit dirasai..sye selalu sakit kepala,sakit pinggang..waktu sye kecik sye xada la selalu mcm ni..knp ea bila dah besar selalu pening?

  37. kemungkinan juga masih terdedah kepada food yg tidak boleh dimakan atau ubat2an terlarang dan utk makluman pengidap g6PD memang lemah dari segi pertahanan badan….akak syorkan ambil suplemen alpha lipid sebagai penguat antibodi untuk badan…seperti yg anak akak amalkan..boleh contact akak sebagai dealer aktif…013-6406625 utk detail ttg produk jika berminat nak amalkan..insya-alllah byk manfaatnya!

  38. mungkin ya mungkin tidak…sesetengah kes yg akak dengar…ada pengidap yg normal G6PD bila dah makin dewasa..
    p/s:boleh rujuk hospital utk buat ujian walau dah dewasa k….akak pun teringin buat ujian semula utk anak yg dah 11 tahun…mana tau kan boleh normal balik!

  39. sye pon dah dewasa…bru2 ni sye demam..g klinik..doktor ckp g6pd xkan hlang..smpai akhir hayat…sye pon xthu nk wat pe dah doktor dah ckp mcm tu….redo je la ape dh jd…bdn sye ni mkn dewasa mkn lemah…kadang2 tu muka sllu pucat…lumrah dah kn pesakit mcm ni….:(

  40. salam..saya br sahaja melahirkan bayi lelaki 3 hari lepas..kami disahkan bayi kami mengalami G6PD.kami amat terkejut dan doctor mengesahkan ia adalah genetik ibu,tetapi bayi kami tidak mengalami kuning langsung..adakah benar anak kami mengidap G6PD?bagaimanakah kami untuk menjaganya..mmg amat sedih mendengar perkabaran ini..selain itu kami ingin bertanya jika bayi kami mengalami kembung perut ubt apakah yg sesuai untuk dia..adakah susah menjaganya ketika di dalam pantang?

  41. pelik juga ye sbb biasnaya baby G6PD agak teruk jaundice…kira alhamdulillah…tp biasanya kena lebihkan perhatian kat baby G6PD sbb antibodinya agak lemah…itu yg terjadi kat anak saya…kena selalu pantau perkembangannya…klu kembung biasanya berkaitan apa yg kita makan….perutnya kena jgn biar masuk angin…kena tuam kat perut dan ari2 biar lega..itu yg biasa saya lakukan sealin sapukan minyak(pilih yg sesaui..saya guna minyak gamat atau Telon tidak panas sgt)!!!Masa dlm pantang biasanya baby ada peralihan waktu tidur dan suka menangis dan didukung/dipeluk2 ukt rasa lebih selamat…tu kena byk2 sabar suami dan isteri bekerjasama…

  42. minyak telon blh digunakan ke untuk bby G6PD?doc ckp tidak blh digunakan,so sy mmg xgunakan lgsng minyk telon..doc sarankan gunakan water grape shj,mmg amat berkesan tuk kembung..selain itu sy igin bertanya adakah terdapat kesan2 kepada bby jika memakai mandian,bedak dan minyak johnson..sy amat risau kalau tersalah menggunakannya…

  43. tq atas info terbaru…bedak dan baby oil so far rasanya tiada masalah tp kalau baby kita ada ruam2 mungkin ada kesan…

  44. ank saya skarang berusia 3thn(perempuan).dia lahir negatif G6PD..slm ini dia tdk prnah alah pd mknn atau ape jnis ubtan pn shingga stu hari dia mkn kcg parang dgn kuantiti yg agk byk.keesokkan hari dia mngalami demam pns.mulanye sya anggap dia dmm biasa sj.keesokkan hari dia mula kncing berdarah n stu bdnnye mnjadi pucat lesi n semakin lmh.sye trus bwa ank ke hospital utk rawatan lnjut.hasil ujian darah mnunjukkan ank saya G6PD intermediate(pertengahan).ank saya prlu jalani pemindahan darah dgn segera n setelah itu keadaan dia smakin mmbaik.alhmdulillah..

  45. saya melahirkan seorng bayi lelaki 3hari lps n doktor sahkan bayi sye mngidap kekurangan g6pd..sye ingin bertanye,,bolehkah saya mngambil mnuman alpha lipid ini ketika dlm pntang dan mnyusukan ank saya..adakah anak saya dpt mnerima khasiatnya?dan adkah akn ada kesan yg baik kpd bayi sye apabila sya mnum alpha lipid ini n mnyusukan bayi sye.

  46. anak saya br berusia 26 hr hr ini,dia disahkan sbg g6pd def. amat terkejut bila diberitahu oleh doc. tp kamki redho,anak saya tidak mengalami jaundice yg teruk,hnya kena dlm beberapa jam shj. alhamdulillah. sekarang masih mencari ruangan n ilmu2 tentang g6pd ni,mujur jumpa ruangan ini. nk tanya,adakah formula milk akan menjejaskan anak2 g6pd ni? anak saya da 3x tukar susu ( susu badan xcukup pd dia) dia mengalami masalah bila dia berak,dia akan menangis sekuatnye,mcm sakit sgt2..sehingga meleleh air mata n hidung…kesian melihatnya… tp najis nye xkeras pun..tu yg menjadikan kami muyskil sgt2…

  47. baby saya yang hampir mencecah 3 bulan pada minggu hadapan juga tidak langsung mendapat demam kuning(jaundice) sejak lahir. berkemungkinan juga kerana doktor mengesahkan baby saya GGPD INTERMEDIATE. klu G6PD kelas atas mungkin akan mengalami jaundice yang lebih teruk. Menurut doktor sebelum ini, darah baby akan diambil sekali lagi apabila berumur 3 bulan bagi mengesahkan keadaan baby. apa yang penting, pemantauan yang lebih terhadap ibu yg menyusukan bayi dan juga bayi. Insyaallah bayi boleh menikmati kehidupan yang normal..

  48. 10q..byk perkara yg saya tahu dlm perbincangan ini.
    aak sulung saya mengalami G6Pd.ini kerana ayah saya mmpunyai G6PD.ayah saya disambut oleh bidan kampung dan tidak mengetahui ttg perkara ini shg dia tersalah mkn ubat kuinin (anti malaria) semasa bekerja.ayah saya ada memberitahu bhw selama ini dia ok dan tidak mengalami apa2 masalah ketika makan makanan semulajadi cthnya buah kuinin, kacang parang dll.ttp sms baby saya dilahirkan saya yg terpaksa bertanya kepada doktor adakah baby saya mmpunyai G6PD mmndangkan saya tahu ayah saya ada G6PD..
    yang menjadi kemusykilan saya..saya tidak dikonsult oleh doktor berkenaan G6PD dan sekiranya saya tidak bertanya kepada doktor saya rasa saya mmg tidak akan mengetahui bahawa anak saya ada G6PD.jadi saya nak tanya…adakah apa2 benda yg perlu saya buat, atau saya tahu berkenaan hal ini?sekiranya baby saya memerlukan rantai ,adakah rantai itu dibuat sendiri atau disediakan oleh sesiapa?terima kasih

  49. ank sy dh setahun dia pengidap g6pd masa dia lahir sy xdpt terima pe yg doc ckp sy peluk ank sy kuat n cium dia sbb xnk jd pe2 kat dia..sy risu nnt dh pandai bkawan mcm ne ajar dia benda yg dia x blh mkn @ dkt dia bdk yg bijak dah pandai jln n dh mula nk bckp…tlg saya…..

  50. sye diberitahu ibu yg sye mghidap G6PD sejak kecil… tp sye tak brape pasti adakah G6PD mnyebabkan bengkak2 jika tersalah mkn ubat??

  51. askm, anak saya perempuan dah berusia 6 tahun, pengidap g6pd, anak saya gak bermasalah juga ketika demam jika suhu melebihi 39 saya dah berjaga jaga kerana pernah kena sawan panas, kancing gigi, saya amat takut…paling sensitif dengan titisan hujan dan saya cukup berjaga-jaga dengan pemakanan nya…

  52. saya pun kurang pasti boleh berkaitan menjadi bengkak…anyone ada masalah spt ini..boleh citer2 lanjut k!!!

  53. yg penting kena pantau selalu apa yg dia makan…nanti dia sudah mula faham dan besar sedikit..dah boleh terangkan apa yg boleh dia makan dan yg tak bolehhhh…insya-allah takde pape health problem yg teruk kalau kita prihatin k…

  54. salam, anak lelaki saya g6pd deficient, baru lahir awal mei haritu,til hari ni masih kuning
    just nak tumpang tanya, bab ubat-ubatan and makanan ni boleh paham la lebih kurang apa yg boleh dgn apa yg tidak, info kat web pun byk, tapi saya menghadapi masalah dgn SUSU FORMULA brand apa yang selamat utk baby g6pd? sbb hampir semua brand susu ada kandungan vit k1 and soya (either minyak soya atau soy lecithin)… saya sgt konfius, pls share pengalaman…

  55. salam..saya pnh post mslh sy disini hr 2..skg anak sy sudah berusia 2 bln setengah.pd mulanya dia disahkan g6pd,kami redha..tp kami tidak berpuas hr dan mengambil keputusan untuk mengambil ujian darah untuk skali lg..2 minggu lps kami bt ujian drh anak kami dan keputusannya amat mengembirakan kerana anak kami disahkan positif dan tidak mengalamai g6pd..doc hospital 2 cakap mgkin hospital mengambil secara rawak ujian darah ms anak saya lahir..doc itu ckp lg jika mahu mengesahkan lg elok dibuat ujian pd 4 bln selepas kelahiran,itu akan menunjukkan keputusan yg amat tepat..saya dan suami mengambil keputusan membuat ujian darah sekali lg kerana tidak berpuas ht dengan jwpn kepada mslh anak sy ini,pdhl ketika dia lht lgsung dia tidak kna kuning dan keluarga sy pun tiada penyakit genetik ini..tp jika ada g6pd sy redha..

  56. salam..anak saya yang kedua mghidap G6Pd…pd mulanya saya amat sedih tp redo..skang baru berusia 21 ari…ari yang ketiga dia disahkan kena jaundis..saya amat riso kerana hingga arini dia masih jaundis..ujian darahnya kekadang turun kekadang naik..amat merisokan saya…baru-baru ni ujian darahnyer 207 naik dr 193.5…saya takut nak menggunakan sebarabg ubatan lain kerana dia G6PD..jadi saya ingin minta pndapat ada tak cara-cara utk menurunkan kuning dia tu..saya minta tolong sgt…

  57. maaf akak baru dan terlewat buka emel sbb baru selesai proses pindah rumah sendiri dan terbaca komen nih..biasa dlm sebulan jek baby ada kuning maybe sekarang dah ok kot…ari tu utk baby akak mandikan dgn air lidah buaya utk maslaah kuning…alhamdulillah ok…
    baby g6pd takde apa2 masalah yg besar jika kita prihatin dgn perkembangnanya..jaga apa yg boleh n tak boleh…take care k…akak ada tinggalkan no hp kat entry last rasanya maybe tak terbaca…tp boleh direct klu nak tanya since anak akak pun pengidap g6pd jugak tp dah 11 thn pun ok jek dia…Kak Hasira/013-6406625 dr Semenyih!

  58. ANAK SAYA DAH 4 THN ADA G6PD SEJAK LAHIR ,NMPAK PERKEMBANGANNYA STAKAT HARI INI OK CUMA KENA PRIHATIN DGN UBATAN DAN MAKANNANYA,CUMA DIA ALAH PADA SANTAN KELAPA ADAKAH SANTAN KELAPA JUGA PUNCA ALAHAN PADA G6PD

  59. salam. anak saya siddiq zayyan juga disahkan +ve G6PD sejak dilahirkan. sekarang sudah berusia 7 bulan. kebelakangan ini, my zayyan selalu batuk berkahak. Bila bawak ke klinik, doc hanya bagi antibiotk. badan pun selalu kena ruam. My zayyan minum susu formula dumex, adakah susu lembu kurang sesuai, bolehkah minum susu kacang soya.

  60. salam,

    wife baru lahirkan baby boy on 17.06.11..ari ni 19.06.11 (ahad) doc sahkan our baby ada g6pd…
    thank for info..glad to join u all…thanks again.

    asri/yati

  61. anak saya di sah mengidap G6PD INTERMIDIATE, tp yg saya risau yelah demam kuning anak saya masih x kurang lagi walaupun dah keluar hospital sebanyak 2 kali. demam kuningnya dah masuk hari yg ke15. semasa dihospital demam kuning cuma turun sedikit demi sedikit pada hari kesepuluh demamnya turun dan boleh balik. pada hari ke12 demamnya naik hingga ke 360 dan amat merisukan saya. saya hanya berserah dan setiap 2 jam saya susukannya hingga demamnya turun pada paras 250. tetapi hingga hari nie masih x turun sepenuhnya demam kuning anak saya. tolong lah bantu ape yang boleh saya buat untuk turun demam kuning anak saya nie.

  62. salam. saya nk b’tnya sikit. skrg nie saya sedang m’ngandung 7 bln lbh dan suami saya mmg pengidap G6PD. adakah anak saya akan menghidap G6PD juga seperti suami saya?

  63. setau saya ibu adalah pembawa genetik itu…tp kebarangkalian tu mungkin!Berdoalah harapkn yg terbaik tp jika baby mengidapnya…banyakkan membaca dan mencari ilmu ttg apa yg patut dilakukan…insya-allah takde masalah!

  64. thanks asri/yati…welcome to the club…boleh buka club kat fb utk anak2 pengidap G6PD…kalau ada sokongan ramai…kita pakat2 letak info di situ byk2…ok ke???

  65. ouh tak tau pulak saya santan boleh sebabkan alahan kpd baby g6pd…sama2 kita prihatin…

  66. memang anak saya dulu dari kecil agak bermasalah…takde masalah rasanya susu formula atau soya……tp org kata bila batuk tu kerap sgt dah susah jugak kan…kalau nak cuba ikhitar dgn alpha lipid…boleh call saya 013-6406625…baik utk redakan batuk…saya batuk2 yg teruk dah hilang sejak 2 thn minum susu kolostrum alpha lipid…anak2 pun bg minum kalau nampak batuk teruk…cubalahhhh!!

  67. as-salam,dh 2thn umur ank sya..bru pula sya dpt byk info mngenai G6PD ni..anak lelaki sya ni memang pngidap G6PD kekal spnjg hayat..sya xada mslh bab mnjga dia ni..tp..sya ksihan ngn anak sya ni..klu dia trlalu aktif brmain,dia akan cepat lelah/semput..lepas tu muntah2..stiap kali trlalu aktif dia akn mcm tu..juga kulit anak sya trlalu sensitif…kena pns petang sikit pun dia akan mula kemerah-merahan…sian pula bila dia besar nanti..xdpt ikut aktiviti2 lasak mcm org lain yg normal…

  68. suplement alpha lipid 2 harga die berapa?2 susu ke?

  69. saya ad g6pd..sbm ini saya xtahu apa pantang larang dri segi pemakanan,
    2bukan lepas saya ad mkn kacang parang dgn quantiti yg byk…dan badan saya menjadi lemah,cepat letih,iar kencing gelap…setelah jumpa doc sy diberikan ubat antibody dan beberapa jenis ubat…setelah hampir 2minggu mkn ubat…pinggang saya rasa sakit,kaki kebas dan kuku kebiruan…air kencing masih xberubah….jadi macam mn cara untuk menutral kan balik ubat2 dlm badan saya,,,ada ker cara laen??

  70. Salam……search2 terbaca forum nie…..elok dikongsi bersama.
    Anak saya salah seorg pengidap G6PD nie. Saya ditahan selama 21 hari di PPUM. Anak saya nie boleh dikategorikan G6PD yg kritikal.
    Oleh kerana itulah saya nekad menyusukan anak saya dengan susu badan selama 2tahun 3 bulan. Sekarang anak saya (lelaki) dah berumur 6 tahun. Setahun umurnya setiap 2 minggu dia akan demam. Selepas setahun syukur anak bertambah sihat dan seingat saya selepas itu tiada lagi kami menjadi pelawat klinik.
    Setiap kali kami bertukar nursery saya akan laminatedkan apa itu G6PD dan ubatan-ubatan terlarang yg info dibekalkan oleh pihak Hospital ke nursery baru agar semua cikgu2 prihatin.
    Dan setiap kali kami singgah ke stesyen minyak kakaknya dan kami akan menunjukkan jenis kacang or makanan yang menjadi LARANGAN KERAS kepadanya.
    Selalu mengingatkan kepada anak kami jika terambi atau termakn apa yang akan terjadi…..mudahan2 ingatan kami sentiasa ini akan diingati selalu olehnya.

  71. terima kasih byk Anona…mudah2an nota panjang ini menjadi rujukan kita semua…thanks again!!!

  72. bahaya tu dik klu termkn kacang parang…boleh cuba ikhtiarkan dgn alpha lipid…akak ada emelkan private tadi…boleh contact akak via hp 013-6406625 utk konsultasi camne nak dptkan stok n nak minum yer!

  73. aah dia susu kolostrum(diketahui baik tuk antibodi) sbb tu mahal berbanding susu biasa …retail price rm180…klu join member cuma rm150 tp utk fees seumur hidup kena byr rm50…

  74. Pn.Emy boleh cuba bg dia alpha lipid…tgk progress dia sebelum dan selepas….pasti byk bezanya!!!

  75. aah susu kolostrum lain khasiat berbanding susu biasa sbb itu harga mahal…retail price rm180…m.price rm 150 tp kena byr fees rm50…byk manfaatnya tak tercerita…boleh sms akak utk lanjut 013-6406625!!!

  76. salam.. saya nk tnye niew.. sy xpasti la sy nie mngidap pnyakit G6PD ataupun tidak.. mk sy ckp sy mngidap pnyakit pecah darah… (xtau la sme x pnyakitnye).. mse umo sy 2 tahun sy pnh msok hospital di sebabkan pnyakit nie.. mk sy ckp mse tu nyawe sy 50-50 je.. mmng mse tu sy ad kencing berdarah.. smpai skrg sy xleh mkn: ( sy ubt gatal xde mslh)
    # kacang parang
    # ubat gegat
    # anti malaria
    # sulfonamides
    # dapsone

    llD maslh sy skrg setiap kali sy demam.. sy akan demam terok.. mse demam tu sy jugak akan skit pinggang & tulng belakang..mak sy jugak ckp hosp. sndiri pon xleyh detect pnyakit sbnr sy.. smpai skrg sy xpasti pnykit sy yg sbnr.. boleh sy tnye cr2 nk mngesan G6PD?? ad kah sy mngidapnye??

  77. sesuai tak klu saya bagi susu kambing karihome utk anak saya yg berumur 2 bulan yg menghidap G6PD?

  78. Anak sy mengidap G6PD. pasal susu alpa lipid tu apa??? ia susu untuk bayi atau untuk org dewasa?? kt mana sy blh dapatkan susu tu??

  79. apa tanda dan indiksi g6pd……dan adakah i boleh hilang?

  80. Salam..anak abang saya baru jer lahir pada 2.9.11…berat dia just 1.9 kg..doktor kata boleh keluar jika dia dah pandai menyusu..tup2 hari semalam, dah siap nak balik kena tahan semula..katanya ada g6pd..tapi baby girl..saya pernah jumpa selama ini lelaki sajer..n saya nak berkongsi maklumat seket..ada budak yang alahan kepada telur..budak ini main telur n pecah…habis 1 badan dia jadi gatal2..

  81. kawan laki saye berumur 24tahun, dan dia pengidap g6pd..pertanyaan: adakah susu kolostrum (alpha lipid) sesuai untuk die? lagi satu, apakah kesan sampingan seandainya satu hari nanti saye berkahwin dgn die? huhu~~

  82. Salam.Terima kasih pada semua yang berkongsi pengalaman idea…Jasamu dikenang :-)

  83. berdsrkan info tu…itulah kategori g6pd spt anak akak alami waktu dulu2…boleh ke fb utk ruang diskusi sila cari PRIHATIN ANAK2 PENGIDAP G6PD…akak jrg2 dpt berblog ke sini…harap maaf dan hrp maklum….buat pengunjung yg lain jugak

  84. tak pasti plak saya keberkesanannya sejauh mana…saya cuma sekarang tumpukan kpd produk alpha lipid sambil minum sambil jual dan share apa yg patut…

  85. boleh tanpa sempdn umur….saya pengedar aktif dan pengamal konsisten dari semenyih…boleh call/sms 013-6406625…insya-allah boleh ikhtiarkan sebaik mungkin!

  86. tqvm sudi share…satu info yg terbaru yg kita dpt di sini…

  87. sgt sesuai sbb susu tu utk tingkatkn antibodi….pembawanya adalah ibu..so jgn risau…

  88. akak duk semenyih ktne?ank sy ade gak sakit ni..

  89. anak saya g6pd apakah obat demam tempra ato kacang kedelai tidak diperbolehkan ? apa yg menyebabkan anak g6pd bisa mengalami penyusutan badan ? thanks

  90. kEDUA2 ANAK LELAKI SAYA PESAKIT G6PD…YG SULUNG 14 THN N YG BONGSU 7 TAHUN..ALHAMDULILLAH KEDUA2NYA SIHAT…MEREKA SENDIRI KENAL APA ITU KACANG PARANG & X PERNAH MINTAK NAK MERASA PUN….DAN PALING PENTING KENA INFORM KLINIK @ HOSPITAL TENTANG PENYAKIT MEREKA TERUTAMA BERKAITAN UBAT…PIHAK SEKOLAH PUN PERLU DIBERITAHU JIKA SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN n PERLU DIBAWA KE KLINIK @ HOSPITAL

  91. ermm anak pertama sy juga positif g6pd…masih lg berdoa agr Allah swt memberikan saya kekuatan,kesihatan utk membesarkannya smpi akil baligh..Jgn gusar akan penyakit ini…tidak bahaya,mudaratkan kesihatan anak jika kita ikut segala nasihat doctor n alahan permakanan terhadapt penyakit darah ini….org lain jaga anaka…tp sy n wife “jaga darah”..mmg kena alert 24ours lah…

  92. baby lelaki saya g6pd , skrg dah 9bulan , sihat, tiada alahan pada ubat2 biasa yg diberi oleh klinik, mcm ubat demam, ubat selsema, ubat batuk, ubat cirit birit, antibiotik, Juga dia tidak alah pada minyak Yuu Yee, sapu kat perut dia ok , tiada masalah. Juga baby saya tidak alah pada bau ubat nyamuk atau bau semburan ridset .

  93. t.kasih atas semua info ni..anak saya br berumur 4 thn..saya akan bg penerangan ni utk kebaikan dirinya kelak..

  94. taman pelangi semenyih 3/11…boleh call this no 013-640 6625…ada banner gantung dpan rumah…jual alphal ipid lifeline sgt bgs utk upkan antibodi anak2 g6pd tau…

  95. Assalam mama smua….anak saya g6pd skrg sudah berumur hampir 4 tahun…bagi saya anak saya agak lemah juga. smasa brumur stahun dulu rujuk pakar kulit sebagainya. bukan stakat alergik kacang parang, malah sgala jenis kekacang, ayam dan telur. Mudah flu dan dmam. setiap mggu mmg itu lah yg dia dapat. Saya ambil scott imulsion..tapi apa yg berlaku serta merta muka nya bengkak…bibir bengkak dan tebal. kesudahannya saya memberi anak saya minum glugos setiap hari dalam jumlah 2-3 btl (6 sudu-8 sudu shari)..dan alhmdllah msalah dmam n flu sudah berakhr..kalo terkena 2-3 bln skali saya anggap normal sperti anak2 lain. Tetapi alergik sgala kekacang telur dan ayam juga mnjadi mslah….saya rujuk ke homeopati dan anak saya dirawat scara homeopati hmpir stahun stgh…alhmdllah skrg dia sudah boleh makan kekacang, ayam dah tlur ttp dalah jumlah yg sedikit2..jika terlalu kerap dia akan alahan jugak speti timbul merah2 dimuka…jika tdak ambil action boleh menanah. tetapi fava beans mmg makanan yg saya haramkan tuk dia seumur hdup krana itulah boleh mmbawa kesan dasyat tuk anak g6pd.

    mommy smua….hati kita mmg berat tp itulah yg perlu kita hadapi dan jagalah anak kita se prihatin yang mungkin walau mgkn terpaksa berhabis ratusn ringgit untuk memberi supplement kepada anak g6pd…kasihani mereka…

  96. tq puan atas perkongsian itu..mmg kita kean sentiasa alert dgn thp kesihatan anak masing2…moga kita jadi ibubapa yg terbaik utk anak2…aminnnn!!!

  97. puan dari Indon ke..kalau di malaysia dipanggil kacang parang mmg perlu dielakakn utk anak2 g6pd..anak saya tiada masalah penyusutan berat badan…tp anak bongsu ada mslh dan saya baru confirm dgn doktor dia disahakn thalasemiia minor yg memyebabkan berat bdn agak x normaal progressnya dan kami sekeluarga sudah mmenjalani hb blood test utk mengetahui ahli famili yg ada penyakit ini juga…puan boleh berinteraksi dgn saya detail difacebok saya…cari Sira Sain..insyallah saya sentiasa aktif di situ utk fast respon.Tq

  98. Akak di tps 3/11…no hp 013-640 6625 utk mudahkan urusan/cari di fb Sira Sain utk sembang2..

  99. salam kak…anak saya berumur 1 tahun 4 bln dan pengidap G6PD. selang 2 minggu dia akan diserang demam, batuk n selsema. anak saya bila demam pasti akan dimasukkan ke wad. pening memikirkan kesihatan dia. mohon jasa baik akak emailkan kepada saya maklumat berkenaan alpha lipid ini kerana ada kawan mencadangkan pemberian produk SNE tetapi saya keliru sama ada bb G6PD boleh makan atau tidak. email saya cinggit@yahoo.com…terima kasih…

  100. Salam..anak sy berumur 2tahun skrng & ADA G6PD..cukup hiperactiv & jarang sakit..,alhamdulillah.breastfeeding spenuhny,..tapi kalau dia makan makanan spt kek yg ada colour,najis dia pun mcm colour tue gak..hehe.. adakah kanak2 yg menghidapi g6pd ini ada yg activ????????

  101. Mcm mana kalau dekat kad ditulis G6pd normal?

  102. alhamdulillah jika begitu…boleh sembang2x/kawan2x dgn saya kat fb jika sudi…sila add Arisahakusai Husain.

  103. mean xde problem…so alhamdulillah

  104. DR Baru confirm anak saya ada g6pd bayi berumur 7 hari ..malangnya saya tidak ada kemampun untuk menyusukan susu ibu kepada bayi saya masalah yang saya hadapi sejak dulu…mungkinkah anda tahu susu apa yang sesuai untuk bayi susu formula selain dari susu kambing

  105. ANAK SAYA G6PD.BOLEY SAYA MAKAN JAMU SUSUK DARA?

  106. kenapa? tiada kemampuan dr segi aper tu?

  107. jika diketahui detail kandungan jamu better…juga jika progress kesihatan anak kelihatan down better stop…so far saya tak tau sejauh mana jamu berkait cuma dr segi kepanasan mungkin x sesuai utk baby yg kuning..wallahua’lam.

  108. anak sy bru 11 hari..dr mngesahkan anak sy ade g6pd..terkejut jgk pd mulanya…tp lepas tenang,sy redha dgn ketentuannye…ini mungkin ade hikmahnye yg terbaik utk kluarga kami…sygkn anak dan sygkn kluarga kita sepenuh hti….

  109. as salam.. saya berumur 18 tahun – kacukan melayu cina dan ada G6PD Def. Taun lepas saya ada beli ubat “paracetamol” sahaja di farmasi (mengaku kecuaian sendiri :) keesokannya saya mendapati ruam timbul seluruh badan tetapi x gatal.. doktor family sendiri pelik melihat saya.. hidung pun berdarah dalam masa yang agak lama.. demam menjadi semakin menjadi-jadi.. setahu saya saya tak terdedah kepada apa2 kecuali hanya makan paracetamol itu tanpa pengetahuan doktor saya je.. kejadian itu betul-2 menginsafkan saya dan perlu lebih peka kepada sekeliling..
    persoalan saya ialah adakah G6PD ni mempunyai pantangnya masing-masing mengikut keadaan seseorang itu? apa yang saya tahu kini, saya akan lemah jika gunakan panadol, tampal koyok, plaster. dulu-dulu saya ok je dgn semua ni tetapi semakin susah untuk saya menerima semua ini. adakah masalah G6PD ni ada kes seperti saya? terima kasih.. :)

  110. waalaikuumsalam…mcm tak abis ayat..maafkan saya byk aktif dii fb…yghebndakakn direct conslutation minta add my fb Arisahakusai Husain…hp 013-640 6625

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,820 other followers

%d bloggers like this: